Total Pageviews

Saturday 10 November 2012

OBAMA TOLONG NAJIB???

Betul ke ni, sama ke macam situasi Anwar Ibrahim ditolong oleh penyangak matawang Soros,atau kawan-kawan Anwar yang datang dari negara uncle Sam
....jangan salah faham dan salah sangka. Obama tidak pernah menolong Dato Sri Najib dan pastinya PM tidak mahu juga termakan budi kerana tahu akibatnya. Kerana budi tergadai body.Cuma kematangan rakyat Amerika dalam memilih Presiden mereka yang merupakan pertolongan secara tidak langsung Obama kepada Dato Sri Najib. Kemenangan Obama adalah bukti rakyat Amerika tidak mahu melakukan "trial and error", mereka inginkan kemakmuran ekonomi dan kestabilan negara mereka akan terus kekal selamanya, dan inilah yang harus dilihat oleh rakyat Malaysia. Tidak perlu membuat percubaan dalam keadaan negara kita sudah cukup stabil ekonomi, politik, keselamatan dan sosialnya. Mungkin Obama akan berkata kepada Dato Seri Najib " g Najib harap-harap kau dan BN akan menang dalam PRU ke 13 dan membentuk kerajaan yang kukuh supaya hubungan antara Malaysia dan Amerika akan terus memberi faedah kepada kedua-dua negara. MENANG OBAMA MENANG DATO SRI NAJIB DAN BN!!!

DATO SERI NAJIB MENANG LAWAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM??

Ini lah keputusan yang dinantikan oleh ramai orang. Aku tahu banyak kajian dilakukan untuk menilai populariti dua pemimpin ini. Perdana Menteri vs Ketua Pembangkang, inilah yang dinantikan oleh ramai massa di luar sana. Mari kita tengok kekuatan dan kelemahan kedua-dua individu ini untuk melihat siapa sebenarnya yang mampu menerajui negara ini. Perbincangan akan melihat pada aspek berikut: Keutamaan mempertahankan Kedudukan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Mempertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, Mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ini asas perbincangan.
Kita lihat kekuatan Dato Seri Najib dibanding dengan Anwar Ibrahim.
Jika dilihat kepada apa yang dipaparkan jelas memperlihatkan pertuduhan dan dakwaan ke atas Anwar Ibrahim mencerminkann dirinya, seorang individu semasa mudanya oportunis, masuk UMNO kerana melihat UMNO sahaja platformnya untuk berjaya sebagai PM. Sebab itu apabila beliau disingkirkan beliau tetap berhasrat dan melakukan apa sahaja untuk mencapai agendanya. Tak peduli samada dia menggadaikan negara atau tidak. Sanggup menolak Tun Ghafar Baba semata-mata memikirkan beliau lebih layak sebagai Timb Presiden UMNO dan TPM Malaysia sedangkan beliau sepatutnya menunggu. Sanggup menggandai maruah perjuangan orang Melayu semata-mata meraih populariti.
Jika dilihat kepada PM, beliau seorang yang sabar dalam perjuangan. Tidak bertindak kurang ajar dan tidak menongkah arus. Beliau menerima sahaja keputusan PM pada masa itu untuk melantik Tun Abdullah sebagai pengganti Anwar sedangkan beliau merupakan Naib Presiden yang mendapat kedudukan pertama ketika itu dan Tun Abdullah di tempat ketiga. Percaya itu keputusan terbaik untuk parti dan negara. Dato Seri Najib tetap berusaha untuk memastikan orang Melayu bersatu dan mendapat segalanya untuk kejayaan orang Melayu.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak kepada Perdana Menteri kedua negara akan memperolehi kejayaan gemilang di dalam PRU akan datang untuk membolehkan beliau memacu negara ini ke arah wawasan 2020 dan memastikan orang Melayu akan terus terbela di samping kaum-kaum lain akan hidup dengan aman di negara Malaysia tercinta. .

Friday 9 November 2012

AES MENGHUKUM PAKATAN RAKYAT ?

Betul ke AES (sistem penguatkuasaan automatik) itu menghukum PR? Persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Kalau betul bagaimana ia boleh berlaku ? Apa kaitannya sistem penguatkuasaan yang mampu menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia dengan parti politik pembangkang. Jawapannya mudah, AES adalah bukti kerajaan yang terlalu menjaga nyawa rakyat Malaysia dan menjelaskan sikap keprihatinan kerajaan. (lihat statisik kemalangan jalanraya setiap tahun yang sentiasa mengorbankan banyak nyawa, inilah yang tidak diingikan oleh kerajaan)
Sebab tu la kenapa pembangkang beria-ia menuntut kerajaan, agar membatalkan AES sebab mereka tahu dengan pembuktian penurunan kadar kemalangan jalanraya dan pembuktian dari data kemalangan jalanraya yang berlaku di negara yang menggunakan AES maka rakyat akan sedar bahawa kerajaan adalah benar dan tidak berlakon apabila melaksanakan sesuatu perkara tidak seperti pembangkang yang tidak mempunyai modal tetapi asyik menghasut rakyat berfikir bahawa kerajaan bertindak keterlaluan. Mana ada bapa yang tidak sayangkan anak, sama jugalah kerajaan sentiasa menyayangi rakyat negara ini dan akan memastikan yang terbaik untuk mereka. Sebab itu pelaksanaan sistem ini akan diletakkan papan tanda dan dimaklumkan di mana pemasangannya. Setakat ini 14 lokasi 'black spot' diletakkan untuk tujuan mendisiplinkan pemandu semua dan diharap pemasangan ini akan mendisiplinkan kita. Mari kita lihat apa kata KP JPJ, dia kata sejak AES dilancarkan berlaku penurunan 22%. Kan besar peratusannya dan pastinya ia akan sentiasa menurun jika semua orang bersetuju menerimanya. Lagipun untuk berjaya perlu ada disiplin. Untuk memastikan adanya pengurangan kadar kemalangan jalanraya, maka perlu diterapkan nilai disiplin kepada pemandu di negara ini. Untuk menerapkan disiplin secara berhemah adalah sukar jadi, penerapan perlu dilakukan secara penguatkuasaan.
Jadi mari kita menyokong AES sama seperti kita menyokong kerajaan BN untuk terus kekal memberi kebaikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia....

Thursday 8 November 2012

BETUL KE NURUL IZZAH DAH JANDA?

Surat kepada nurul izzah.
Buat sdri nurul izzah, izinkan aku memberi sedikit pandangan tentang tindakan sdri yg mengeluarkn kenyataan di forum yg berlangsung di subang jaya. Aku tertarik bincang isu ni sbb akidah boleh terputus dgn perbuatan, percakapan dan mengiakan dalam hati. Aku bkn ustaz tapi inilah tak silap aku yg di nyatakan oleh ustaz yg mengajar kat madrasah kg aku. Jadi bila aku kaitkn balik apa yg di ucapknoleh sdri nurul izzah dlm satu forum d subang jaya, aku rasa melampau sgt. Kalau ye pn nk popular kerana audience pd masa itu bkn islam jgn la smpi bertindak berkata yg bkn2. So dlm surat aku yg paling pendek ni, aku nk beritahu mengucapla dan bertaubatlah. Jgn smpi izzah kau jadi janda kerana kau sudah murtad? Buat papa kau, anuwar ibrahim mungkin ini balasan kerana dosa-dosa yg telah dilakukan. Buat bonda kau, wan azizah cukuplah berlakon menangis tu dah bosan rasanya dengan lakonan dn tangisan tu. Jadi akhir kata selamat belajar menjadi janda, kalau terpaksalah. Yang ikhlas.

Tuesday 11 September 2012

JADILAH RAKYAT YANG HEBAT BUKAN MUSIBAT

Aku bukan nak bincang tentang masa depan Amar pelajar yang menunjukkan bontot pada gambar pemimpin negara pada malam di ambang kemerdekaan tempohari, tetapi aku lebih melihat kepada kenapa pelajar-pelajar kita menjadi terlalu kurang ajar sekarang ini. Pelik kan bila memikirkan mereka ini golongan intelek cerdik pandai dan bakal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa akan datang. Lihat bagaimana Adam Adli, pelajar yang menurunkan bendera Dato Seri Najib di PWTC tahun lalu.
pelik kan masa mereka ini sepatutnya diperuntukkan untuk belajar dan bukannya melaksanakan suatu kerja bodoh. Tetapi yang lebih sedih perbuatan ini hanya dilakukan oleh pelajar Melayu sahaja dan beragama Islam. Adakah perbuatan ini diajar di dalam agama Islam. Sebagai seorang Melayu yang penuh dengan sopan santun dan terikat kepada ajaran agama perkara ini tidak seharusnya dilakukan. Yang gilanya ialah apa pula tindakan yang dilakukan oleh pembangakang terutama Anwar Ibrahim ke atas mereka, tentunya PKR seronok kerana ada pemuda yang berani melakukan perbuatan bodoh ini untuk mengaibkan pemimpin negara. Bagi Adam Adli atau Amar atau mereka yang lepas ini ada rancangan untuk buat benda-benda bodoh ini, jangan ingat pembangkang terutama pembangkang Melayu akan tolong. Kalau Anwar mungkin tolong dengan syarat 'jambu'. Yang Seriusnya. kalau inilah rupanya pemuda yang disandarkan untuk menjadi pemimpin masa akan datang, maka hancur lah negara ini. Dan pastinya anda bukanlah calon pembangkang untuk menjadi pemimpin bagi mereka. Penunjuk bontot hanya layak menjadi balaci sahaja kepada orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan kumpulannya. Pelajar-pelajar ini perlu ada matlamat dan tahu tugas mereka sebagai pelajar iaitu belajar, belajar, belajar sampai berjaya. Letakkan seseorang individu sebagai role model mereka - Tun Dr Mahathir role model negarawan negara yang hebat.
Prof Diraja Ungku Aziz - seorang ahli akademik dan pemikir yang hebat atau Tan Sri Tony Fernandes - mengubah indusrti penerbangan sebagai industri yang menguntungkan atau
Dato Siti Nurhaliza artis yang berjaya dan mengekalkan sopan santun gadis Melayu. Jadi senangkan menjadi pelajar atau rakyat Malaysia yang sayangkan negara nya. Apabila kita belajar menghormati orang lain pasti orang lain juga akan menghormati kita. Jadilah rakyat yang boleh membanggakan negara.

Monday 10 September 2012

DAP 90 Kerusi, PKR dan PAS 66 Kerusi

Kalau betul lah, pembahagian kerusi seperti mana yang dinyatakan. Maka pastinya jika PR menang maka PAS atau PKR tidak akan berpeluang menjadi PM. Dan pastinya hukum hudud
yang dirancang akan dilaksankan oleh PAS tidak akan menjadi kenyataan. Dan pastinya niat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM akan tidak kesampaian dan khuatir beliau akan menentang pulak DAP kerana DAP tidak melantiknya menjadi PM. Sebab perlu diingat inilah janji DAP dalam PR dimana kalau PR menang tetap Anwar Ibrahim akan dilantik jadi PM, tapi betul ke, ...kalau kerusi dimenangi hampir sama mungkin DAP akan setuju melantik Anwar itupun ada 'perjanjian setan' iaitu TPM mesti dari DAP. So di mana PAS, PAS sebenarnya boleh lupakan la tentang kepentingan mereka dalam PR. PAS ibarat melukut tepi gantang, PAS ibarat diperkudakan sahaja oleh genius parti dalam PKR dan DAP. Perlu diingat PAS memang tidak bersungguh sejak dahulu lagi untuk memerintah negara ini. Cita-cita mereka kecil sahaja iaitu hanya ingin memerintah negeri yang majoritinya Melayu Islam sahaja, seperti Kelantan dan Kedah, dan tak berani untuk bertanding di negeri yang jumlah pengundinya seimbang atau bukan majoriti Islam dan Melayu. Jadi lepas PRU ke 13 kalau PR menang (itupun kalau menang) maka nantikan lah sejarah akan tercipta iaitu PM pertama bukan Melayu dan Islam dan pastinya hukum hudud PAS aakn tidak angan-angan sahaja dan siapa yang PAS nak salahkan pulak selepas ni. Dan kalau PM
akan dilantik dari BUKAN MELAYU dan BUKAN ISLAM maka nantikan lah pulak macam-macam perubahan akan dilakukan.

Tuesday 28 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Sudah 55 tahun Malaysia negara tercinta merdeka. Sudah banyak pembangunan yang klita lihat di negara Malaysia tercinta. Jika dibandingkan dengan negara yang merdeka lebih awal daripada kita atau sama seangkatan merdeka dengan negara kita, maka kita akan dapati bahawa kita sudah mengatasi mereka dari segala sudut. Lihat senarai di bawah negara-negara yang merdeka mengikut tempoh masa 1945 hingga kemerdekaan negara kita. August 17, 1945 – Indonesia, Sept. 2, 1945 – Vietnam, April 17, 1946 – Syria, May 25, 1946 – Jordan, August 14, 1947 – Pakistan, August 15, 1947 – India, January 4, 1948 – Burma, February 4, 1948 – Sri Lanka, May 14, 1948 – Israel, July 19, 1949 – Laos, August 8, 1949 – Bhutan, December 24, 1951 – Libya, November 9, 1953 – Cambodia, January 1, 1956 – Sudan, March 2, 1956 – Morocco, March 20, 1956 – Tunisia, March 6, 1957 – Ghana dan August 31, 1957 – Malaysia Siapa-siapa yang pernah berkunjung di negara-negara di Asia Tenggara akan mendapati bahawa kehidupan rakyat mereka adalah amat miskin dan daif. Lihat sahaja bagaimana penduduk Indonesia, Vietnam, Burma yang bekerja di negara kita. Mereka sanggup bekerja apa sahaja kerana mereka tahu Malaysia adalah sumber kemewahan mereka dan mereka boleh membawa kekayaan negara ini ke negara mereka.
PATI Indonesia sanggup mengharungi Selat Melaka untuk survival kehidupan.
Pendatang Vietnam membawa budaya kemiskinan mereka ke negara kita. Kehidupan ini tidak kita lihat di negara kita, rakyat miskin dan daif tidak seperti di negara kita di mana kita terpaksa merempat mencari rezeki di negara orang dan terpaksa menjadi pendatang di negara orang kerana kita tahu kita punya segala-galanya di negara ini. Bangganya jadi rakyat Malaysia yang tercinta. Lihat pula di KLIA bagaimana pendatang dari Bangladesh, Nepal akan pulang ke negara mereka membawa set TV baru dan pelbagai peralatan elektrik ke negara mereka. Kenapa begini sebab mereka merasa kemewahan di negara ini dan ingin berkongsi sama kekayaan ini di negara mereka, tambahan pula harganya murah dibandingkan dengan mereka. Bangganya jadi rakyat Malaysia bila melihat mereka berbondong-bondong menolak troli dipenuhi barang-barang yang dibeli di negara ini. Sudan, Morocco, Tunisia merdeka awal dari Malaysia...sepatutnya kehidupan mereka lebih sejahtera tetapi apa yang berlaku adalah menyedihkan, mereka terperangkap dengan demonstrasi demi demonstrasi. Kebanggaan kepada 'Arab Spring' tidak membawa mereka ke mana-mana tetapi hanya menjerumuskan negara mereka kepada ketidak stabilan. Bangganya menjadi rakyat Malaysia kerana walaupun ada rancangan dilakukan oleh puak-puak tertentu untuk merosakkan negara ini menerusi demonstrasi BERSIH dan pelbagai demonstrasi lain rakyat masih sedar dan yakin bahawa perjuangan puak-puak ini adalah salah dan tidak boleh dituruti.
Akhir-akhir ini puak-puak ini merancang untuk mengadakan demonstrasi sehari sebelum perayaan 31 Ogos semata-mata untuk sekali lagi merosakkan nama baik negara ini. Bayangkan sambutan kemerdekaan negara ini diikuti dengan penuh minat oleh ramai pelancong-pelancong luar dan tiba-tiba mereka dikelirukan dengan tindakan oleh pembangkang yang cuba merosakkan sambutan kemerdekaan negara ini. Pembangkang ini bila lah nak sedar bahawa apa yang mereka buat hanya merosakkan nama baik negara, menjadikan pelancong takut untuk melawat negara ini, menjadikan pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini. Tolonglah pembangkang jangan jadi bodoh merosakkan nama baik negara ini. Jadilah rakyat yang sentiasa berbangga dengan Malaysia Tanah Airku. Merdeka Merdeka Merdeka