Total Pageviews

Saturday 10 November 2012

DATO SERI NAJIB MENANG LAWAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM??

Ini lah keputusan yang dinantikan oleh ramai orang. Aku tahu banyak kajian dilakukan untuk menilai populariti dua pemimpin ini. Perdana Menteri vs Ketua Pembangkang, inilah yang dinantikan oleh ramai massa di luar sana. Mari kita tengok kekuatan dan kelemahan kedua-dua individu ini untuk melihat siapa sebenarnya yang mampu menerajui negara ini. Perbincangan akan melihat pada aspek berikut: Keutamaan mempertahankan Kedudukan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Mempertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, Mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ini asas perbincangan.
Kita lihat kekuatan Dato Seri Najib dibanding dengan Anwar Ibrahim.
Jika dilihat kepada apa yang dipaparkan jelas memperlihatkan pertuduhan dan dakwaan ke atas Anwar Ibrahim mencerminkann dirinya, seorang individu semasa mudanya oportunis, masuk UMNO kerana melihat UMNO sahaja platformnya untuk berjaya sebagai PM. Sebab itu apabila beliau disingkirkan beliau tetap berhasrat dan melakukan apa sahaja untuk mencapai agendanya. Tak peduli samada dia menggadaikan negara atau tidak. Sanggup menolak Tun Ghafar Baba semata-mata memikirkan beliau lebih layak sebagai Timb Presiden UMNO dan TPM Malaysia sedangkan beliau sepatutnya menunggu. Sanggup menggandai maruah perjuangan orang Melayu semata-mata meraih populariti.
Jika dilihat kepada PM, beliau seorang yang sabar dalam perjuangan. Tidak bertindak kurang ajar dan tidak menongkah arus. Beliau menerima sahaja keputusan PM pada masa itu untuk melantik Tun Abdullah sebagai pengganti Anwar sedangkan beliau merupakan Naib Presiden yang mendapat kedudukan pertama ketika itu dan Tun Abdullah di tempat ketiga. Percaya itu keputusan terbaik untuk parti dan negara. Dato Seri Najib tetap berusaha untuk memastikan orang Melayu bersatu dan mendapat segalanya untuk kejayaan orang Melayu.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak kepada Perdana Menteri kedua negara akan memperolehi kejayaan gemilang di dalam PRU akan datang untuk membolehkan beliau memacu negara ini ke arah wawasan 2020 dan memastikan orang Melayu akan terus terbela di samping kaum-kaum lain akan hidup dengan aman di negara Malaysia tercinta. .

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete