Total Pageviews

Sunday 18 November 2012

HADI AWAMG PM, ANWAR IBRAHIM TPM1, LIM KIT SIANG TPM 2 ?

Kecoh dalam muktamar PAS kata Presiden PAS akan jadi PM jika pembangkang menang dalam PRU akan datang. Siapa yang buat kecoh...pastinya pihak pembangkang sendiri yang mempertikaikan niat Presiden PAS tu. Ye la pastinya Anuwar Ibrahim tidak akan setuju kerana ini yang diperjuangkan sejak dahulu, hanya dia sahaja yang layak menjadi PM tidak orang lain. Kenapa Anuwar Ibrahim rasa dia sepatutnya jadi PM :
Mungkin Anuwar Ibrahim tidak percaya kemampuan Hadi Awang kerana dia tahu orang PAS hanya tahu baca khutbah dan bagi ceramah agama aje, mana mampu nak tadbir negara ini, tambahan pula kalau PAS memerintah nanti mereka akan terpaksa laksanakan hukum hudud PAS kerana ini janji mereka sebelum PRU. Jadi niat Anuwar ialah untuk tolong selesaikan janji Hudud yang mungkin PAS tak mampu laksanakan dengan cara biarlah dia berkorban menjadi PM. Lagipun baik PKR atau DAP rancangan mereka hanya untuk mengkudakan atau mengkeldaikan PAS sahaja.
Jadi akhirnya ada harapan ke PAS untuk lantik Presidennya sebagai PM.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete