Total Pageviews

Monday 10 September 2012

DAP 90 Kerusi, PKR dan PAS 66 Kerusi

Kalau betul lah, pembahagian kerusi seperti mana yang dinyatakan. Maka pastinya jika PR menang maka PAS atau PKR tidak akan berpeluang menjadi PM. Dan pastinya hukum hudud
yang dirancang akan dilaksankan oleh PAS tidak akan menjadi kenyataan. Dan pastinya niat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM akan tidak kesampaian dan khuatir beliau akan menentang pulak DAP kerana DAP tidak melantiknya menjadi PM. Sebab perlu diingat inilah janji DAP dalam PR dimana kalau PR menang tetap Anwar Ibrahim akan dilantik jadi PM, tapi betul ke, ...kalau kerusi dimenangi hampir sama mungkin DAP akan setuju melantik Anwar itupun ada 'perjanjian setan' iaitu TPM mesti dari DAP. So di mana PAS, PAS sebenarnya boleh lupakan la tentang kepentingan mereka dalam PR. PAS ibarat melukut tepi gantang, PAS ibarat diperkudakan sahaja oleh genius parti dalam PKR dan DAP. Perlu diingat PAS memang tidak bersungguh sejak dahulu lagi untuk memerintah negara ini. Cita-cita mereka kecil sahaja iaitu hanya ingin memerintah negeri yang majoritinya Melayu Islam sahaja, seperti Kelantan dan Kedah, dan tak berani untuk bertanding di negeri yang jumlah pengundinya seimbang atau bukan majoriti Islam dan Melayu. Jadi lepas PRU ke 13 kalau PR menang (itupun kalau menang) maka nantikan lah sejarah akan tercipta iaitu PM pertama bukan Melayu dan Islam dan pastinya hukum hudud PAS aakn tidak angan-angan sahaja dan siapa yang PAS nak salahkan pulak selepas ni. Dan kalau PM
akan dilantik dari BUKAN MELAYU dan BUKAN ISLAM maka nantikan lah pulak macam-macam perubahan akan dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete