Total Pageviews

Friday 4 October 2013

MELAYU OH MELAYU KENAPA ENGKAU......

Aku nak bercakap tentang bangsa ku Melayu.....tapi takut bila cakap orang marah aku, walaupun niat aku ikhlas.....aku sekarang memegang prinsip ikhlas...ikhlas dalam segalanya demi perjuangan bangsaku Melayu yang ku cintai. Perasan tak orang Melayu bahawa kita terpecah kepada beberapa kelompok. Siapa yang salah dalam situasi ini. Politik menyebabkan bangsaku terpecah, sepatutnya orang Melayu bersatu apabila orang lain mula mempermainkan hak keistimewaan orang Melayu, mempermainkan agama Islam, mempermainkan bahasa Melayu dan mempermainkan Sultan Melayu. Tapi sedihnya tidak ada siapa pun yang tolong.

Siapa nak tolong ni...nak minta tolong dengan negara Islam sebab kata kawan aku kita ni kena berdiri atas agama Islam. Betulla tu...aku cakap dengan dia aku salah ke cakap aku orang Melayu, dia kata tak tepat sebab aku kena cakap aku orang Islam. Aku cakap betulla tu sebab orang Melayu di Malaysia mengikut perlembagaan mesti beragama Islam, kemudian dibidas oleh kawan aku...katanya kau terpengaruh dengan perlembagaan yang dicipta oleh orang puteh sebab itu kau keliru antara Melayu dan Islam.

Jadi biar aku jelaskan aku orang Melayu beragama Islam dan akan kekal begitu sampai bila-bila. Orang Arab tu lagi hebat bahasa Al Quran adalah lingua franca mereka atau 'mother tongue' mereka tapi mereka berbalah sesama sendiri menghancurkan negara mereka... Islam diturunkan di bumi Arab lagi...jadi biarkan aku dengan diriku aku orang Melayu...Nanti akan ada orang berkata sebab orang Arab tak mengamalkan agama Islam maka mereka hancur...soalnya betulke sedangkan mereka lebih memahami ayat Al Quran. Jadi akhirnya aku adalah orang Melayu....yang beragama Islam. Stop jangan putar belitkan lagi.

Baik, balik kepada bangsaku Melayu...siapa nak tolong...kita tak de siapa di belakang kita, Uncle tak de, kawan baik tak de...kalau la berlaku sesuatu terhadap bangsaku siapa yang akan selamatkan bangsaku...atau akan ada orang yang ambil kesempatan dari pertikaian ini. Jadi marilah seluruh orang Melayu Malaysia (Bumiputra) bersatu untuk menjaga kepentingan kita jangan sampai besok kita akan dipersalahkan oleh anak cucu kita kerana tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

Tapi sekali lagi hari ini yang merosakkan negara ini pun anak muda bangsa ku juga yang terpengaruh dengan pemimpin pembangkang Melayu juga. Berapa ramai pelajar Melayu yang ikut dalam Demonstarsi seperti Bersih dan HKR. Di samping itu berapa ramai pemuda Melayu yang khayal menjadi DOKTOR PAKAR berupaya mencucuk diri mereka dengan jarum dadah....Melayu juga...Berapa ramai pelajar Melayu yang mampu mendpat Ijazah kelas pertama di Universiti....orang Melayu lagi...so di mana hebatnya bangsa ku.

Kesimpulannya:

a. Bangsaku suka mempengaruhi.
b. Bangsaku mudah dipengaruhi dan digula-gulakan.
c. Bangsaku mempunyai pemimpin yang memimpin untuk menjahanamkan negara ini yang pemiliknya adalah orang Melayu.
d. Pemimpin bangsaku tidak pernah sayangkan perjuangan pemimpin Melayu sebelum ini dan mereka sanggup merosakkan segalanya atas keinginan politik yang sempit.
e. Bangsaku tidak pernah belajar jatuhnya kerajaan Melayu Melaka kerana adanya penyelewengan dari si Kitul.

Cadangan:

a. Kita harus membantu Dato Seri Najib untuk membantu orang Melayu berjaya dalam bidang ekonomi kerana inilah antara punca berlakunya perisitiwa 13 mei 1969.
b. Kita harus bersatu untuk menunjukkan kepada orang luar bahawa orang Melayu bersatu dan bangsa lain akan mengikut benda yang baik ini, sama seperti masa kita nak merdeka dahulu di mana orang Cina dan India menerima formula yang dianjurkan oleh UMNO hingga kita merdeka.
c. Kita harus mempertahankan apa sahaja kata keji nista dan bertindak untuk mendiamkan orang lain jika mereka terus-terusan menghina dan mempertikaikan orang Melayu sebab mereka harus melihat sejarah, bagaimana timbulnya Bukan Melayu diterima sebagai rakyat Tanah Melayu...
d. Harus sentiasa ingat nama negara ini dahulu Tanah Melayu dan kemudian menjadi Malay sia......

Oleh itu bangsaku bangkitlah jangan berebut hingga menjahamkan negara ku ini.