Total Pageviews

Friday 19 April 2013

UMNO/BN PENJAGA ORANG MELAYU DAN ISLAM. PAS DAN PKR DI MANA MEREKA.....

UMNO bukanlah sebuah parti politik yang tiada cacat-celanya tetapi dikalangan parti-parti politik yang sedia ada, UMNO MASIH TERBAIK!!!

Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Melayu di Malaysia secara otomatik UMNO memperjuangkan Islam kerana di Malaysia, perlembagaan mengatakan bahawa seorang Melayu itu definasinya Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapaura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura. Jadi tidak timbul isu yang mengatakan bahawa UMNO tidak memperjuangkan Islam kerana UMNO sebagai peneraju di dalam BN lebih banyak menjaga kebajikan dan kekuatan ummah Islam dibandingkan dengan PAS yang sentiasa melaungkan bahawa mereka adalah pejuang dan pemimpin Islam sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.



Bagi PKR yang dipimpin oleh orang Melayu iaitu Anuar Ibrahim langsung tidak boleh diletakkan harapan untuk menjaga kebajikan orang Melayu Islam di negara ini kerana sikap mereka yang sama seperti sumpah-sumpah.





Sikap tidak menjaga orang Melayu dan Islam sememangnya ketara baik pada parti PAS mahupun parti PKR, kedua-duanya hanya berminat untuk menang dalam PRU akan datang dan sanggup menggandaikan maruah orang Melayu dan Islam. Kedua-dua parti sanggup menutup mata kepada apa yang dirancangkan oleh DAP. Langsung tidak ada perasaan sayangkan agama dan bangsa.

Sebab itulah kenapa kita harus memilih parti yang mampu menjaga Melayu dan Islam. Pilihlah UMNO dan BN yang telah menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam yang maju. UMNO/BN juga merupakan kawan setia kepada rakan-rakan mereka di dalam BN. Lihat sahaja proses pembahagian kerusi di antara parti-parti di dalam BN berjaya menjadikan setiap parti komponen merasai keadilan tidak seperti pembangkang yang sehingga kini masih gagal untuk mencari titik persefahaman.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete