Total Pageviews

Monday 29 April 2013

TOLAK ANWAR IBRAHIM PELIWAT DAN PELAKU HUBUNGAN SEJENIS SEBAGAI PEMIMPIN?

Persoalan yang masih tidak terungkai hingga sekarang ini dan masih menjadi persoalan dan di mainkan oleh parti-parti politik menjelang PRU ke 13 ialah isu seks oleh Anwar Ibrahim. Pembangkang masih mempertahankan bahawa apa yang diperkatakan tentang Anwar Ibrahim adalah fitnah dan permainan politik jahat BN dan UMNO. Bagi BN pula ini merupakan 'bola tanggung' yang perlu dipergunakan oleh BN sebaik mungkin untuk 'discredit' Anwar Ibrahim dan terus memberi kesan kepada pembangakang.



Persoalan seterusnya ialah kenapa Anwar Ibrahim masih enggan melakukan sumpah mubahalah. Surah Ali Imran Ayat 61 bermaksud “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la’nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. Ayat di atas amat releven dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yang telah dilaporkan berkali-kali melakukan pelbagai kegiatan sumbang yang dila’nat Allah swt, seperti perhubungan sejenis, meliwat, berzina dengan isteri orang (sehingga melahirkan anak) dan dengan pelacur. Beliau mendakwa bahawa kesemua itu adalah fitnah dan mendakwa ia satu konspirasi jahat oleh pihak UMNO untuk menjatuhkan beliau, walaupun pelbagai bukti kukuh telah dikemukakan kepada umum.



Ramai di antara pengikut beliau yang amat taksub telah terpedaya dengan kepintaran beliau berhujah serta berlakon lalu mempercayai kata-kata beliau bahawa beliau telah difitnah. Bagi mereka ini, ingin saya menarik perhatian mereka kepada Surah Al-Israa Ayat 72 yang bermaksud “Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini,nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”. Dan juga Surah Al Ahzab Ayat 67 yang bermaksud “Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)”.

Persoalan penting yang perlu dijawab oleh Anwar Ibrahim ialah, sekiranya benar beliau tidak melakukannya, mengapa beliau takut bermubahalah seperti yang dilakukan oleh kesemua mereka yang menuduh beliau, di antaranya Azizan, Umi Hafilda, Saiful dan Dato Eskay. Mengapa beliau menghalang pihak berkuasa menjalankan ujian DNA terhadap diri beliau dan anak yang didakwa anak beliau.



Untuk membersihkan nama beliau, Ketua Pembangkang tersebut saharusnya turut sama bermubahalah dan bukan mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Kata pepatah “berani kerana benar takut kerana salah”. Tetapi beliau enggan melakukannya dan sebaliknya timbul lagi cerita-cerita baru dari masa ke masa dengan beliau berselindung di belakang tabir yang sama kononnya ada “fitnah dan konspirasi” terhadap diri beliau. Tidak cukup itu, dalam keadaan tersepit beliau terpaksa memperalatkan ulama tersohor seperti Dr Yusuf Qaradawi untuk menutup kemungkaran beliau. Sekiranya beliau di pihak yang benar, beliau tidak perlu berbuat demikian, kerana Allah swt tetap akan bersama beliau.

Di sini,saya ingin meriwayatkan suatu kisah benar yang berlaku di zaman Khalifah Saidina Umar untuk renungan kita bersama. Riwayatnya adalah seperti berikut: “Diadukan kepada Khalifah Umar seorang budak yang telah membunuh tuannya. Lalu Khalifah Umar memerintah agar budak itu dibunuh. Sebaliknya atas cadangan Ali, siasatan telah dilakukan terlebih dahulu dan budak tersebut telah mendakwa bahawa beliau terpaksa membunuh tuannya kerana tuannya telah memaksa dan meliwat beliau. Dari hasil siasatan itu Ali perlu mendapatkan bukti terhadap dakwaan tersebut. Lalu beliau menasihati Khalifah Umar supaya menangguhkan hukuman beliau selama tiga hari selepas tuan yang dibunuh itu dikebumikan. Di hari keempatnya Ali telah menjemput Khalifah Umar serta keluarga si mati ke kubur serta memerintah supaya kubur si mati digali semula. Hasil dari galian tersebut, mereka mendapati mayat si mati sudah tidak ada di dalam liang lahad dan cuma tinggal kafannya sahaja. Lalu Ali berkata “Allahu Akhbar Allahu Akhbar, demi Allah aku tidak pernah berbohong dan dibohongi. Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda “ Barang siapa di antara umatku ada yang berbuat seperti perbuatan kaum Luth kemudian dia mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka dia tidak akan tinggal di liang lahad lebih dari tiga hari kecuali bumi melemparkannya ke golongan kaum Luth yang telah binasa. Dia kelak akan dibangkitkan bersama mereka”. Tempat yang dimaksudkan itu bernama Sodom (terletak di selatan Dead Sea), asalnya perkataan sodomy.



Dari peristiwa tersebut saya menyeru semua umat Islam, termasuk penyokong-penyokong Pas dan PKR, terutama sekali mereka yang taksub supaya merenunginya, takut-takut nanti mereka akan turut dikumpulkan bersama kerana bersekongkol dengan manusia yang seperti itu, apatah lagi memilih beliau sebagai Pemimpin mereka. Sedangkan Pemimpin mereka itu akan berada bersama-sama kaum Nabi Luth as. Dalam hal ini saya yakin tiada seorang ulama yang tersohor sekali pun akan dapat menyelamatkan mereka.Saya akhiri riwayat ini dengan Ayat 71 Surah Ali Imran yang bermaksud “(ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap-tiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka tidak dianiayanya sedikitpun”.
Oleh itu, Saranan saya ialah berhati-hatilah apabila memilih Pemimpin. Ingat! mereka yang akan dihimpunkan bersama-sama kaum Nabi Luth as perlulah dijauhi. Dengan memilih beliau dan memilih mereka yang bersekutu dengan beliau dikhuatiri anda akan turut dihimpunkan bersama-sama mereka nanti.

Rujukan:
Riwayat berhubung dengan Kaum Nabi Luth as di petik daripada buku bertajuk “Mengungkap Untaian Kecerdasan Sayyidina Ali bin Abi Talib” oleh Muhammad Ridha Al-Hakimi. Ia telah diterjemahkan dan disunting dari buku asalnya yang bertajuk “Saluni Qablaan Tafqiduni” karya penulis yang sama, terbitan Muassasah Al-A’lami, Beirut, 1399 H. Penerjemahnya ialah Husain Al-Kaff dan Penyunting dan Editornya ialah Drs Muhammad Ridhwan, MBA. Buku terjemaan ini diterbit oleh YPI Al-jawad, Bandung, Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete