Total Pageviews

Sunday 21 April 2013

ANUGERAH PELAKON FILEM BAGI KATEGORI FILEM PANAS



Anugerah ini diberikan untuk menghargai sumbangan pelakon-pelakon filem panas dalam industri filem negara. Juri sudah melihat dari pelbagai sudut dan memutuskan hanya penama berikut layak untuk dipertimbangkan dalam pencalonan anugerah sepanas ini.



CALON PERTAMA SAUDARA ANWAR IBRAHIM



1. Anwar Ibrahim merupakan calon peberet untuk merangkul anugerah pelakon filem panas. Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang sehingga kini beliau gagal memberi jawapan yang tuntas.
2. Anwar berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). Tuduhan ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri suatu ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Datuk Eskay mengakui lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Bacalah pendedahan Papagomo.
3. Kesalahan Anwar yang bukan sahaja dituduh mempunyai hubungan seksual dengan China Doll, malah mempunyai citarasa seks songsang. Anwar sungguhpun dibebaskan atas sebab teknikal atas tuduhan meliwat Azizan dan kemudiannya Saiful Bukhari, sehingga hari ini masih belum bersumpah sebagai orang Islam menafikan tuduhan-tuduhan yang serius dan berat ini.
4. Dalam kes hubungan seks dengan gadis China, Datuk Eskay bukan sahaja mengemukakan video sebagai bukti nafsu serakah Anwar, malah turut bersumpah laknat bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam video tersebut. Mangsa yang mendakwa dirinya diliwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari, telah mengadakan sumpah laknat mengakui beliau telah diliwat oleh Anwar.
5. Anwar sebagai seorang pemimpin Islam, pernah menjadi imam dan khatib jumaat tidak sekalipun pernah bersumpah menafikan semua tuduhan tersebut dalam bentuk dan konteks yang dikehendaki oleh syariat Islam. Mengapa sebagai pemimpin Islam tidak berani bersumpah.

CALON KEDUA SAUDARA MUSTAFA ALI



1. Video seks yang mengandungi wajah seorang lelaki menyerupai Mustafa Ali. Sila lawati gambar dan video yang meloyakan itu.
2. Sehingga hari ini Mustafa Ali langsung tidak bersumpah menafikan bahawa beliau bukan lelaki dalam video seks tersebut.

CALON KETIGA SAUDARA AZMIN ALI



1. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengadakan oral seks. Azmin sehingga kini tidak tampil bersumpah cara Islam membersihkan dirinya, mahupun membuat laporan Polis.

CALON KEEMPAT SAUDARA MOHAMAD SABU



1. Sehingga hari ini, penyokong Pas masih melantik Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia. Manusia yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Kelantan bersama Normah, isteri orang.
2. Mohamad Sabu ditangkap khalwat bersama isteri orang oleh pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan. Ini soal serius dan nyata, bukannya sekadar tuduhan dalam satu laporan polis tanpa bukti, saksi dan penguatkuasa. Mohamad Sabu hanya terlepas kerana pendakwa tersalah tulis nombor bilik.

CALON KELIMA SAUDARI ELIZABETH WONG



1. Kegiatan gelap Elizabeth adalah suka bertukar-tukar pasangan seks tanpa kahwin. Hobi Elizabeth ini sudah lama berlaku, tetapi mula terbongkar sejak dua bulan lepas.
2. Terdapat sekurang-kurang tiga individu yang menjadi kekasih gelap Elizabeth iaitu Hilmi Malik, Tian Chua dan Mat Salleh.

Kesemua pelakon-pelakon ini dicalonkan kerana pengaruh besar mereka di dalam parti mereka masing-masing. Mereka ini memegang jawatan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin utama negara jika mereka menang. Bukti yang ada ke atas mereka juga sangat kukuh dan konkrit. Namun mereka masih diberi kepercayaan penyokong ppembangkang untuk memimpin.

Kesemua pemimpin pembangkang ini dicalonkan atas kriteria mereka tidak bersedia berundur dan tidak rasa bersalah di atas perbuatan mereka walaupun mereka sedar perbuatan mereka bersalah dan berdosa di sisi agama. Berdasarkan penghakiman oleh juri maka diputuskan bahawa pemenang pelakon panas jatuh kepada.....(kena tunggu keputusan sms)

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete