Total Pageviews

Monday 25 June 2012

MERAJUK KE AWAK RAFIZI RAMLI

Kesiankan Rafizi Pengarah Strategik PKR, ex CEO Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Ye la orang hebat tapi dipermainkan oleh Faekah, Setpol pada Wan Azizah. Rafizi cemerlang di MCKK, cemerlang di univerisitinya dan cemerlang di PETRONAS, tetapi tidak cemerlang di dalam politik. Kecik rupanya hati si Rafizi ini, walaupun umurnya September ini 35 tahun. Ye la kecik sebab merajuk dipermainkan oleh Faekah dia letak jawatan. Apa kelas letak jawatan di pejabat CEO Selangor. Kalau betul2 katanya dia tak betah kerja di satu tempat lebih dari 2 tahun kan bagus berhenti juga jadi Pengarah Strategic PKR. Tak logic langsung alasannya. Pas tu bila orang call tak jawab, merajuk la tu… Rafizi…rafizi…ada banyak sebab yang bermain di minda siapa sahaja dan pelbagai tanggapan boleh dibuat kenapa Rafizi letak jawatan. Jawapannya ialah: A. Kecewa dan kecik ati kerana dipermainkan oleh Faekah Husin. B. Sebagai pelajar cemerlang di MCKK dan Universiti ditambah cemerlang di PETRONAS tapi Faekah tak respek. C. Sebagai orang kuat Anuwar Ibrahim, Tan Sri MB Selangor sepatutnya menghargai dirinya. D. Nak lari terus dari PKR tapi step by step, mula-mula lari dari Selangor pas ni lari dari PKR (jadi PKR kena berdoa supaya PRU dicepatkan supaya Rafizi tak letak jawatan sebelum PRU). E. Hebat tetapi dikecilkan oleh Khairi Jamaludin dalam Debat PTPTN. Jadi pilih la mana satu jawapan yang logic kenapa Rafizi letak jawatan. Tapi satu yang pasti Rafizi nikan muka jambu jadi dalam hatinya mungkin ada taman dan dia bukan lah budak jahat atau ganas seperti mana ahli politik PKR yang lain. Jadi agaknya satu daripada kriteria yang penting untuk menjadi ahli politik ialah sifat tahan lasak. Ada ke sifat tahan lasak ni pada jiwa Rafizi….

Thursday 31 May 2012

KAYANYA AZMIN ALI

Pembangkang selalu mengatakan jika mereka menang dalam PRU ke 13 mereka akan memastikan kebajikan rakyat diutamakan, mereka akan memastikan apa yang diamalkan oleh Wakil Rakyat BN tidak akan diamalkan oleh mereka. Mereka akan mejadi seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya. Walaupun adil dan bersih itu subjektif tetapi kini baru kita tahu apakah adil dan bersih yang dimaksudkan.Mari kita lihat kehidupan mewah seorang Wakil Rakyat - Azmin Ali.
Pada usia 23 tahun dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim dan kemudian pada tahun 1989 dilantik sebagai setiausaha khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan gajinya pada masa itu tidak lebih RM RM2200. Berapa pula elaunnya sebagai seorang Wakil Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Menurut Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, elaun Ahli Parlimen Malaysia hanyalah RM6,500 sebulan cukup rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan. Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111. Maknanya elaun sebagai Ahli Parlimen Gombak ialah RM 6,500 tunai..... Kita tengok pula elaun sebagai ADUN. Maklumat daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu (yang ke 12) telah meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. Jadi dicampurkan kedua-dua gaji RM 6,500 dan RM 6,000 tidak memungkinkan Azmin untuk memiliki kenderaan mewah Ferrari. Walau dia menabung semasa menjadi Pegawai Khas dan Setiausaha Khas sekalipun tidak memungkinkan dia mampu memiliki kenderaan tersebut, Persoalannya daripada mana datang kekayaan ini? Sebuah kereta Ferrari yang mungkin sama jenis yang saya cari di google berharga RM 648,000.00 sebuah, Ini yang paling murah ada lagi kenderaan ferrari yang lebih mahal harganya. Lihat gambar-gambar ini sebagai bukti ia merupakan kenderaan Azmin Ali.
Kedua-dua gambar ini menunjukkan Azmin Ali dan keluarga bergambar dihadapan kereta Ferrari. Berdasarkan kepada lampu dan muka hadapan kereta maka dapatlah dinyatakan bahawan inilah dia kereta Ferrari yang dimiliki oleh Azmin Ali
Kalau benar ini kereta yang dimiliki oleh Azmin Ali maka inilah harganya.
Jadi persoalan saya bagaimana AP mampu membeli kereta mewah telah membuka sedikit perbincangan kita. Tapi ia masih belum dijawab dari mana punca kewangan itu, adakah ia berpunca daripada apa yang diperkatakan oleh Umi Halfida berhubung dia mempunyai bukti kekayaan Azmin Ali.
Kalau benar Azmin Ali mempunyai kekayaan sebagaimana yang ditunjukkan
maka terjawablah sedikit 'jigsaw puzzle' kekayaan Azmin Ali yang memungkinkannya memiliki Ferrari dan pastinya kekayaan itu adalah secara haram. Dan bukankah ini yang selalu dimainkan oleh pembangkang dan menjaja di lorong-lorong ceramah mereka bahawa BN korup. Azmin di dalam konteks ini bukan hanya korup tetapi juga dayus. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday 22 May 2012

SIAPA SEBENAR YANG KITA CUBA PENGARUHI

Tengok tak debat antara KJ dan Rafizi Ramli. Kalau tengok maka pastinya kita akan ada persepsi sendiri siapa yang hebat atau mudahnya siapa yang akan menang.
.Persoalan utama yang akan dibincang ialah adakah perdebatan yang diadakan di antara dua pemimpin muda ini sebenarnya untuk mencari kebenaran, memberi peluang untuk mereka meluahkan pendapat mereka sendiri atau hanya sekadar melagakan dua individu daripada dua parti yang berbeza dan akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini lah yang kita akan lihat, benarkah pendapat yang bernas dengan fakta dan data yang cukup akan mampu mempengaruhi audien kumpulan sasar. Seperti biasa dalam senario politik negara kita, dapat kita bahagikan audien kepada 3 kumpulan, pro kerajaan, pro pembangkang dan kumpulan atas pagar. Yang mungkin menilai kebenaran pendapat dan hujah kedua-dua pendebat ini dengan cara rasional hanyalah kumpulan atas pagar yang ingin mencari kebenaran, sedangkan bagi penyokong parti kotak memori mereka menyimpan seterotype mind iaitu hanya pendebat daripda kumpulan aku sahaja yang benar sedangkan pendebat dari kumpulan satu lagi hanya memberi alasan. Jika ini memang benar berada di dalam kotak minda audien maka amat malanglah debat yang dilihat oleh kebanyakkan orang sebagai satu debat ilmiah yang boleh mencari solution kepada masalah PTPTN. Penyokong akan bersorak apabila hujah pendebat mereka menyakinkan mereka dan mengganggu hujah pendebat satu lagi. Ini lah bukti yang nyata dan jelas betapa debat PTPTN itu tidak lebih daripada sekadar menonjolkan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa mereka memang hebat berdebat. Jadi permintaan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Anwar Ibrahim rasanya tidak akan mencapai matlamat, apa yang akan tercapai hanyalah di pihak BN akan bersetuju dengan kenyataan PM dan di peringkat pembangkang akan bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim. Cuba lihat debat terdahulu di antara Anwar Ibrahim dan Sabri Chik, jawapan yang sama selepas berakhirnya perdebatan, Anwar dikatakan menang oleh penyokong PKR sementara Sabri Chik juga dikatakan menang oleh penyokong BN, jadi kedua-duanya menang pada persepi kedua-dua penyokong.
Jadi perlu apa diadakan debat jika pendebat akan lebih bermain dengan emosi, bahasa badan dan facial expression. Jika ini digunakan sepanjang perdebatan pastinya pembangkang akan mudah memperlekehkan kerajaan kerana mereka adalah pembangkang kerja mereka adalah membangkang dan budaya membangkang tanpa membina memang sentiasa ada kepada pembangkang di Malaysia. Dan apabila ini terjadi kerajaan yang berusaha untuk memajukan negara akan dilihat seolah-olah benar tidak melaksanakan kerja mereka sedangkan ia bukan begitu. Cuba perhatikan perbezaan ceramah pembangkang yang menghentam kerajaan digemari oleh semua audiennya, dan cuba pula perhatikan ucapan pemimpin kerajaan berhubung projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, kurang sengatnya dan seolah-olah tidak minat untuk diikuti kerana tidak ada unsur-unsur mengkritik, menghina dan memperlekehkan. Jadi akhirnya debat yang diadakan bukanlah bukti kehebatan atau kebenaran kepada parti politik tetapi lebih kepada kebolehan berhujah pendebat-pendebat dari persepsi penyokong masing-masing. Jadi siapa menang debat PTPTN begantung dari kumpulan mana mereka datang. Jadi lupakanlah tentang debat kerana masyarakat kita belum bersedia 100% untuk menjadi audien seperti di negara-negara maju. Kita perlu ukur baju di badan sendiri.

Saturday 31 March 2012

KENAPA ANWAR IBRAHIM

Sebenarnya sukar untuk menyakinkan rakyat Malaysia siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Kenapa masyarakat negara ini sukar mempercayai kenyataan-kenyataan, blog-blog, artikel-artikel yang menulis tentang prilaku pemimpin pembangkang ini. Lepas satu-satu rahsia Anwar Ibrahim dibongkar oleh orang-orang yang rapat dengannya. Nallakarupan, Dato T, Umi Halfida dan ramai lagi orang-orang kuat Anwar Ibarhim.Mari kita kaji kenapa selepas videonya dimainkan, artikel dan pengakuan dari kawan-kawan AI beliau tetap diterima. Di antara "lakonan" AI yang berjaya menyakinkan rakyat ialah: a. Semasa mudanya menjadi pemimpin ABIM - bila dikatakan pemimpin ABIM secara tidak langsung, agamanya dan budi bahasanya baik. Tapi betul ke? b. Ketika menjadi menteri atau TPM di dalam ucapannya sentiasa menggunakan ayat quran dan bercakap secara kearab-araban, ini propaganda terbaiknya untuk menyakinkan orang dia seorang alim ulamak. Tapi hari ini pemimpin pembangkang Cina juga memberi salam dan menggunakan ayat Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jadi di mana kedudukan AI sama sahaja dengan pemimpin bukan Islam. c. Sentiasa menjadi imam dan membaca khutbah menjadikan dirinya dilihat hebat. Mana-mana lelaki pun di negara ini sebenarnya boleh menjadi Iman dan Khatib, kalau tak fasih al Quran hafal sahaja untuk menyakinkan orang. Ini antara faktor-faktor mengapa sukar untuk menyakinkan massa bahawa AI adalah manusia biasa. Video dan kenyataan ke atas AI disifatkan sebagai fitnah ke atas ketua pembangkang ini sedangkan terang-terang beliau seorang oportunis politik.Berilah ruang dan bukalah hati untuk menerima bahawa apa yang dinyatakan terhadap kelakuan AI ada kebenarannya. Persoalan yang boleh digunakan oleh kita untuk menilai atau mencari kebenaran ialah: a. AI perlu menyaman Dato T di atas sebaran video seks AI. b. AI perlu menyaman Nallakarupan di atas kenyataan dan tuduhan ke atasnya. c. Buktikan persoalan di mana AI pada tarikh yang dipinta oleh Dato T dan di mana jam Omega. d. Minta supaya orang-orang yang dituduh mengadakan hubungan seks biseksual dengan AI tampil ke hadapan dan menyatakan mereka tidak pernah terlibat dengan AI. e. Buktikan bahawa video yang disebarkan oleh Dato T adalah palsu gunakan kepakaran dari luar negara. Mungkin ini antara tindakan yang boleh digunakan untuk menyakinkan rakyat Malaysia siapa AI. Ini berhubung dengan isu-isu kelakuan seks AI tidak lagi dibincangkan kenyataan AI terhadap orang Melayu dan Islam. Isu ini tunggu..............

Tuesday 6 March 2012

Berita Harian Online | Mat Sabu punca krisis PAS Kedah

Berita Harian Online | Mat Sabu punca krisis PAS Kedah KENAPA NI? ADAKAH INI PETANDA KELEMAHAN PR - PAS DI KEDAH ATAU KELEMAHAN INI JUGA DI SELURUH NEGERI YANG DITADBIR OLEH PR. KALAU INI BERLAKU KESIAN LAH KEPADA RAKYAT YANG DITADBIR OLEH PR. AWAL-AWAL LAGI KITA DAH MENGETAHUI BAHAWA PR ADALAH KELOMPOK MANUSIA YANG SEBENARNYA TIDAK TAHU MEMERINTAH TETAPI LEBIH HANDAL DAN PAKAR MENGUTUK, MENGHINA, MEMFITNAH DAN KERANA KEBIASAAN MEREKA MELAKUKAN PERBUATAN INI MENJADIKAN MERERKA HEBAT DI MATA RAKYAT. TETAPI SEBENARNYA SUKAR UNTUK MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWA PILIHAN MEREKA SEBENARNYA ADALAH SALAH DAN TIDAK TEPAT KERANA EMOSI MENGUASAI DIRI DAN MATA HATI DITUTUP OLEH KEBENARAN. SEBAB ITULAH APABILA DALAM YOU TUBE TERSEBARNYA VIDEO DSAI DAN VIDEO-VIDEO KELAKUAN SUMBANG PEMIMPIN PR RATA-RATA MEREKA YANG TELAH DITUTUP MATA HATINYA TIDAK DAPAT MENERIMA VIDEO INI DAN MENGATAKAN IA ADALAH RANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENJATUHKAN KREDEBILITI PR SEDANGKAN APA YANG BERLAKU DI KEDAH ADALAH BUKTI NYATA BAHAWA MEMANG PR ADA MASALAH BESAR. BUKA MATA BUKA HATI JADILAH INDIVIDU YANG BOLEH MENILAI KEBENARAN DAN KEBATILAN. MOGA-MOGA KITA AKAN MEMILIH PEMIMPIN YANG BAIK DAN KERAJAAN YANG BAIK YANG BOLEH MENTADBIR NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

Monday 13 February 2012

MARI JADI RAKYAT YANG PRIHATIN

Sesuai dengan blog saya rakyat prihatin, maka kali ini saya nak menarik perhatian semua untuk menjadi rakyat yang prihatin. Menjadi rakyat prihatin di bumi yang bertuah seperti Malaysia ini banyak sumbangan yang boleh kita lakukan. Bermula dengan perasaan sayangkan negara, sayangkan negara juga banyak aspeknya dan berbeza dari setiap individu bergantung kepada latarbelakang individu itu sendiri. Seorang ahli sukan seperti pemain badminton negara yang sekarang sedang mengibar jalur gemilang dalam misi piala thomas dan piala uber perlu mempunyai semangat sayangkan negara, bahasa yang digunakan ialah punya semangat patriotik. Kenyataan di luar yang mengatakan bahawa kempen kali ini memperlihatkan team Malaysia yang lemah perlu diabaikan dan dibuang jauh-jauh kerana semangat juang, semangat patriotik yang tinggi mampu mengubah segalanya kerana perlu diingat team piala thomas sebenarnya team yang hebat diketuai oleh Dato LCW, no 1 dunia, Hafiz Hashim pernah menjadi juaara All England, kedua-dua bergu kita juga hebat di peringkat dunia, cuma mungkin yang perlu mereka pertingkatkan ialah semangat sayangkan negara, jadilah kita rakyat prihatin bersama-sama mendoakan kejayaan mereka. Mengelakkan amalan rasuah dalam budaya kita juga gambaran rakyat prihatin, prihatin kerana amalan rasuah akan menghancurkan negara malaysia yang tercinta, oleh itu pemberi dan penerima rasuah haruslah menjadi rakyat prihatin kerana sikap ini akan memburukkan persepsi rakyat negara ini dan masyarkat luar kerana kita berhasrat untuk menjadi negara maju 2020 dan kita harus prihatin bahawa untuk menjadi negara maju maka, rakyatharus berusaha untuk menghapuskan rasuah. Menjadi rakyat prihatin yang paling penting dalam perbincangan ktia ialah mendaftarlah sebagai pengundi terutama kepada orang Melayu kerana media massa melapurkan 400,000 orang yang layak untuk mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih. Jadilah rakyat prihatin bila PRU maka keluarlah mengundi, satu undi memberi kesan untuk membentuk sebuah negara yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Sebagairakyat prihatin, kita jgua dipinta agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan media yang digunakan oleh pembangkang yang kebanyakkannya diterbitkan untuk mempengaruhi persepsi masyarakat sedangkan sebenarnya perkara yang dipaparkan itu tidak benar. Jadilah rakyat prihatin untuk menjadi pengkaji dan ahli sains (gunakan prinsip 5W 1H untuk jadi pengkaji atau ahli sains), maksudnya apa sahaja yang dikatakan oleh siapa sahaja tidak boleh diterima bulat-bulat tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Jadilah rakyat prihatin untuk memastikan negara Malaysia akan ditadbir oleh mereka yang sebenarnya layak mentadbir dari memilih mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan. Jadilah rakyat prihatin bahawa jatuhnya Melaka 1511 kerana kita tidak prihatin dengan sikap kelompok manusia yang kecewa dan kemudian bersekongkol dengan Portugis pada masa itu untuk menjatuhkan Melaka. Perhatikan Andalusia 700 tahun diperintah oleh kerajaan Islam jatuh ke tangan penjajah dan hari ini keagungan Islam di bumi Andalusia hanya tinggal kenangan. Jadilah rakyat prihatin dengan melihat sejarah ini agar tidak berulang di negara Malaysia yang kita cintai.

Monday 6 February 2012

MARI KITA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN

Hidup ni senang dan mudahkan untuk mencari kesalahan orang lain terlalu mudah, semudah menyebut ABC.Pemimpin cukup mudah untuk dikritik dan cukup mudah untuk dicari kesalahannya, apa sahaja yang dilakukan dengan begitu mudah pengkritik akan menilai, tetapi yang tidak berapa menariknya kritikan manusia ini kebanyakkannya tidak membina tetapi lebih kepada kritikan untuk menjahanamkan dan kritik untuk memusnahkan, sebaiknya apabila kita mengkritik perlulah ikhlas untuk tujuan kebaikan dan untuk tujuan menjadikan apa yang dikritik itu akan menjadi lebih baik. Jangan mengkritik hanya semata-mata kerana ingin mengkritik, kerana perasaan dendam atau kerana ingin menunjuk seolah-olah kita lebih hebat daripada orang yang kritik. Susahkan kalau kita menjadi ketua keluarga (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi abang tua (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi ketua pejabat (pemimpin), maksudnya begitulah sukar Perdana Menteri untuk menjadi pemimpin. Untuk membangunkan negara, untuk memastikan negara mencapai kejayaan, untuk memastikan rakyat akan hidup sejahtera, untuk memastikan kemakmuran, ekonomi dan sosial dalam negara ini akan terus kekal maju dan berdaya saing. Sebab itu sebagai rakyat yang baik kita tidak sepatutnya mengkritik seolah-olah apa yang dilakukan oleh PM dan barisan pimimpinannya tidak berfungsi. Menjadi rakyat yang baik ialah kita harus menilai jika kritikan itu ditujukan kepada Perdana Menteri kita. Siapa yang mengkritik adakah dia lebih baik atau lebih teruk. Adakah dia mengkritik membina atau mengkritik untuk menghancurkan. Adakah pengkritik pernah mengharumkan nama negara, adakah 'track rekod' nya menunjukkan jika dia berada di tempat yang dikritik itu dirinya akan bekerja dengan cemerlang, ikhlas untuk kebaikan rakyat atau dia hanya bercakap tanpa sebarang makna. Jadi mari kita menilai siapa pengkritik itu...baik ke dia, berfaedah ke dia untuk negara, berguna ke dia untuk membangunkan negara, adakah dia akan membangunkan negara atau kita tidak pasti...jangan cuba-cuba mengubah segalanya tanpa sebarang perancangan.