Total Pageviews

Monday 6 February 2012

MARI KITA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN

Hidup ni senang dan mudahkan untuk mencari kesalahan orang lain terlalu mudah, semudah menyebut ABC.Pemimpin cukup mudah untuk dikritik dan cukup mudah untuk dicari kesalahannya, apa sahaja yang dilakukan dengan begitu mudah pengkritik akan menilai, tetapi yang tidak berapa menariknya kritikan manusia ini kebanyakkannya tidak membina tetapi lebih kepada kritikan untuk menjahanamkan dan kritik untuk memusnahkan, sebaiknya apabila kita mengkritik perlulah ikhlas untuk tujuan kebaikan dan untuk tujuan menjadikan apa yang dikritik itu akan menjadi lebih baik. Jangan mengkritik hanya semata-mata kerana ingin mengkritik, kerana perasaan dendam atau kerana ingin menunjuk seolah-olah kita lebih hebat daripada orang yang kritik. Susahkan kalau kita menjadi ketua keluarga (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi abang tua (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi ketua pejabat (pemimpin), maksudnya begitulah sukar Perdana Menteri untuk menjadi pemimpin. Untuk membangunkan negara, untuk memastikan negara mencapai kejayaan, untuk memastikan rakyat akan hidup sejahtera, untuk memastikan kemakmuran, ekonomi dan sosial dalam negara ini akan terus kekal maju dan berdaya saing. Sebab itu sebagai rakyat yang baik kita tidak sepatutnya mengkritik seolah-olah apa yang dilakukan oleh PM dan barisan pimimpinannya tidak berfungsi. Menjadi rakyat yang baik ialah kita harus menilai jika kritikan itu ditujukan kepada Perdana Menteri kita. Siapa yang mengkritik adakah dia lebih baik atau lebih teruk. Adakah dia mengkritik membina atau mengkritik untuk menghancurkan. Adakah pengkritik pernah mengharumkan nama negara, adakah 'track rekod' nya menunjukkan jika dia berada di tempat yang dikritik itu dirinya akan bekerja dengan cemerlang, ikhlas untuk kebaikan rakyat atau dia hanya bercakap tanpa sebarang makna. Jadi mari kita menilai siapa pengkritik itu...baik ke dia, berfaedah ke dia untuk negara, berguna ke dia untuk membangunkan negara, adakah dia akan membangunkan negara atau kita tidak pasti...jangan cuba-cuba mengubah segalanya tanpa sebarang perancangan.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete