Total Pageviews

Monday 13 February 2012

MARI JADI RAKYAT YANG PRIHATIN

Sesuai dengan blog saya rakyat prihatin, maka kali ini saya nak menarik perhatian semua untuk menjadi rakyat yang prihatin. Menjadi rakyat prihatin di bumi yang bertuah seperti Malaysia ini banyak sumbangan yang boleh kita lakukan. Bermula dengan perasaan sayangkan negara, sayangkan negara juga banyak aspeknya dan berbeza dari setiap individu bergantung kepada latarbelakang individu itu sendiri. Seorang ahli sukan seperti pemain badminton negara yang sekarang sedang mengibar jalur gemilang dalam misi piala thomas dan piala uber perlu mempunyai semangat sayangkan negara, bahasa yang digunakan ialah punya semangat patriotik. Kenyataan di luar yang mengatakan bahawa kempen kali ini memperlihatkan team Malaysia yang lemah perlu diabaikan dan dibuang jauh-jauh kerana semangat juang, semangat patriotik yang tinggi mampu mengubah segalanya kerana perlu diingat team piala thomas sebenarnya team yang hebat diketuai oleh Dato LCW, no 1 dunia, Hafiz Hashim pernah menjadi juaara All England, kedua-dua bergu kita juga hebat di peringkat dunia, cuma mungkin yang perlu mereka pertingkatkan ialah semangat sayangkan negara, jadilah kita rakyat prihatin bersama-sama mendoakan kejayaan mereka. Mengelakkan amalan rasuah dalam budaya kita juga gambaran rakyat prihatin, prihatin kerana amalan rasuah akan menghancurkan negara malaysia yang tercinta, oleh itu pemberi dan penerima rasuah haruslah menjadi rakyat prihatin kerana sikap ini akan memburukkan persepsi rakyat negara ini dan masyarkat luar kerana kita berhasrat untuk menjadi negara maju 2020 dan kita harus prihatin bahawa untuk menjadi negara maju maka, rakyatharus berusaha untuk menghapuskan rasuah. Menjadi rakyat prihatin yang paling penting dalam perbincangan ktia ialah mendaftarlah sebagai pengundi terutama kepada orang Melayu kerana media massa melapurkan 400,000 orang yang layak untuk mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih. Jadilah rakyat prihatin bila PRU maka keluarlah mengundi, satu undi memberi kesan untuk membentuk sebuah negara yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Sebagairakyat prihatin, kita jgua dipinta agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan media yang digunakan oleh pembangkang yang kebanyakkannya diterbitkan untuk mempengaruhi persepsi masyarakat sedangkan sebenarnya perkara yang dipaparkan itu tidak benar. Jadilah rakyat prihatin untuk menjadi pengkaji dan ahli sains (gunakan prinsip 5W 1H untuk jadi pengkaji atau ahli sains), maksudnya apa sahaja yang dikatakan oleh siapa sahaja tidak boleh diterima bulat-bulat tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Jadilah rakyat prihatin untuk memastikan negara Malaysia akan ditadbir oleh mereka yang sebenarnya layak mentadbir dari memilih mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan. Jadilah rakyat prihatin bahawa jatuhnya Melaka 1511 kerana kita tidak prihatin dengan sikap kelompok manusia yang kecewa dan kemudian bersekongkol dengan Portugis pada masa itu untuk menjatuhkan Melaka. Perhatikan Andalusia 700 tahun diperintah oleh kerajaan Islam jatuh ke tangan penjajah dan hari ini keagungan Islam di bumi Andalusia hanya tinggal kenangan. Jadilah rakyat prihatin dengan melihat sejarah ini agar tidak berulang di negara Malaysia yang kita cintai.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete