Total Pageviews

Tuesday 11 September 2012

JADILAH RAKYAT YANG HEBAT BUKAN MUSIBAT

Aku bukan nak bincang tentang masa depan Amar pelajar yang menunjukkan bontot pada gambar pemimpin negara pada malam di ambang kemerdekaan tempohari, tetapi aku lebih melihat kepada kenapa pelajar-pelajar kita menjadi terlalu kurang ajar sekarang ini. Pelik kan bila memikirkan mereka ini golongan intelek cerdik pandai dan bakal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa akan datang. Lihat bagaimana Adam Adli, pelajar yang menurunkan bendera Dato Seri Najib di PWTC tahun lalu.
pelik kan masa mereka ini sepatutnya diperuntukkan untuk belajar dan bukannya melaksanakan suatu kerja bodoh. Tetapi yang lebih sedih perbuatan ini hanya dilakukan oleh pelajar Melayu sahaja dan beragama Islam. Adakah perbuatan ini diajar di dalam agama Islam. Sebagai seorang Melayu yang penuh dengan sopan santun dan terikat kepada ajaran agama perkara ini tidak seharusnya dilakukan. Yang gilanya ialah apa pula tindakan yang dilakukan oleh pembangakang terutama Anwar Ibrahim ke atas mereka, tentunya PKR seronok kerana ada pemuda yang berani melakukan perbuatan bodoh ini untuk mengaibkan pemimpin negara. Bagi Adam Adli atau Amar atau mereka yang lepas ini ada rancangan untuk buat benda-benda bodoh ini, jangan ingat pembangkang terutama pembangkang Melayu akan tolong. Kalau Anwar mungkin tolong dengan syarat 'jambu'. Yang Seriusnya. kalau inilah rupanya pemuda yang disandarkan untuk menjadi pemimpin masa akan datang, maka hancur lah negara ini. Dan pastinya anda bukanlah calon pembangkang untuk menjadi pemimpin bagi mereka. Penunjuk bontot hanya layak menjadi balaci sahaja kepada orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan kumpulannya. Pelajar-pelajar ini perlu ada matlamat dan tahu tugas mereka sebagai pelajar iaitu belajar, belajar, belajar sampai berjaya. Letakkan seseorang individu sebagai role model mereka - Tun Dr Mahathir role model negarawan negara yang hebat.
Prof Diraja Ungku Aziz - seorang ahli akademik dan pemikir yang hebat atau Tan Sri Tony Fernandes - mengubah indusrti penerbangan sebagai industri yang menguntungkan atau
Dato Siti Nurhaliza artis yang berjaya dan mengekalkan sopan santun gadis Melayu. Jadi senangkan menjadi pelajar atau rakyat Malaysia yang sayangkan negara nya. Apabila kita belajar menghormati orang lain pasti orang lain juga akan menghormati kita. Jadilah rakyat yang boleh membanggakan negara.

Monday 10 September 2012

DAP 90 Kerusi, PKR dan PAS 66 Kerusi

Kalau betul lah, pembahagian kerusi seperti mana yang dinyatakan. Maka pastinya jika PR menang maka PAS atau PKR tidak akan berpeluang menjadi PM. Dan pastinya hukum hudud
yang dirancang akan dilaksankan oleh PAS tidak akan menjadi kenyataan. Dan pastinya niat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM akan tidak kesampaian dan khuatir beliau akan menentang pulak DAP kerana DAP tidak melantiknya menjadi PM. Sebab perlu diingat inilah janji DAP dalam PR dimana kalau PR menang tetap Anwar Ibrahim akan dilantik jadi PM, tapi betul ke, ...kalau kerusi dimenangi hampir sama mungkin DAP akan setuju melantik Anwar itupun ada 'perjanjian setan' iaitu TPM mesti dari DAP. So di mana PAS, PAS sebenarnya boleh lupakan la tentang kepentingan mereka dalam PR. PAS ibarat melukut tepi gantang, PAS ibarat diperkudakan sahaja oleh genius parti dalam PKR dan DAP. Perlu diingat PAS memang tidak bersungguh sejak dahulu lagi untuk memerintah negara ini. Cita-cita mereka kecil sahaja iaitu hanya ingin memerintah negeri yang majoritinya Melayu Islam sahaja, seperti Kelantan dan Kedah, dan tak berani untuk bertanding di negeri yang jumlah pengundinya seimbang atau bukan majoriti Islam dan Melayu. Jadi lepas PRU ke 13 kalau PR menang (itupun kalau menang) maka nantikan lah sejarah akan tercipta iaitu PM pertama bukan Melayu dan Islam dan pastinya hukum hudud PAS aakn tidak angan-angan sahaja dan siapa yang PAS nak salahkan pulak selepas ni. Dan kalau PM
akan dilantik dari BUKAN MELAYU dan BUKAN ISLAM maka nantikan lah pulak macam-macam perubahan akan dilakukan.

Tuesday 28 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Sudah 55 tahun Malaysia negara tercinta merdeka. Sudah banyak pembangunan yang klita lihat di negara Malaysia tercinta. Jika dibandingkan dengan negara yang merdeka lebih awal daripada kita atau sama seangkatan merdeka dengan negara kita, maka kita akan dapati bahawa kita sudah mengatasi mereka dari segala sudut. Lihat senarai di bawah negara-negara yang merdeka mengikut tempoh masa 1945 hingga kemerdekaan negara kita. August 17, 1945 – Indonesia, Sept. 2, 1945 – Vietnam, April 17, 1946 – Syria, May 25, 1946 – Jordan, August 14, 1947 – Pakistan, August 15, 1947 – India, January 4, 1948 – Burma, February 4, 1948 – Sri Lanka, May 14, 1948 – Israel, July 19, 1949 – Laos, August 8, 1949 – Bhutan, December 24, 1951 – Libya, November 9, 1953 – Cambodia, January 1, 1956 – Sudan, March 2, 1956 – Morocco, March 20, 1956 – Tunisia, March 6, 1957 – Ghana dan August 31, 1957 – Malaysia Siapa-siapa yang pernah berkunjung di negara-negara di Asia Tenggara akan mendapati bahawa kehidupan rakyat mereka adalah amat miskin dan daif. Lihat sahaja bagaimana penduduk Indonesia, Vietnam, Burma yang bekerja di negara kita. Mereka sanggup bekerja apa sahaja kerana mereka tahu Malaysia adalah sumber kemewahan mereka dan mereka boleh membawa kekayaan negara ini ke negara mereka.
PATI Indonesia sanggup mengharungi Selat Melaka untuk survival kehidupan.
Pendatang Vietnam membawa budaya kemiskinan mereka ke negara kita. Kehidupan ini tidak kita lihat di negara kita, rakyat miskin dan daif tidak seperti di negara kita di mana kita terpaksa merempat mencari rezeki di negara orang dan terpaksa menjadi pendatang di negara orang kerana kita tahu kita punya segala-galanya di negara ini. Bangganya jadi rakyat Malaysia yang tercinta. Lihat pula di KLIA bagaimana pendatang dari Bangladesh, Nepal akan pulang ke negara mereka membawa set TV baru dan pelbagai peralatan elektrik ke negara mereka. Kenapa begini sebab mereka merasa kemewahan di negara ini dan ingin berkongsi sama kekayaan ini di negara mereka, tambahan pula harganya murah dibandingkan dengan mereka. Bangganya jadi rakyat Malaysia bila melihat mereka berbondong-bondong menolak troli dipenuhi barang-barang yang dibeli di negara ini. Sudan, Morocco, Tunisia merdeka awal dari Malaysia...sepatutnya kehidupan mereka lebih sejahtera tetapi apa yang berlaku adalah menyedihkan, mereka terperangkap dengan demonstrasi demi demonstrasi. Kebanggaan kepada 'Arab Spring' tidak membawa mereka ke mana-mana tetapi hanya menjerumuskan negara mereka kepada ketidak stabilan. Bangganya menjadi rakyat Malaysia kerana walaupun ada rancangan dilakukan oleh puak-puak tertentu untuk merosakkan negara ini menerusi demonstrasi BERSIH dan pelbagai demonstrasi lain rakyat masih sedar dan yakin bahawa perjuangan puak-puak ini adalah salah dan tidak boleh dituruti.
Akhir-akhir ini puak-puak ini merancang untuk mengadakan demonstrasi sehari sebelum perayaan 31 Ogos semata-mata untuk sekali lagi merosakkan nama baik negara ini. Bayangkan sambutan kemerdekaan negara ini diikuti dengan penuh minat oleh ramai pelancong-pelancong luar dan tiba-tiba mereka dikelirukan dengan tindakan oleh pembangkang yang cuba merosakkan sambutan kemerdekaan negara ini. Pembangkang ini bila lah nak sedar bahawa apa yang mereka buat hanya merosakkan nama baik negara, menjadikan pelancong takut untuk melawat negara ini, menjadikan pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini. Tolonglah pembangkang jangan jadi bodoh merosakkan nama baik negara ini. Jadilah rakyat yang sentiasa berbangga dengan Malaysia Tanah Airku. Merdeka Merdeka Merdeka

Tuesday 10 July 2012

LIM GUAN ENG VS ANUWAR IBRAHIM Ada debat lagi ke, takkan lah antara pemimpin terkemuka DAP vs pemimpin utama PKR. Tak mungkin ini berlaku. Nak debat pasal apa, pasal perlaksanaan hukum hudud jika PR berjaya menang dalam PRU (ini kena ajak PAS berdebat sama sebab merreka yang perjuangkan Hudud ni dari satu musim PRU ke satu musim PRU) ke atau debat siapa akan jadi PM jika PR menang. Bab ini kena tengok siapa yang menang banyak kerusi nanti dan lihat siapa yang bertanding banyak kerusi dalam PRU. Bukan ini bukan sebenarnya perdebatan tetapi gimik, sebab kan ramai orang suka gimik. Cerita sebenar orang tak berapa suka. Apa perbezaan dan persamaan antara Lim Guan Eng
dan Anuwar Ibrahim. Marilah kita sama-sama nilai.
Berdasarkan kepada jadual di atas maka kita akan dapati bahawa perkara yang paling menarik untuk dilihat ialah skandal perempuan yang melibat kedua-dua ahli politik ini. Kedua-dua tokoh ini dan isteri masing-masing menafikan dakwaan ini dan menuduh BN mencipta konspirasi.
Tetapi sesuatu yang pasti Ng Paik lebih cantik dari Betty dan begitu juga Shamsidar dari Kak Wan.
Tapi kenapa agaknya isu ini yang ditimbulkan ialah kerana isu moral kan seronok untuk dibincangkan dan diumpatkan. Semua orang akan terngangah jika mendengar cerita sebegini. Jadi pandai-pandai lah buat analisa sendiri. Salam…..

Monday 25 June 2012

MERAJUK KE AWAK RAFIZI RAMLI

Kesiankan Rafizi Pengarah Strategik PKR, ex CEO Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Ye la orang hebat tapi dipermainkan oleh Faekah, Setpol pada Wan Azizah. Rafizi cemerlang di MCKK, cemerlang di univerisitinya dan cemerlang di PETRONAS, tetapi tidak cemerlang di dalam politik. Kecik rupanya hati si Rafizi ini, walaupun umurnya September ini 35 tahun. Ye la kecik sebab merajuk dipermainkan oleh Faekah dia letak jawatan. Apa kelas letak jawatan di pejabat CEO Selangor. Kalau betul2 katanya dia tak betah kerja di satu tempat lebih dari 2 tahun kan bagus berhenti juga jadi Pengarah Strategic PKR. Tak logic langsung alasannya. Pas tu bila orang call tak jawab, merajuk la tu… Rafizi…rafizi…ada banyak sebab yang bermain di minda siapa sahaja dan pelbagai tanggapan boleh dibuat kenapa Rafizi letak jawatan. Jawapannya ialah: A. Kecewa dan kecik ati kerana dipermainkan oleh Faekah Husin. B. Sebagai pelajar cemerlang di MCKK dan Universiti ditambah cemerlang di PETRONAS tapi Faekah tak respek. C. Sebagai orang kuat Anuwar Ibrahim, Tan Sri MB Selangor sepatutnya menghargai dirinya. D. Nak lari terus dari PKR tapi step by step, mula-mula lari dari Selangor pas ni lari dari PKR (jadi PKR kena berdoa supaya PRU dicepatkan supaya Rafizi tak letak jawatan sebelum PRU). E. Hebat tetapi dikecilkan oleh Khairi Jamaludin dalam Debat PTPTN. Jadi pilih la mana satu jawapan yang logic kenapa Rafizi letak jawatan. Tapi satu yang pasti Rafizi nikan muka jambu jadi dalam hatinya mungkin ada taman dan dia bukan lah budak jahat atau ganas seperti mana ahli politik PKR yang lain. Jadi agaknya satu daripada kriteria yang penting untuk menjadi ahli politik ialah sifat tahan lasak. Ada ke sifat tahan lasak ni pada jiwa Rafizi….

Thursday 31 May 2012

KAYANYA AZMIN ALI

Pembangkang selalu mengatakan jika mereka menang dalam PRU ke 13 mereka akan memastikan kebajikan rakyat diutamakan, mereka akan memastikan apa yang diamalkan oleh Wakil Rakyat BN tidak akan diamalkan oleh mereka. Mereka akan mejadi seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya. Walaupun adil dan bersih itu subjektif tetapi kini baru kita tahu apakah adil dan bersih yang dimaksudkan.Mari kita lihat kehidupan mewah seorang Wakil Rakyat - Azmin Ali.
Pada usia 23 tahun dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim dan kemudian pada tahun 1989 dilantik sebagai setiausaha khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan gajinya pada masa itu tidak lebih RM RM2200. Berapa pula elaunnya sebagai seorang Wakil Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Menurut Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, elaun Ahli Parlimen Malaysia hanyalah RM6,500 sebulan cukup rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan. Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111. Maknanya elaun sebagai Ahli Parlimen Gombak ialah RM 6,500 tunai..... Kita tengok pula elaun sebagai ADUN. Maklumat daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu (yang ke 12) telah meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. Jadi dicampurkan kedua-dua gaji RM 6,500 dan RM 6,000 tidak memungkinkan Azmin untuk memiliki kenderaan mewah Ferrari. Walau dia menabung semasa menjadi Pegawai Khas dan Setiausaha Khas sekalipun tidak memungkinkan dia mampu memiliki kenderaan tersebut, Persoalannya daripada mana datang kekayaan ini? Sebuah kereta Ferrari yang mungkin sama jenis yang saya cari di google berharga RM 648,000.00 sebuah, Ini yang paling murah ada lagi kenderaan ferrari yang lebih mahal harganya. Lihat gambar-gambar ini sebagai bukti ia merupakan kenderaan Azmin Ali.
Kedua-dua gambar ini menunjukkan Azmin Ali dan keluarga bergambar dihadapan kereta Ferrari. Berdasarkan kepada lampu dan muka hadapan kereta maka dapatlah dinyatakan bahawan inilah dia kereta Ferrari yang dimiliki oleh Azmin Ali
Kalau benar ini kereta yang dimiliki oleh Azmin Ali maka inilah harganya.
Jadi persoalan saya bagaimana AP mampu membeli kereta mewah telah membuka sedikit perbincangan kita. Tapi ia masih belum dijawab dari mana punca kewangan itu, adakah ia berpunca daripada apa yang diperkatakan oleh Umi Halfida berhubung dia mempunyai bukti kekayaan Azmin Ali.
Kalau benar Azmin Ali mempunyai kekayaan sebagaimana yang ditunjukkan
maka terjawablah sedikit 'jigsaw puzzle' kekayaan Azmin Ali yang memungkinkannya memiliki Ferrari dan pastinya kekayaan itu adalah secara haram. Dan bukankah ini yang selalu dimainkan oleh pembangkang dan menjaja di lorong-lorong ceramah mereka bahawa BN korup. Azmin di dalam konteks ini bukan hanya korup tetapi juga dayus. Fikir-fikirkanlah.

Tuesday 22 May 2012

SIAPA SEBENAR YANG KITA CUBA PENGARUHI

Tengok tak debat antara KJ dan Rafizi Ramli. Kalau tengok maka pastinya kita akan ada persepsi sendiri siapa yang hebat atau mudahnya siapa yang akan menang.
.Persoalan utama yang akan dibincang ialah adakah perdebatan yang diadakan di antara dua pemimpin muda ini sebenarnya untuk mencari kebenaran, memberi peluang untuk mereka meluahkan pendapat mereka sendiri atau hanya sekadar melagakan dua individu daripada dua parti yang berbeza dan akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini lah yang kita akan lihat, benarkah pendapat yang bernas dengan fakta dan data yang cukup akan mampu mempengaruhi audien kumpulan sasar. Seperti biasa dalam senario politik negara kita, dapat kita bahagikan audien kepada 3 kumpulan, pro kerajaan, pro pembangkang dan kumpulan atas pagar. Yang mungkin menilai kebenaran pendapat dan hujah kedua-dua pendebat ini dengan cara rasional hanyalah kumpulan atas pagar yang ingin mencari kebenaran, sedangkan bagi penyokong parti kotak memori mereka menyimpan seterotype mind iaitu hanya pendebat daripda kumpulan aku sahaja yang benar sedangkan pendebat dari kumpulan satu lagi hanya memberi alasan. Jika ini memang benar berada di dalam kotak minda audien maka amat malanglah debat yang dilihat oleh kebanyakkan orang sebagai satu debat ilmiah yang boleh mencari solution kepada masalah PTPTN. Penyokong akan bersorak apabila hujah pendebat mereka menyakinkan mereka dan mengganggu hujah pendebat satu lagi. Ini lah bukti yang nyata dan jelas betapa debat PTPTN itu tidak lebih daripada sekadar menonjolkan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa mereka memang hebat berdebat. Jadi permintaan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Anwar Ibrahim rasanya tidak akan mencapai matlamat, apa yang akan tercapai hanyalah di pihak BN akan bersetuju dengan kenyataan PM dan di peringkat pembangkang akan bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim. Cuba lihat debat terdahulu di antara Anwar Ibrahim dan Sabri Chik, jawapan yang sama selepas berakhirnya perdebatan, Anwar dikatakan menang oleh penyokong PKR sementara Sabri Chik juga dikatakan menang oleh penyokong BN, jadi kedua-duanya menang pada persepi kedua-dua penyokong.
Jadi perlu apa diadakan debat jika pendebat akan lebih bermain dengan emosi, bahasa badan dan facial expression. Jika ini digunakan sepanjang perdebatan pastinya pembangkang akan mudah memperlekehkan kerajaan kerana mereka adalah pembangkang kerja mereka adalah membangkang dan budaya membangkang tanpa membina memang sentiasa ada kepada pembangkang di Malaysia. Dan apabila ini terjadi kerajaan yang berusaha untuk memajukan negara akan dilihat seolah-olah benar tidak melaksanakan kerja mereka sedangkan ia bukan begitu. Cuba perhatikan perbezaan ceramah pembangkang yang menghentam kerajaan digemari oleh semua audiennya, dan cuba pula perhatikan ucapan pemimpin kerajaan berhubung projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, kurang sengatnya dan seolah-olah tidak minat untuk diikuti kerana tidak ada unsur-unsur mengkritik, menghina dan memperlekehkan. Jadi akhirnya debat yang diadakan bukanlah bukti kehebatan atau kebenaran kepada parti politik tetapi lebih kepada kebolehan berhujah pendebat-pendebat dari persepsi penyokong masing-masing. Jadi siapa menang debat PTPTN begantung dari kumpulan mana mereka datang. Jadi lupakanlah tentang debat kerana masyarakat kita belum bersedia 100% untuk menjadi audien seperti di negara-negara maju. Kita perlu ukur baju di badan sendiri.