Total Pageviews

Thursday 26 January 2012

ADAKAH KITA LAYAK MENJADI PEMIMPIN

Pemimpin, adalah mereka yang mempunyai orang dibawahnya yang dipimpin. Pemimpin akan membawa orang yang dipimpin ke arah matlamat kumpulan atau organisasi. Jadi jika persoalannya bolehkah kita menjadi pemimpin, ye pastinya boleh cuma taraf kepemimpinan kita yang berbeza samada kita memimpin hanya diri kita, keluarga kita, kenalan kita, kampung kita, masyarakat kita, atau lebih besar, DUN, Parlimen, negeri atau negara kita. Pilih yang mana satu kemampuan kita, ukur baju badan sendiri. Kalau kita punya kebolehan dari persepsi masyarakat, kita dihormati oleh masyarakat, kita diinginkan oleh masyarakat, maka MUNGKIN agaknya kita boleh menjadi pemimpin kepada negara kita. Kalau kita lihat kepada pemimpin zaman Rasulullah dahulu mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai pemimpin tetapi mereka dipilih secara langsung atau tidak langsung oleh Rasulullah dan diterima oleh seluruh orang Islam pada zaman itu. Sukar ke menjadi pemimpin, sukar atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita menjadi ketua kepada sebuah keluarga dan kita merasakan susah kerana kita tidak pandai mentadbir maka susah lah jadinya, tetapi jika kita berjaya mentadbir dengan baik dan memastikan keluarga kita sukses maka berjaya lah keluarga kita, samalah juga seorang pemimpin negara maka berjaya negara itu dari segala sudut makan berjayalah dia sebagai pemimpin. Pemimpin yang saya ingin contohi dan menjadikan role model ialah Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang hebat, walaupun banyak kritikan orang terhadapnya tetapi pada saya dia sebenarnya hebat, orang yang mengkritiknya kerana mereka sedar, mereka tidak mampu menjadi seperti Tun Dr M. Sebut sahaja pembangunan negara ini beliau lah arkitek, engineer disebalik kejayaan. Beliau merupakan pencetus kepada segala inovasi semasa pemerintahannya. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan kehebatan Tun Dr M, kerana namanya dikenali di seluruh pelusuk dunia. Di mana sahaja orang menyebut namanya. Hebatnya pemimpin kita. Wah dah jauh bincang namanya, apa yang sebenarnya ingin saya utarakan disini ialah kita semua sebenarnya pemimpin dan kita sebenarnya layak untuk memimpin cuma, mungkin kita hanya mampu memimpin diri kita, atau keluarga kita sahaja. Mereka yang dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin harus memainkan peranan dengan berkesan agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah swt.

Wednesday 4 January 2012

ADAKAH ANDA BERFIKIRAN TERBUKA

BACA MINGGUAN MALAYSIA BERTARIKH 1 JANUARI 2012 TAK. JIKA BACA MARI KITA BERSAMA RENUNGKAN RUANGAN WAWANCARA ANTARA WARTAWAN MINGGUAN MALAYSIA LUQMAN HAZIQ ABDULLAH DAN RAJA PETRA KAMARUDIN. RP MENERANGKAN BAHAWA DALAM PRU KE 12 DIA MENGAJAK PENGUNDI UNTUK BERUBAH DAN MENGGUNAKAN SLOGAN ASAL BUKAN UMNO (ABU). PENGUNDI DIKEHENDAKI MEMILIH MONYET KE KELDAI KE ASALKAN BUKAN UMNO.DAHSYATKAN PROPAGANDA YANG DIMAINKAN OLEH RP BERSAMA PENGGERAK GAGASAN KEBEBASAN AWAM (MCLM)HINGGAKAN BN KALAH DI BEBERAPA BUAH NEGERI DAN MENANG DI PERINGKAT PARLIMEN DENGAN SIMPLE MAJORITI. PENGAJARAN - UMNO/BN SEBENARNYA TIDAK DISENANGI BUKAN KERANA PARTI TETAPI KERANA INDIVIDU DI DALAM PARTI, HINGGA PENGUNDI DIMINTA UNTUK MENGUNDI PARTI LAIN. JADI BETULLAH TINDAKAN PM UNTUK MENDAPATKAN WINNABLE CANDIDATE. JADI TOLONG LAH KEPADA UMNO UNTUK MEMASTIKAN JANGAN LAH BEREBUT-REBUT UNTUK MENJADI BAKAL CALON, BIARLAH PM DENGAN MAKLUMATNYA UNTUK MEMILIH SIAPA CALON YANG BENAR-BENAR DIINGINKAN OLEH RAKYAT. TULIS RP LAGI - PENGUNDI TIDAK AKAN LAGI MENGUNDI PEMBANGKANG KERANA MEREKA TIDAK PUAS HATI, KECEWA DAN TIDAK YAKIN DENGAN PEMBANGKANG. PERSOALAN KENAPA RP BERKATA BEGINI ADAKAH KERANA DIA CUMA MEMBODEK KERAJAAN KERANA DIA DALAM BUANGAN SEKARANG ATAU DIA BENAR-BENAR MELIHAT BAHAWA PEMBANGKANG TIDAK DISENANGI. CUBA LIHAT APA YANG BERLAKU DI SELANGOR,PENANG DAN NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG ADAKAH MEREKA MELAKSANAKAN JANJI-JANJI PRU MEREKA ATAU ITU HANYA JANJI POLITIK AGAR MEREKA MENANG DALAM PRU. KATA DSAI - DALAM BERITA HARIAN 4 JANUARI, DIA TIDAK MAHU MELAYAN DAKWAAN RAJA PETRA KAMARUDIN, DAN MENDAKWA RP KINI MENYOKONG BN. KENAPA PULAK TAK NAK LAYAN KALU TAK SALAH BUKTIKAN LAH, DULU BUKANKAH RP MEMBANTU PENYEBARAN PROPAGANDA DSAI, KENAPA SEKARANG MEMPERTIKAIKANNYA, SENANG SUNGGUH DSAI SEGALA ISU BERDIAM TAK NAK LAYAN UNTUK MEMBUKTIKAN KONON-KONON BELIAU BENAR DAN BERDIAM ADALAH BUKTI KEIKHLASAN BELIAU. TAPI BETUL KE RP BODEK KERAJAAN, DAPATKAH DIA DITERIMA KEMBALI JIKA MEMBODEK KERAJAAN. BAIK SUNGGUH KERAJAAN MALAYSIA KAN SENANG-SENANG MAAFKAN ORANG. PENGAJARAN - BN TIDAK DISENANGI KERANA RAKYAT TIDAK BERPUASHATI KEPADA WAKIL RAKYAT MUNGKIN JUGA KEPADA ORANG PARTI DAN PERASAAN YANG SAMA DIRASAI SEKARANG KEPADA PEMBANGKANG SEDANGKAN MEREKA BARU 1 PENGGAL MEMERINTAH DAN BARU BEBERAPA NEGERI MEMERINTAH. BAYANGKAN APA AKAN TERJADI JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH MALAYSIA PULA PASTINYA SEMUA AKAN MENGATAKAN NASI SUDAH MENJADI BUBUR, DAN KENA TUNGGU 5 TAHUN LAGI. JADI PENGUNDI FIKIR-FIKIRKANLAH. TULIS RP LAGI APA YANG BERLAKU DI MESIR ATAU NEGARA ARAB LAIN (ARAB SPRING) TIDAK BOLEH BERLAKU DI NEGARA KITA DAN TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU KERANA MEREKA SATU BANGSA. DI NEGARA KITA PELBAGAI BANGSA, PELBAGAI AGAMA PELBAGAI BUDAYA DAN SEBARANG REVOLUSI DIJALANAN TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA. LAGIPUN KATA RP LAGI REVOLUSI TIDAK DIMULAKAN OLEH ORANG POLITIK TETAPI DIMULAKAN OLEH RAKYAT SENDIRI.JADI DSAI TIDAK BOLEH MENCIPTA REVOLUSI HANYA DENGAN BEBERAPA KERAT AHLI PARTINYA DAN TIDAK DITERIMA OLEH SEBAHAGAIAN BESAR RAKYAT. RAKYAT MARAH SETIAP KALI BERLAKU DEMNONSTRASI JALANAN - KERANA IA MENYUSAHKAN SEMUA ORANG. PENGAJARAN - REVOLUSI TIDAK DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA, DAN IA TIDAK DISENANGI OLEH RAMAI RAKYAT NEGARA INI KERANA IA MENYUSAHKAN. LAGIPUN PERJUANGAN INI TIDAK KE MANA KERANA TIDAK SEMUA ORANG YANG TURUT SERTA, TAMBAHAN PULA DEMONSTARSI DIGERAKKAN KERANA ALASAN YANG TIDAK PASTI DAN JELAS. TULIS RP LAGI - KITA TIDAK PERLU BERCAKAP TENTANG ANWAR ATAU NAJIB TETAPI KITA PERLU BERCAKAP UNTUK BERGERAK KE HADAPAN SELARAS DENGAN WAWASAN TUN DR M 2020. MELIHAT JAUH KE HADAPAN UNTUK MEMASTIKAN MALAYSIA MAJU CEMERLANG ADALAH LEBIH PENTING. PENGAJARAN - ANWAR SETAKAT INI HANYA BERCAKAP DAN DIA, MEMANG PANDAI BERCAKAP TETAPI TIDAK MEMBUKTIKAN APA-APA LAGI DARI SEGI KEPIMPINANNYA UNTUK MEMIMPIN NEGARA INI, KEBOLEHANNYA HANYA DI LUAR NEGARA KERANA BANYAKNYA MASA UNTUK DIA MENYAKINKAN ORANG-ORANG LUAR TENTANG NEGARA MALAYSIA YANG TERUK, HODOH, BODOH DSB.........

Friday 16 December 2011

RAKYAT PRIHATIN: Preview "GAJI ANGGOTA TENTERA"

RAKYAT PRIHATIN: Preview "GAJI ANGGOTA TENTERA":

'via Blog this'

GAJI ANGGOTA TENTERA

Biasanya saya akan menulis tentang senario politik negara tetapi kali ini saya terpanggil untuk mengetengahkan isu gaji anggota tentera dan saya rasa saya punya pengetahuan untuk menjelaskan kerana saya merupaka anak bekas anggota tentera. Sedih rasanya sebagai anak anggota tentera isu gaji untuk anggota tentera disifatkan oleh kebanyakkan orang tidak layak untuk diterima. Agaknya kalau abah masih hidup lagi ayah akan marah sangat seolah-olah jasa dan sumbangan anggota tentera tidak diiktiraf. Banyak isu yang boleh diketengahkan oleh anggota tentera tetapi kadang-kadang anggota tentera tidak mahu bersuara kerana mereka sudah bosan dengan isu ini. Betul la kata kawan abah, di negara ini untuk membolehkan orang terus menghormati anggota tentera ialah biarkan supaya PKM terus kekal di negara ini. Masa itu ketakutan kerana takut akan dibunuh menyebabkan barulah masyarakat akan menghormati anggota tentera. Bayangkan sebagai anggota tentera aku masih mencari-cari bilakah masa aku sentiasa bersama dengan arwah abah. Abah sentiasa keluar operasi meninggalkan emak dan kami adik beradik, ini semua orang tak tahu, bila PKM sudah tiada negara aman, maka semua orang lupa peranan dan sumbangan seorang anggota tentera. Susah kan untuk mengingatkan tugas seorang anggota tentera, di negara-negara lain anggota tentera dijaga kerana mereka adalah insuran kepada negara, jika kita ada insuran kenderaan maka selamatlah kita jika berlaku kemalangan, jika kita ada insuran kesihatan selamtlah kita jika ada rawatan di hospital. Adakah kita minta untuk kemalangan, adakah kita juga minta untuk tidak sihat. Pasti jawapannya tidak kan, jadi kenapa kita mesti beli insuran sebab kita tahu sediakan payung sebelum hujan. Dah nak hujan baru kelamkabut nak cari payung ke, negara sudah terancam keselamatannya maka baru ke kita nak minta tentera selamatkan kita dan dalam masa yang sama baru kita pastikan gaji anggota tentera naik. Masa itu sudah terlambat. Betulla kata YB Menteri Pertahanan dah nak perang baru nak naikkan gaji anggota tentera ke. Di negara lain, anggota tentera dipelihara sebab tugas mereka merbahaya dan mencabar tetapi di negara kita orang lain senang aje memperlekehkan tugas anggota tentera. Sedih dengan sikap setengah orang......

Thursday 15 December 2011

Apakah Strategi Kerajaan BN Bagi Menghadapi PRU Ke 13

Malam tadi aku dalam perjalanan KL ke KT, aku nampak poster ceramah PAS, h lama tak dengar orang mengumpat tentang kerajaan, aku parking kereta dan rezeki aku agaknya penceramah adalah MAT SABU. Seperti biasa keinginan aku lebih banyak melihat dan mengkaji sikap Mat Sabu menyampaikan ceramahnya. Mat Sabu hebat sebab dia memang pandai kelentong menyakinkan penduduk di kawasan tersebut (lokasi tak pasti) tapi tempat tu on the way to Kuantan berdekatan hospital Temerluh. Mat Sabu ni kalu ada awards la utk pemidato pembohong paling besar mmg dapat pada dia. Segala yg dilakukan oleh kerajaan BN salah belaka, dia saja yang molek. Tapi yang menarik tu statementnya tentang MB Kelantan org yg baik jadi kesimpulannya pilihla PAS atau PR. Pelikkn knp dia tk kata dia baik pilihla sy, agaknya sbb dia takut org sok sek sok sek kata dia tidak baik. Satu lagi yg menarik dia meletakkan YB Lim Guan Eng MB Cina pertama di Malaysia, Mat Sabu kata MB dahulu adalah Bugis, Banjar. Betulla Mat Sabu ni selalu sgt putar belit sejarah, bila org tegur dia akan pusing kata BN terdesak smpi ikan bilis macam dia pun BN serang, ha ha ha hebat mmg hebat Mat Sabu, mmg betulla dia ni mmg cukup pandai putar belit kenyataan. Apa yg Mat Sabu cerita pada sy tk penting yg pentingnya adala serangan putar belit pembangkang yg tidak ada siapa2pun yg cuba menjelasknnya pd rakyat. Cara Mat Sabu menyakinkan itu yg sepatutnya dipelajari dan yakinkn pulak masyarakat bahawa apa yg diketengahkan oleh Mat Sabu itu sebenarnya dakyah palsu belaka.Perlu ada kump yg mampu menyakinkan rakyat bahawa apa yg diutarakn oleh pembangkang seperti Mat Sabu adalah bohong belaka.

Sunday 11 December 2011

DAH DEKAT NAK PRU KE

Pada pendapat saya yang tidak pandai berpolitik ini, PRU betul-betul dah dekat ni. Kenapa saya berkata begitu, kerana terdapat beberapa faktor yang boleh kita taksir dan tilik bersama. Beberapa hari ini media perdana sudah mula mengeluarkan segala isu-isu sensasi yang melibatkan politik di sana sini. Wah kelemahan, kesilapan, kekurangan individu dan parti ditonjolkan semata-mata untuk membuka mata kumpulan sasar iaitu golongan peminat setia arus perdana seperti pembaca suratkhabar atau penonton tv - TV3, RTM dsb. Jadi confirm kalu kita tengok dalam mana-mana laman sesawang kita juga akan melihat isu-isu ini dimainkan, dan di sini kumpulan sasarnya adalah golongan muda yang dahagakan mencari maklumat dan sentiasa mencari maklumat di hujung jari. Wah sama seperti hari raya maka pilihanraya juga memerlukan persiapan dan bila tiba masanya nanti ia akan disambut dengan pelbagai perasaan - takut, ngeri, gembira dan pelbagai perasaan bergantung siapa kita, pengundi, calon, parti, wakil calon, dll. Yang pastinya tidak lama lagi Pilihan Raya, dah macam lagu esok hari raya, esok pilihan raya. (ikuti la perkembangan Karpal Singh vs Ramasamy dalam DAP), (rakyat vs MB Selangor)