Total Pageviews

Sunday 11 December 2011

DAH DEKAT NAK PRU KE

Pada pendapat saya yang tidak pandai berpolitik ini, PRU betul-betul dah dekat ni. Kenapa saya berkata begitu, kerana terdapat beberapa faktor yang boleh kita taksir dan tilik bersama. Beberapa hari ini media perdana sudah mula mengeluarkan segala isu-isu sensasi yang melibatkan politik di sana sini. Wah kelemahan, kesilapan, kekurangan individu dan parti ditonjolkan semata-mata untuk membuka mata kumpulan sasar iaitu golongan peminat setia arus perdana seperti pembaca suratkhabar atau penonton tv - TV3, RTM dsb. Jadi confirm kalu kita tengok dalam mana-mana laman sesawang kita juga akan melihat isu-isu ini dimainkan, dan di sini kumpulan sasarnya adalah golongan muda yang dahagakan mencari maklumat dan sentiasa mencari maklumat di hujung jari. Wah sama seperti hari raya maka pilihanraya juga memerlukan persiapan dan bila tiba masanya nanti ia akan disambut dengan pelbagai perasaan - takut, ngeri, gembira dan pelbagai perasaan bergantung siapa kita, pengundi, calon, parti, wakil calon, dll. Yang pastinya tidak lama lagi Pilihan Raya, dah macam lagu esok hari raya, esok pilihan raya. (ikuti la perkembangan Karpal Singh vs Ramasamy dalam DAP), (rakyat vs MB Selangor)

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete