Total Pageviews

Thursday 4 April 2013

#MENGAPA KITA PERLU MENOLAK DAP

Pertama. Cukup mudah berjanji,,,,sebab itulah kenapa Lim Guan Eng pada tahun 1999 (ketika menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP)pernah berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu, dan memang benarlah ini yang dilakukan nya di Pulau Pinang sekarang. Menolak secara halus orang Melayu Pulau Pinang untuk keluar dari pulau dan berhijrah ke tanah besar. Kedua. Kerajaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah seksyen 8 akta pengambilan tanah untuk membina kampus Nanyang Universtity di Pulau Pinang. Ketiga. Penasihat DAP - Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP - Nga Kor Ming pernah memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk konvensyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. Keempat. Teresa Kok pernah membantah tindakan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. Kelima. 20 June 2008, Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor kerana menganggap pemakaian songkok bererti dia diIslamkan. Keenam. 16 Februari 2009, DAP telah mengusir seramai 80 orang peniaga Melayu dan penduduk Melayu di Batu Ferringhi Pulau Pinang, Kampung Asam dan bebebrapa tempat lain. Ketujuh. 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun 7 % kepada pembeli bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM 500,000. Berdasarkan kepada fakta di atas jelas membuktikan kenapa KITA PERLU MENOLAK DAP DAN MEMASTIKAN PILIHAN KITA DI DALAM PRU KE 13 AKAN TERUS BN YANG SENTIASA MEMBELA RAKYAT TANAPA MENGIRA FAHAMAN AGAMA DAN BANGSA SESUAI DENGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMANKAN.

MENGAPA KITA PERLU MENOLAK PAS

Terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kita perlu menolak PAS. 1. PAS tidak mungkin boleh mengganti UMNO sebagai custodian pada orang Melayu kerana PAS bertanding tidak cukup sifat iaitu hanya bertanding 67 kerusi dari 222 kerusi parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan parlimen (iaitu 1/2 daripada kerusi di Parlimen). Kalau hanya sekadar bertanding dan tidak dapat majoriti di kalangan pakatan pembangkang pastinya suara PAS akan dipinggirkan dan pastinya cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum hudud akan hanya kekal tinggal angan-angan. PAS akan terus dijadikan kuda tunggangan oleh PKR dan DAP dalam usaha untuk memecahkan undi orang Melayu. 2. PAS akhir-akhir ini terpengaruh dengan konsep samarata dan samarasa pakatan pembangkang dan sekaligus menafikan hak keistimewaan orang Melayu Islam di negara ini. Sedangkan ini yang diperjuangkan oleh UMNO menerusi perlembangaan untuk terus menjaga kepentingan orang Melayu. 3. PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam isu LGBT iaitu bersetuju kebebasan seks. 4. PAS juga bersekongkol dalam fahamam pluralisme dan liberalisme sedangkan semua orang Islam tahu bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini. Dalam konteks ini PAS dilihat akur kepada DAP dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu yang bertujuan merosakkan akidah dan menjadikan orang Islam murtad kerana terpengaruh dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang tambahan pula PAS| sebagai sebuah parti yang bercakap atas kapasiti parti Islam tetapi bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. 5. PAS sudah lari dari matlamat perjuangan mereka iaitu mengujudkan negara Islam kepada negara kebajikan hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai matlamat mempertahankan Islam. 6. Atas desakan politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini sedangkan ia merupakan bahasa kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan bukannya menolak seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang. 7. Perlu diingat PAS sepatutnya tidak terpenggaruh DAP dalam memperjungkan konsep Malaysian Malaysia yang jelas mengancam kedudukan kaum Melayu dan agama Islam. PAS sebagai rakan kongsi pembangkang seharusnya mengingatkan DAP agar tidak menggugat kepentingan orang Melayu Islam. 8. Jika PAS ingin menggantikan UMNO sebagai pejuang orang Melayu mereka harus bersuara agar DAP tidak terus menindas orang-orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Perhatikan bagaimana mereka bertindak sewenang-wenangnya merobohkan rumah dan kedai-kedai milik orang Bumiputera. 9. PAS perlu ingat bahawa DAP sampai bila-bila pun tidak akan setuju dengan cita-cita PAS untuk menjadikan Malaysia ini negara Islam. OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA MENOLAK PAS DI DALAM PRU KE 13. PILIHLAH BN/UMNO UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN ORANG MELAYU ISLAM AKAN TERUS TERBELA DAN IA AKAN MEMBAWA KEPADA KEMAKMURAN DAN KESTABILAN NEGARA MALAYSIA NEGARA BERDAULAT.

Wednesday 3 April 2013

PEMBANGKANG MENGALAMI SINDROM NYANYUK

Agaknya dah nyanyuk LIM KIT SIANG sebab tiba-tiba sahaja dia mencabar TUN DR M agar bertanding di Gelang Patah. Semua orang tahu Tun Dr M seorang pemimpin yang hebat dan tersohor. Bukan hanya sekadar di negara kita tetapi juga di Negara-negara lain di dunia ini. Tun sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan terlalu besar sumbangannya kepada negara Malaysia yang tercinta. Karier politik Tun Dr M selama lebih daripada 40 tahun dan menjadi Ahli Parlimen kali pertama pada tahun 1964 sudah cukup menjelaskan betapa berpengalamannya Tun Dr M. Masalah yang menimpa Lim Kit Siang ialah dipanggil sindrom nyanyuk tahap gaban, dia tidak sedar dengan siapa dia ajak bertanding ? dia tidak sedar betapa Tun Dr M sudah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan perlu apa dia bertanding semula ? dia tidak sedar betapa Tun Dr M memberi laluan kepada muka-muka baru untuk menerajui negara ini kerana Tun tahu BN mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber. Jadi apabila Lim Kit Siang mencabar Tun untuk bertanding di Gelang Patah, sekali lagi saya nak ingatkan agar Lim Kit Siang mengambil iktibar dari tindakan Tun Dr M...cukuplah bagi la orang lain untuk menjadi wakil rakyat, Lim Kit Siang awak tu dah nyanyuk lupakan lah niat untuk bertanding di mana-mana sahaja. Lim Kit /siang awak tu dah tua, dah monopause dalam politik, Lim Kit Siang awak tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara tetapi awak penyumbang kepada huru hara dalam negara, berubahlah....

Thursday 28 March 2013

PERBEZAAN UMNO PAS DAN PKR

MEMPERJUANGKAN ISLAM. UMNO sebagai Parti Islam dibuktikan : a) Menolak penubuhan Malayan Union 1946, kerana sedar jika Malayan Union diteruskan kuasa Sultan dan Islam akan turut berkubur. b) Islam di dalam perlembagaan negara - perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan. bahawa islam merupakan agama persekutuan. sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. c) Memeperjuangkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam. d) Menolak amalan kebebasan beragama dan LGBT. e) Memimpin Organisation of Islamic Cooperation (OIC). PAS membuktikan hanya nama Parti Islam SeMalaysia dengan kaedah: a) Memainkan kerajaan BN tidak mahu melaksanakan hokum hudud. b) Keliru diperingkat awal berhubung penggunaan kalimah Allah. c) Mentafsir al quran mengikut kepentingan sendiri. d) Mencetuskan fenomena amanat Hj Hadi yang memecah belahkan umat Islam hingga ke hari ini. PKR bukan parti Islam sebab itu bersetuju dengan LGBT, bersetuju dengan kebebasan beragama dan tak bersetuju dengan nama Allah boleh diguna sesiapa aje. MENJAGA KEAMANAN DAN KEDAULATAN NEGARA. UMNO Menjaga kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta. Mencipta perpaduan Negara dengan mewujudkan Gagasan 1Malaysia. PAS pula pernah menghuru harakan Negara melalui insiden Memali dengan mempengaruhi penduduk Memali untuk menyerang kerajaan. PKR pula mewujudkan suasana tidak aman kepada Negara dengan cara: a) Menghuru harakan Negara dengan demonstrasi BERSIH dan HKR. b) Menjemput orang luar untuk campurtangan dalam politik dan keselamatan Negara dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam BERSIH. c) Menjemput senator dari Australia untuk campurtangan dalam sistem Pilihanraya Negara sedangkan SPR memang menjemput pemerhati dari Negara luar dan kita sudah 12 kali melaksanakan PRU. d) Mencemuh Negara menerusi media luar. e) Memburuk-burukkan Negara di Negara luar. f) Si Kitul moden. g) Dituduh terlibat dalam insiden Lahad Datu. MATLAMAT PERJUANGAN YANG JELAS. UMNO bersikap adil terhadap seluruh rakyat Negara ini sebagai pemimpn utama dalam komponen parti BN. Dibuktikan: a) Pembahagian kek yang sama ‘smart partner ship’ sejak 1955. Contoh kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon Cina dan India. b) Sedar keamanan Negara adalah agenda utama, sebagai pemimpin utama pembahagian kerusi jawatan Menteri di dalam kabinet diatur berdasarkan kepada keputusan majoriti. c) Memastikan Perdana Menteri adalah dari UMNO sebagai parti utama di dalam BN dan ini dipersetujui sejak 1955 lagi. PAS pula tidak punya keinginan besar di dalam perjuangan dibuktikan: a) Lebih bertumpu di kawasan pengundi Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. b) Bertanding hanya sekitar kurang dari 1/3 keseluruhan kerusi parlimen seperti 66 kerusi daripada 222 kerusi semasa PRU ke 12. c) Tidak mampu menjadi pemimpin utama di dalam pembangkang kerana majority kecil di peringkat parlimen – maksudnya tidak mampu menjadi Perdana Menteri Islam. d) Mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh rakan kongsi terutama arahan daripada PKR. PKR pula punya keinginan terlalu besar di dalam perjuangan: a) Sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan sanggup menghancurkan Negara contoh BERSIH dan HKR. b) Merasakan mereka pemimpin utama sedangkan mereka merupakan parti paling muda. c) Untuk menang mereka tidak sedar mereka diperkudakan. d) Keliru dengan perjuangan, siapa yang memimpin parti Presiden ke atau Penasihat. e) Penasihat parti berangan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sedar akan diperkudakan oleh rakan kongsi terutamanya DAP. f) Akan menjadi puppet PM. PEMIMPIN HEBAT menerusi UMNO Pemimpin hebat menerusi: a) Melahirkan pemimpin hebat yang berjaya mengegarkan dunia menerusi OIC, NAM, ASEAN dll. b) Melahirkan pemimpin yang dihormati seantero dunia kerana Berjaya menjadikan Malaysia sebuah Negara membangun bergerak dengan laju untuk menjadi Negara maju. c) Role model kepada Negara Membangun lainnya. d) ‘Berlari’ dengan laju meninggalkan Negara yang merdeka sama dan awal dari Negara kita. e) Tidak mengamalkan nepotisme kerana punya pemimpin pelapis yang hebat. PAS pula tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Nasharudin Mat Isa, Hassan Ali, Zulkifli Nordin dan ramai lagi tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan PAS. b) Nik Aziz dan Nik Abduh bukti kepada amalan nepotisme kerana tiadanya pelapis pemimpin. c) Mengekalkan Nik Aziz menjadi MB selama lebih daripada 22 tahun sedangkan semasa Tun Dr M menjadi PM selama 22 tahun dikatakan sudah terlalu lama. PKR juga tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Pengamal nepotisme yang utama – Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah menguasai carta utama kepimpinan PKR. b) Menyokong pemimpin yang mengamalkan kebebasan beragama. c) Menyokong pemimpin yang mengamalkan pluralism dan LGBT. d) Berkawan dengan pemimpin Negara luar untuk memburukkan Negara. bersambung......

Saturday 16 March 2013

SEMPURNA KAH ANDA PAK JENERAL ???

Aku tak faham betul la...kenapa la isu ini boleh timbul...lepas sorang-sorang jeneral berpaling tadah dan menjadi pengkhianat kepada negara. Aku ingatkan pembangkang je yang sampai tergamak mengutuk, membongkar dan memperlekehkan sistem pertahanan negara. Ingatkan pembangkang sahaja yang tak prihatin kepada sistem keselamatan negara. Mengemukakan persoalan demi persoalan sehingga negara-negara luar boleh membuaat penilaian kepada kekuatan pertahanan kita. Tapi tindakan pak Jeneral kita mendedahkan perkara-perkara yang tidak betul tentang urusan Kementerian Pertahanan dalam ceramah-ceramah mereka memperlihatkan betapa teruknya mereka sanggup memburukkan tempat cari makan mereka, tempat mereka membesarkan anak mereka hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan agenda gila pembangkang. Aku bukan askar tetapi sebagai anak askar dan aku sayangkan bapa aku dan profesionnya dan terlebih utama aku sayangkan negara Malaysia yang tercinta aku nak tanya beberapa persoalan kepada pak Jeneral. Soalan pertama ? tidak kah pernah terfikir di dalam otak pak Jeneral bahawa anda diperkudakan oleh pembangkang terutama Si Anwar Ibrahim. Soalan kedua ? tidak adakah perasaan sayangkan negara hingga sanggup mendedahkan aset-aset pertahanan negara kepada umum. Soalan ketiga ? tahukah anda bahawa anda dahulu merupakan pentadbir di Kementerian Pertahanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa sahaja pembelian peralatan di MINDEF. Kalau betul MINDEF salah kenapa dahulu tidak ditegur. Tak pernah dengar pun anda mengatakan tidak setuju. Diam sahaja. Diam tu maksudnaya setuju. Soalan keempat ? apa sebenarnya yang anda nak cari menjaja cerita tak benar ni di pentas pembangkang. Anda ada platform lain kan untuk menyuarakan apa sahaja kesilapan jika ada, persatun bekas tentera, Jabatan Veteran Tentera rasanya tempat sesuai untuk anda luahkan jika anda mengesan ketidak benaran....tapi sekali lagi kenapa masa berkhidmat, anda ada kuasa tak gunakan kuasa.. Soalan kelima ? anda nak cari populariti ke...untuk nak menunjukkan pada orang lain bahawa anda hebat oleh itu pilihlah anda untuk jadi calon PRU. Yang ini pertama sekali rasanya sukar untuk anda jadi calon kerana : - a. Ramai lagi ahli parti yang sudah lama menjadi ahli memasang impian untuk menjadi calon PRU, kalau setakat Jeneral yang baru masuk politik cakap pun tak pandai....rasanya susahlah kan. b. Ramai lagi pesara tentera yang lebih awal masuk pembangkang tidak akan mengizinkan anda untuk dipilih jadi calon. Kapten, Mejar ramai yang masuk pembangkang lebih awal pastinya tidak mengizinkan ini berlaku. Diluar (dalam parti) anda adalah sama seperti ahli parti lain. c. Anuwar Ibrahim juga pastinya tidak akan memilih anda menjadi calon kerana dia pengamal kronisme dan nepotisme yang paling hebat. Siapa awak pak Jeneral, awak hanyalah seorang bekas Jeneral yang digunakan untuk menarik sokongan bekas tentera. Itu sahaja, sumbangan di dalam pembangkang sifar...tengok je la Anuwar hanya melantik Isteri, anak dan kawan-kawan sekutunya sesuai dengan pengamalan nepotisme dan kronisme. Soalan keenam ? pernah tak anda cermin cermin kan diri anda. melihat bahawa anda tidak hebat, tidak pandai berpidato, tidak pandai bekerja. pernah tak.... Soalan ketujuh ? pernah anda bertanya diri anda kenapa aku menghina pasukan keselamatan - berperang dari tangga rumah orang dan pernah kah anda bertanya diri anda kenapa aku bersetuju dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakann kematian pasukan keselamatan adalah sandiwara. Pernahkah anda bertanya diri anda kenapa anda biarkan Nurul Izah mengutuk pasukan keselamatan, pernahkah anda terasa bahawa mengutuk pasukan keselamatan sama seperti mengutuk diri anda sendiri. Soalan ke lapan ? tak takutkah anda, pernah disayangi dan dihormati oleh anak-anak buah anda kerana tindakan anda memburukkan MINDEF dan menghina mereka yang berkorban di Lahad Datu anda akan dihina dikutuk oleh anak-anak buah anda sendiri....dan akhir sekali soalan aku. Soalan ke sembilan ? pernah anda bertanya diri anda, adakah aku bersyukur dengan apa yang aku telah perolehi di dalam karier tentera aku...tidak semua orang mampu menjadi jeneral...tetapi akau sampai ke tahap itu dan tidak sepatutnya aku melakukan perbuatan terkutuk ini......

Monday 7 January 2013

HIMPUNAN JAHANAMKAN NEGARA DAN RAKYAT

ADA FAEDAH KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT? Tidak Ada Langsung, Yang Ada Hanyalah:
Merugikan Masa Rihat Kita Dan Keluarga, Bukankah Bagus Masa Ini Kita Beristirehat Bersama Keluarga Dari Menghabiskan Masa Berhimpun Yang Hanya Memenatkan Kita. Membahayakan Keselamatan Kita Kerana Provokasi Anwar Akan Menyebabkan Polis Terpaksa Bertindak. Tolong Menghancurkan Negara Kerana Pastinya Provokasi Yang Dicipta Oleh Anwar Ibrahim Dan Konco-Konco Nya Semasa Himpunan Akan Menyebabkan Negara Ini Hancur. Negara Luar Akan Melihat Malaysia Sebuah Negara Yang Tidak Aman. Kebangkitan
Arab Spring Tidak Seharusnya Diikuti Oleh Rakyat Negara Ini Kerana Nasib Yang Dialami Oleh Orang Arab Tidak Sama. Rakyat Negara Ini Dijaga Sebaik Mungkin Sedangkan Rakyat Arab Dinafikan Dari Segala Sudut Ekonomi Dan Sosial. Orang Islam Adalah Orang Ganas Dan Gasar, Walaupun Pembangkang Mengatakan Perjuangan Mereka Disokong Oleh Orang Barat. Negara Luar Suka Kita Bergaduh Dan Berbalah (Agenda Negara Luar Dan Kuasa Besar) Supaya Bila Kita Hancur Kita Akan Meminta Bantuan Dari Negara Luar Dan Senang Lah Mereka Untuk Masuk ‘Menjajah’ Negara Ini.

TIDAK SAYANGKAH KITA KEPADA NEGARA MALAYSIA TERCINTA

WAJARKAH HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT? Pembangkang Diketuai Oleh Anwar Ibrahim Memang Gila Dan Memang Tidak Sayangkan Negara Ini. Kenapa Dibabitkan Seluruh Rakyat Yang Tidak Berdosa Untuk Terlibat Sama Dengan Agenda Gilanya. Anwar Dan Kroni-Kroninya Pun Tak Sempurna (Perfect) Ada Hati Nak Betulkan Sistem Negara Ini Yang Sememangnya Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia. Apa Lagi Yang Tertangguh Yang Pembangkang Nak Perjuangkan, Kalau Nak Perbetulkan Sisitem Pilihanraya Yang Mereka Sifatkan Tak Adil, Emm Mereka Lagi Tak Adil, Lihat Sahaja Dap Dalam Pemilihan Cec, Selepas 3 Minggu Pemilihan Baru Mereka Katakan Terdapat Kesilapan Undian Ke Atas Pemilihan. Betul Ke…Atau Sebenarnya Hanya Nak Kelabui Mata Orang Melayu Bahawa Mereka Adalah Parti Pelbagai Bangsa Jadi Perlu Dilantik Secara Tipu Orang Melayu Dalam Cec. Apa Lagi Yang Tak Betulnya…..Nak Tunjukkan Bahawa Pembangkang Adalah Gading Yang Tidak Retak Atau Nak Tunjukkan Bahawa Pembangkang Bumi Yang Tidak Ditimpa Hujan. Ha Ha Ha Gelak Sama-Sama…Ideal Sangat Ke Pembangkang Ni Seolah-Olah Anwar Ibrahim Hebat… Pembangkang Lihat La Diri Anda Sendiri Sampai Sekarang Pun Tak Putus, Siapa Nak Jadi Pm Kalau Menang.
Anwar Ibrahim Ke Hadi Awang Ke Atau Mungkin Ada Calon Lain. Lihat Pula Nak Puaskan Hati Pilih Lah Tpm Dari Semua Kaum…Cina, India, Dan Segala Masyarakat Etnik Di Sabah Dan Sarawak. Pirah Pembangkang…Semua Tak Kena Semua Tak Betul…Paku Dulang Paku Serpih, Kata Orang Dia Yang Lebih. Berbalik Kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seluruh Rakyat Malaysia Jangan Lah Terpengaruh Dengan Janji-Janji Himpunan Kononnya Aman, Kononya Tak De Unsur-Unsur Provokasi, Kononya Untuk Membetulkan Keadaan. Kalau Ada Niat Untuk Turut Serta Cepat-Cepat Batalkan Niat Dan Lihat Apa Yang Terjadi Masa Bersh 3.0 Hari Itu. Apa Faedah Kepada Rakyat Hasil Daripada Bersih 3.0. Tidak Ada…Sama Seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat Yang Akan Diperolehi Ialah: Negara Akan Hancur Kerana Provokasi Yang Pastinya Akan Dicipta Oleh Anwar Ibrahim Dan Konco-Konco Nya. Negara Luar Akan Melihat Malaysia Sebuah Negara Yang Tidak Aman. Jangan Terpengaruh Dengan Arab Spring. Kebangkitan Arab Spring Kerana Rakyat Arab Dinafikan Dari Segala Sudut Ekonomi Dan Sosial Sedangkan Di Negara Ini Rakyat Dijaga….Janji Ditepati. Betullah Bahawa Orang Islam Dan Negara Islam Rakyatnya Suka Melakukan Demonstrasi Ganas – Pada Pandangan Orang-Orang Barat. Mereka Suka Kita Bergaduh Dan Berbalah (Agenda Negara Luar Dan Kuasa Besar) Supaya Bila Kita Hancur Kita Akan Meminta Bantuan Dari Negara Luar Dan Senang Lah Mereka Untuk Masuk ‘Menjajah’ Negara Ini.
Anwar Ibrahim Dan Konco-Konconya Bersifat Membuka Pekung Di Dada, Meludah Ke Langit Terkena Batang Hidungnya Sendiri. Apabila Dia Bertindak Meminta Bantuan Dari Negara Luar…Tapi Inilah Favouritenya….. Anwar Ingin Menjadikan Himpunan Ini Sebagai Platform Terakhir Untuk Memporak Perandakan Negara Sebelum Pru Ke 13 Akan Datang. Padanya Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu…Peduli Apa Aku Pada Malaysia Janji Aku Jadi PM Walaupun Degan Cara Kekerasan KERANA ITU JANGAN TERLIBAT DENGAN HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT….SAYANGI NEGARA….SAYANGI KELUARGA…..ADAKAH ANDA INGINKAN NEGARA INI HANCUR DENGAN MENYOKONG PERJUANGAN PEMBANGKANG.