Total Pageviews

Monday 5 December 2011

WINNABLE CANDIDATE

Perdana Menteri memohon supaya diketengahkan Winnable Candidate untuk menghadapi PRU ke 13. Jadi persoalan yang bermain sekarang ini ialah, siapa yang boleh mengatakan bahawa dia merupakan winnable candidate atau kumpulan mana boleh mengatakan bahawa pilihan mereka adalah winnable candidate. Kalau seorang individu mengatakan bahawa dia merupakan calon yang paling sesuai ini sudah seolah-olah masuk bakul angkat sendiri. Kalau kumpulan pula mengatakan calon mereka merupakan winnable candidate ia mungkin benar pada penerimaan ahli kumpulan tersebut tetapi tidak kepada masyarakat keseluruhannya. Jadi jelas penentu kepada winnable candidate adalah merupkan winnable candidate di mata pengundi-pengundi sendiri.

Inilah susahnya untuk mendapatkan calon yang sesuai, kerana kita terpaksa menyelami hati dan perasaan masyarakat sendiri, sebab itulah pandangan semua pihak harus diambil kira.  Winnable Candidate ini sama seperti kita kata seseorang itu cantik, cantik itu subjektif pada setengah orang cantik itu dilihat dari paras rupa, ada yang melihat dari budi bahasa, ada yang melihat dari agamanya. Kriteria ini tidak sama antara satu sama lain, penilaian  ke atas sesuatu individu itu dilihat pula kepada dirinya sendiri atau latar belakang kumpulan pemilih sendiri. Satu kumpulan masyarakat Melayu di luar bandar melihat dari sudut yang berbeza dengan satu masyarakat Melayu bandar. Terlalu sukar jadi bagaimana agaknya pemilihan calon akan dilakukan.

Mungkin antara ciri utama yang boleh diketengahkan ialah :

- Beragama
- Berpelajaran dan berilmu
- Berbudi bahasa
- Mesra rakyat
- Ciri-ciri pemimpin
- Hebat berpidato (karisma)
- Cakap serupa bikin
- dll

Pun begitu jika dilihat kepada ciri-ciri yang dinyatakan maka akan timbul lagi susunan, mana satu dahulu mana satu kemudian, berapa peratusan kepada setiap satu ciri, mana satu yang utama, agama atau ilmu atau yang lain, sekali lagi bergantung kepada kawasan dan masyarakat. Untuk membiarkan masyarakat mencadangkan nama secara total tanpa campurtangan Perdana Menteri agak sukar sama seperti bila kita mengajak anak-anak membeli barang maka kita akan masuk campur dengan melihat kepada harga, kualiti dan kesesuaian rekabentuk,  dan terpaksa pula menjelaskan bahawa pilihan barang (baju sebagai contoh) tidak sesuai untuk anak-anak kita kerana faktor-faktor tertentu. Perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya tetapi apabila anak-anak merasionalkan kenapa dia nak pakaian tersebut maka kita perlu akur kepada pilihannya tetapi dengan syarat pilihan itu tidak akan merosakkan dirinya sendiri. Sama juga nama-nama calon boleh menang boleh sahaja diatur, boleh sahaja dicadangkan tetapi bergantunglah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan, dan pastinya Perdana Menteri mempunyai cara tertentu untuk mengenalpasti calon-calon yang benar-benar boleh menang.

Marilah kita berdoa bersama-sama agar calon boleh menang akan memastkan negara MALAYSIA akan terus kekal selamanya dan berdoa agar Perdana Menteri diberikan ilham terbaiik untuk memilih calon-calon.

MENJELANG PRU KE 13

Macam lagu rasanya ialah lagu daripada nyanyian DJ Dave, menjelang hari raya tapi yang ini lebih kepada menjelang PRU ke 13. Apa yang istimewanya perbincangan dimulakan dengan PRU ke 13. Banyak istimewanya atau banyak kepentingannya. Dalam sebuah negara membangun pemilihan kepada kerajaan yang disandarkan kepada Demokrasi Raja Berpelembagaan memainkan peranan yang penting. Demokrasi yang kita amalkan adalah berbeza dengan mana-mana negara lain dalam dunia ini. Raja sebagai Kepala Utama Negara dinyatakan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut ...hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan....Kemudian dalam Perkara 39 Kuasa Pemertintah Persekutuan disebut .....Kuasa Pemerintah terletak kepada Yang di Pertuan Agong. Dinyatakan juga YDP Agong pada melaksanakan tugasnya melantik seorang Perdana Menteri pada melaksanakan tugas-tugasnya. Wow, susah rasanya nak memahami bahasa Undang-undang kan tapi yang pastinya YDP Agong adalah pemerintah kepada negara ini dan melaksanakan tugasnya adalah Perdana Menteri yang dilantik.

Kenapa ni, kenapa tiba-tiba kita membincangkan tentang Pemerinah,  tadi kata nak bincang tentang PRU ke 13 kenapa tiba-tiba kita membincangkan peranan Yang di Pertuan Agong. Sebabnya ini merupakan fakta yang tidak boleh kita ketepikan tambahan pula Sultan Mizan Zainal Abidin YDP Agung ke 13 akan digantikan pada 13 Dis 2011. Jadi perbincangan lebih kepada intro kepada diskusi kita.

Perbincangan seterusnya adalah tentang patriotik, perkataan yang mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diimplimentasikan.  Sayang dan bangganya kita sebagai rakyat Malaysia adalah luas, kita sayangkan negara kita, kita sayangkan segalanya yang menjadi simbol kepada keutuhan dan keunikan negara kita. Melihat kepada isu-isu yang dimainkan di dalam media baru atau media alternatif terhadap PRU ke 13 memperlihatkan sedikit cemas dan takut. Cemas dan takut kerana adakah negara kita akan terus kekal stabil sebelum atau selepas PRU. Takut kerana kehancuran inilah yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk menjahanamkan kestabilan negara kita.

Harap-harap tidak begitu, semoga Allah swt akan tetap memastikan kemakmuran dalam negara kita dan berharap segala musibah akan dapat dielakkan.  Untuk menjatuhkan sesuatu adalah mudah tetapi untuk membangunkannya adalah sukar. Perhatikan Iran, Iraq, Libya, Egypt dan lain-lain  negara yang menghadapi konflik. 1Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia adalah wajar untuk memastikan negara akan terus kekal stabil selamanya, perlu diingat kita lebih rapuh dibandingkan dengan negara-negara yang bergolak kerana mereka terdiri dari sebahagian besar satu bangsa satu agama satu budaya tetapi berbeza dengan kita. Salam.