Total Pageviews

Wednesday 8 May 2013

MB SELANGOR YANG TERBAIK



aku tahu aku tak berapa suka dengan kemenangan pakatan pembangkang di negeri selangor...tapi aku perlu akur betapa itulah ketentuan illahi...moga-moga selangor akan terus berkembang maju selamanya di bawah pemerintahan pembangkang.

sebagai anak selangor aku nak memberikan pendapat berhubung siapa paling layak menjadi mb selangor...terus terang aku katakan ts khalid ibrahim paling layak...dia tidak mempunyai masalah moral dan sesuai untuk semua orang. mungkin kelemahan yang berlaku dalam pemerintahannya didalangi oleh Azmin ali yang bercita besar untuk menjadi mb. sebab itu kenapa rafizi ramli sebagi penasihat ekonomi negeri selangor sanggup meninggalkan khalid ibrahim kerana dia sebenarnya nak menyusahkan khalid ibrahim. Tanya sama faekah dan latefa koya siapa yang lebih layak menjadi mb selangor. pasti kata mereka khalid ibrahim. Jadi sekarang ini jelas khalid ibrahim adalah calon yang paling sesuai sebagai mb selangor.



desas-desus mengatakan wakil pas akan menjadi mb rasanya langsung tidak sesuai kerana selangor adalah negeri komposisi kaumnya lebih kompleks dibandingkan dengan kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang melayu. aku khuatir jika rancangan pas berjaya meletakkan calonya sebagai mb maka akan timbul pulak isu hudud ala selangor...

calon lain yang aku fikir tak sesuai ialah dap....cukuplah mereka menguasai pulau pinang...marah nanti orang melayu dah lama keputusan pru kali ni adalah kerana tsunami politik cina yang rasis....

ada juga disebut-sebut azmin ali calon paling layak untuk jadi mb selangor...tapi pada aku tak sesuai langsung kerana masalah moralnya terutama isu 'ais krimnya' tapi tak tahulah kalau rakyat selangor nak mb mereka tak ada moral...tapi alang-alang kalau nak pilih yang tidak bermoral baik lantik je anwar ibrahim jadi mb....tapi tak boleh la pulak sbbdia bertanding di parlimen aje....wah susah ni...

jadi senangkan cerita lebih baik kita kekalkan Tan Sri Khalid Ibahim sebagai MB...dia merupakan yang terbaik antara ramai-ramai calon pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete