Total Pageviews

Wednesday 17 April 2013

ASAL NAMA TAMBUN DAN ASAL CITER ANWAR TAK BERTADNING DI TAMBUN


Kenapa Anwar tiba-tiba mengubah niatnya dari bertanding di Tambun dia beralih arah semula ke kawasan lamanya Permatang Pauh.
Adakah kerana dia tidak yakin akan menang di Tambun atau dia masih merasakan dia hanya boleh menang di Permatang Pauh sahaja. Kalau begitu tidak la hebat sangat si Anwar ni….
Atau mungkin kerana dia mendapat alamat bahawa Permatang Pauh sahaja sesuai dengan dirinya dan bukan Tambun.
Tapi yang pastinya maklumat ini pasti akan lebih mengelirukan.......
Alasan penolakan untuk tidak bertanding di Tambun ialah kerana ada seorang ‘LEBAI’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’. Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar adalah bodoh dan tidak dapat diterima akal, ia bukan hanya menyakitkan hati orang Tambun tetapi juga membuatkan sekutu PR marah kepada Anwar.
Lim Kit Siang ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.


Soalan bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang kecewa dengan alasannya bahawa tidak bertanding di Tambun kerana alasan ‘nama .

Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.


Anwar pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan penakut……. Tidak layak untuk menjadi pemimpin apatah lagi menjadi PM

Sunday 14 April 2013

STOPA @ CIKGU PA @ MUSTAFA ALI @ SUPERIMPOSE @ FITNAH

Panas...panas...panas...lebih panas dari goreng pisang panas...Video Stopa dalam pasarang. Beli satu dapat satu, mari mari mari...agak-agak beginila keadaannya jika nak jual video terseronok hari ini....

Ramailah orang yang membuat pelbagai andaian. Bermacam-macam soalan ditanya dan dijawab sesama mereka. Soalan pertama paling popular ialah, adakah itu Stopa @ Cikgu Pa atau superimpose? Rata-rata mereka mengatakan orang yang dilihat itu adalah Stopa malah suaranya juga sama. Soalan kedua ialah, siapa wanita di dalam video itu? Soalan ketiga , di mana lokasi ini diambil? Soalan keempat,siapa yang merakamkan video terhangat tersebut? Soalan kelima , apa motif orang merakamkan video tersebut? Peh, banyak sungguh persoalan yang bermain di kotak pemikiran mereka yang sudah menonton video ini. Mari kita analisa bersama video ini.

Pertama betulkah itu adalah Stopa @ Cikgu Pa ? Kalau tanya tuan punya badan pasti dia akan kata itu bukan dirinya sebab jika dia mengaku pasti akan memberi kesan kepada PAS dan pembangkang. Dia akan dituduh penderhaka kepada persiapan pembangkang menghadapi PRU nanti. Penyokong PAS, pembangkang dan atas pagar dikhuatiri akan beralih arah. Kalau dia mengaku pasti rumah tangganya akan berantakan, pastinya isterinya akan naik minyak dan pastinya isteri dan anak-anak akan meminggirkannya.Kemungkinan untuk mengelakkan nama baik PAS tercemar, Stopa akan dinasihatkan untuk mengatakan itu adalah videonya dan dia akan diminta mengatakan dia memohon kemaafan dan dia adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Mungkin kalau PAS nak selamat, cepat-cepat nikahkan Stopa @ Cikgu Pa dengan perempuan tersebut dan palsukan dokumen perkahwinan buat tarikh awal sebelum tarikh video direkodkan.Stopa terpaksa berlakon dan isytiharkan bahawa itu adalah isteri mudanya, walaupun ia akan memberi kesan kepada perkahwinannya.

Siapa wanita di dalam video tersebut? Kenapa wanita itu diberi duit selepas melakukan hubungan seks? Terdapat dua pilihan jawapan, kepada persoalan ini pertama perempuan itu memang adalah seorang pe...ur dan dibayar selepas selesai perkhidmatan s..s. Di samping itu, perempuan itu juga bertindak mengurut Stopa selepas melakukan hubungan seks sebagai additional service. Kedua sepertimana yang dirancangkan, wujudkan cerita bahawa itu adalah isteri kedua Stopa yang dikahwini secara sulit dan dia memberi nafkah batin secara sembunyi kerana dikhuatiri isterinya akan mengetahui bahawa dia beristeri dua.

Kenapa cepat dan tergesa-gesa melakukan hubungan seks tanpa ada sebarang pra seks? Jawapan yang boleh difikirkan ialah, terpaksa dilakukan dengan cepat dan pantas kerana ia merupkan perbuatan haram dan berdosa dan ingin diselesaikan dengan segera kerana dikhuatiri pintu diketuk "buka pintu kami dari pecegah maksiat". Perempuan itu pula selepas melakukan seks, cepat-cepat memakai baju tanpa mandi wajib, tak mungkinkan sang isteri tak mandi wajib selepas melakukan seks dengan suaminya. Sikap gelojoh Stopa ketika melakukan hubungan seks juga menunjukkan bahawa dia jarang bertemu atau menikmati seks bersama perempuan ini....

Kenapa Stopa tak bersumpah laknat menafikan lelaki itu bukan dia? Kenapa pulak dia mahu disiasat ikut mahkamah sivil, sedangkan orang Islam selalunya tak bersalah, takkan takut bersumpah. Persoalan ini agar sukar untuk dijawab, kerana dia kena buat sumpah laknat atau buat 'lie detector test' dan menghantar video ini untuk disahkan kesahihannya macam Anwar Ibrahim yang dikatakan video cina dollnya 99.9% adalah benar.

Di mana lokasi ini diambil? Jika dilihat lokasi kejadian ini seperti di dalam sebuah hotel, bagaimana tahu. Semua rakyat Malaysia yang pernah menginap di hotel tahu bagaimana rupa sebuah hotel sama seperti lokasi Anwar Ibrahim dan Cina dollnya di dalam videonya.

Siapa yang merakamkan video terhangat tersebut? dan apakah motif orang merakamkan video tersebut? Yang ini satu lagi siapa yang rakam video ini sukar rasanya dijawab, kalau pasangan yang baru bercinta memang mereka akan rakam menggunakan hand set mereka masing-masing tapi yang ini dah otai tak mungkin nak dirakamnya, lagipun ini bukan rakaman hand set ini macam rakaman dari cctv aje. Apa motif rakaman, inilah yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang ada konspirasi dalaman kerana Stopa adalah perancang kepada calon-calon parti dan tindakan Stopa 'too demanding' untuk meletakkan calon-calon parti PAS tidak disenangi oleh rakan-rakan di dalam pembangkang jadi mereka mengaturkan projek ini untuk 'mendiamkan' Stopa. Jadi, maksudnya kegiatan Stopa ini telah diketahui oleh rakan-rakan Stopa dan memang perangai orang jahat tidak akan menegur perbuatan jahat kawannya tetapi akan mendiamkan untuk memastikan aku juga ada maklumat buruk tentang diri engkau yang boleh aku gunakan satu masa nanti....

" Jadi masanya telah tiba aku pun sebarkanlah video kau itu...." akhirnya persoalan yang perlu kita tanyakan adakah ini konspirasi? dari siapa ? dari kumpulan pembangkang sendiri? tapi kenapa ? adakah benar ini isteri Stopa sendiri ? jika benar kenapa aktivitinya menimbulkan fitnah ?...mungkin benar ini isteri stopa mgkn benar ini konspirasi rakan-rakan Stopa sendiri. hanya Stopa, Perempuan itu dan Allah sahaja yang mengetahui...perlu dijernihkan secepat mungkin untuk mengelakkan lebih banyak fitnah...

Thursday 11 April 2013

JANGAN BIARKAN MALAYSIA MENJADI GRANADA

MENGADAKAN KONSPIRASI DENGAN MUSUH.Pernah dengar tentang kerajaan Islam di Andalusia. Sejarah mengatakan tahun 1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Andalusia, Sepanyol ditumbangkan. Khalifah Abu 'Abdallah Muhammad tidak bersetuju bapanya menjadi Khalifah dan dia memohon bantuan kepada Raja Ferdinand Sepanyol untuk menurunkan bapanya dari takhta dan menaikkannya menjadi Khalifah. KEINGINAN MEMBUAK UNTUK MENJADI PEMERINTAH. Kerana terdesak dan ingin sangat menjadi Khalifah Abu Abdallah sanggup berjanji untuk menunaikan apa sahaja permintaan Raja Ferdinand. Raja Ferdinand selepas 2 bulan, mendesak Abu Abdallah melepaskan jawatannya kepada dia. Walaupun pada peringkat awal Abu Abdallah tidak bersetuju tetapi kerana telah dikepung oleh kerajaan Aragon dan Castille dan tambahan pula 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman, Abu Abdallah akhirnya melepaskan takhta terakhir kerajaan Islam kepada Raja Ferdinand dan isterinya Puteri Isabella. SUDAH TERLEWAT, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. Abu Abdallah telah memeterai Perjanjian Granada pada tahun 1941, bertujuan untuk menjaga kepentingan orang Islam kerana menyedari kesilapan yang telah dilakukan iaitu bersekongkol dengan Raja Ferdinand Sepanyol untuk menjatuhkan ayahnya dan beranggapan perjanjian ini akan dapat menutup kesilapannya. Perjanjian Granada. Di antara isi kandungan Perjanjian Granada ialah: # Keadilan dan kesamarataan. # Orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. # Orang Kristian tidak boleh menghina dan mengejek orang Islam. # Membenarkan pelaksanaan undang-undang Islam tanpa umat Islam perlu dihukum berdasarkan undang-undang Kristian Sepanyol. # Pelepasan semua cukai. Tetapi perjanjian tinggal perjanjian di mana pada tahun 1499, Cardinal Francisco Jimenez de Cisneros mengkristiankan orang Islam di Granada, mereka diseksa dan dibunuh sewenang-wenangnya. Menurut sejarah kejayaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di Andalusia kerana peranan Mudejar iaitu orang Islam yang bersekongkol dengan orang Kristian. PENGAJARAN. Apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran iaitu : * Agar tidak menjatuhkan kerajaan yang ada semata-mata kerana kemaruk kepada kedudukann. * Bersekongkol dengan orang luar untuk memburukkan kerajaan ibarat membuka pekung di dada dan meludah ke langit terkena hidung sendiri. * Akhirnya negara tergadai dan maruah dipijak. Oleh itu marilah kita berfikir agar anak cucu kita tidak akan mengalami nasib buruk dan sengsara seperti yang dialami oleh orang Islam Andalusia apabila negara mereka dijajah oleh orang luar. PERLU DIINGAT KITA BARU 55 TAHUN MERDEKA SEDANGKAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA JATUH SELEPAS HAMPIR 800 TAHUN KERAJAAN INI TERBENTUK ....DAN BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU DI NEGARA KITA JIKA BERLAKU SAMA SEPERTI DI ANDALUSIA KERANA SIKAP TAMAK MANUSIA PEMBANGKANG YANG DIKETUAI OLEH ANWAR IBRAHIM...

Thursday 4 April 2013

#MENGAPA KITA PERLU MENOLAK DAP

Pertama. Cukup mudah berjanji,,,,sebab itulah kenapa Lim Guan Eng pada tahun 1999 (ketika menjadi Timbalan Setiausaha Agung DAP)pernah berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu, dan memang benarlah ini yang dilakukan nya di Pulau Pinang sekarang. Menolak secara halus orang Melayu Pulau Pinang untuk keluar dari pulau dan berhijrah ke tanah besar. Kedua. Kerajaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawah seksyen 8 akta pengambilan tanah untuk membina kampus Nanyang Universtity di Pulau Pinang. Ketiga. Penasihat DAP - Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP - Nga Kor Ming pernah memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk konvensyen DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. Keempat. Teresa Kok pernah membantah tindakan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. Kelima. 20 June 2008, Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor kerana menganggap pemakaian songkok bererti dia diIslamkan. Keenam. 16 Februari 2009, DAP telah mengusir seramai 80 orang peniaga Melayu dan penduduk Melayu di Batu Ferringhi Pulau Pinang, Kampung Asam dan bebebrapa tempat lain. Ketujuh. 26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan agar kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun 7 % kepada pembeli bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM 500,000. Berdasarkan kepada fakta di atas jelas membuktikan kenapa KITA PERLU MENOLAK DAP DAN MEMASTIKAN PILIHAN KITA DI DALAM PRU KE 13 AKAN TERUS BN YANG SENTIASA MEMBELA RAKYAT TANAPA MENGIRA FAHAMAN AGAMA DAN BANGSA SESUAI DENGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMANKAN.

MENGAPA KITA PERLU MENOLAK PAS

Terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kita perlu menolak PAS. 1. PAS tidak mungkin boleh mengganti UMNO sebagai custodian pada orang Melayu kerana PAS bertanding tidak cukup sifat iaitu hanya bertanding 67 kerusi dari 222 kerusi parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan parlimen (iaitu 1/2 daripada kerusi di Parlimen). Kalau hanya sekadar bertanding dan tidak dapat majoriti di kalangan pakatan pembangkang pastinya suara PAS akan dipinggirkan dan pastinya cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum hudud akan hanya kekal tinggal angan-angan. PAS akan terus dijadikan kuda tunggangan oleh PKR dan DAP dalam usaha untuk memecahkan undi orang Melayu. 2. PAS akhir-akhir ini terpengaruh dengan konsep samarata dan samarasa pakatan pembangkang dan sekaligus menafikan hak keistimewaan orang Melayu Islam di negara ini. Sedangkan ini yang diperjuangkan oleh UMNO menerusi perlembangaan untuk terus menjaga kepentingan orang Melayu. 3. PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam isu LGBT iaitu bersetuju kebebasan seks. 4. PAS juga bersekongkol dalam fahamam pluralisme dan liberalisme sedangkan semua orang Islam tahu bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini. Dalam konteks ini PAS dilihat akur kepada DAP dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu yang bertujuan merosakkan akidah dan menjadikan orang Islam murtad kerana terpengaruh dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang tambahan pula PAS| sebagai sebuah parti yang bercakap atas kapasiti parti Islam tetapi bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. 5. PAS sudah lari dari matlamat perjuangan mereka iaitu mengujudkan negara Islam kepada negara kebajikan hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai matlamat mempertahankan Islam. 6. Atas desakan politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini sedangkan ia merupakan bahasa kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan bukannya menolak seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang. 7. Perlu diingat PAS sepatutnya tidak terpenggaruh DAP dalam memperjungkan konsep Malaysian Malaysia yang jelas mengancam kedudukan kaum Melayu dan agama Islam. PAS sebagai rakan kongsi pembangkang seharusnya mengingatkan DAP agar tidak menggugat kepentingan orang Melayu Islam. 8. Jika PAS ingin menggantikan UMNO sebagai pejuang orang Melayu mereka harus bersuara agar DAP tidak terus menindas orang-orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Perhatikan bagaimana mereka bertindak sewenang-wenangnya merobohkan rumah dan kedai-kedai milik orang Bumiputera. 9. PAS perlu ingat bahawa DAP sampai bila-bila pun tidak akan setuju dengan cita-cita PAS untuk menjadikan Malaysia ini negara Islam. OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA MENOLAK PAS DI DALAM PRU KE 13. PILIHLAH BN/UMNO UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN ORANG MELAYU ISLAM AKAN TERUS TERBELA DAN IA AKAN MEMBAWA KEPADA KEMAKMURAN DAN KESTABILAN NEGARA MALAYSIA NEGARA BERDAULAT.

Wednesday 3 April 2013

PEMBANGKANG MENGALAMI SINDROM NYANYUK

Agaknya dah nyanyuk LIM KIT SIANG sebab tiba-tiba sahaja dia mencabar TUN DR M agar bertanding di Gelang Patah. Semua orang tahu Tun Dr M seorang pemimpin yang hebat dan tersohor. Bukan hanya sekadar di negara kita tetapi juga di Negara-negara lain di dunia ini. Tun sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan terlalu besar sumbangannya kepada negara Malaysia yang tercinta. Karier politik Tun Dr M selama lebih daripada 40 tahun dan menjadi Ahli Parlimen kali pertama pada tahun 1964 sudah cukup menjelaskan betapa berpengalamannya Tun Dr M. Masalah yang menimpa Lim Kit Siang ialah dipanggil sindrom nyanyuk tahap gaban, dia tidak sedar dengan siapa dia ajak bertanding ? dia tidak sedar betapa Tun Dr M sudah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan perlu apa dia bertanding semula ? dia tidak sedar betapa Tun Dr M memberi laluan kepada muka-muka baru untuk menerajui negara ini kerana Tun tahu BN mempunyai ramai pemimpin yang berkaliber. Jadi apabila Lim Kit Siang mencabar Tun untuk bertanding di Gelang Patah, sekali lagi saya nak ingatkan agar Lim Kit Siang mengambil iktibar dari tindakan Tun Dr M...cukuplah bagi la orang lain untuk menjadi wakil rakyat, Lim Kit Siang awak tu dah nyanyuk lupakan lah niat untuk bertanding di mana-mana sahaja. Lim Kit /siang awak tu dah tua, dah monopause dalam politik, Lim Kit Siang awak tidak menyumbang kepada kesejahteraan negara tetapi awak penyumbang kepada huru hara dalam negara, berubahlah....

Thursday 28 March 2013

PERBEZAAN UMNO PAS DAN PKR

MEMPERJUANGKAN ISLAM. UMNO sebagai Parti Islam dibuktikan : a) Menolak penubuhan Malayan Union 1946, kerana sedar jika Malayan Union diteruskan kuasa Sultan dan Islam akan turut berkubur. b) Islam di dalam perlembagaan negara - perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan. bahawa islam merupakan agama persekutuan. sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. c) Memeperjuangkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam. d) Menolak amalan kebebasan beragama dan LGBT. e) Memimpin Organisation of Islamic Cooperation (OIC). PAS membuktikan hanya nama Parti Islam SeMalaysia dengan kaedah: a) Memainkan kerajaan BN tidak mahu melaksanakan hokum hudud. b) Keliru diperingkat awal berhubung penggunaan kalimah Allah. c) Mentafsir al quran mengikut kepentingan sendiri. d) Mencetuskan fenomena amanat Hj Hadi yang memecah belahkan umat Islam hingga ke hari ini. PKR bukan parti Islam sebab itu bersetuju dengan LGBT, bersetuju dengan kebebasan beragama dan tak bersetuju dengan nama Allah boleh diguna sesiapa aje. MENJAGA KEAMANAN DAN KEDAULATAN NEGARA. UMNO Menjaga kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta. Mencipta perpaduan Negara dengan mewujudkan Gagasan 1Malaysia. PAS pula pernah menghuru harakan Negara melalui insiden Memali dengan mempengaruhi penduduk Memali untuk menyerang kerajaan. PKR pula mewujudkan suasana tidak aman kepada Negara dengan cara: a) Menghuru harakan Negara dengan demonstrasi BERSIH dan HKR. b) Menjemput orang luar untuk campurtangan dalam politik dan keselamatan Negara dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam BERSIH. c) Menjemput senator dari Australia untuk campurtangan dalam sistem Pilihanraya Negara sedangkan SPR memang menjemput pemerhati dari Negara luar dan kita sudah 12 kali melaksanakan PRU. d) Mencemuh Negara menerusi media luar. e) Memburuk-burukkan Negara di Negara luar. f) Si Kitul moden. g) Dituduh terlibat dalam insiden Lahad Datu. MATLAMAT PERJUANGAN YANG JELAS. UMNO bersikap adil terhadap seluruh rakyat Negara ini sebagai pemimpn utama dalam komponen parti BN. Dibuktikan: a) Pembahagian kek yang sama ‘smart partner ship’ sejak 1955. Contoh kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon Cina dan India. b) Sedar keamanan Negara adalah agenda utama, sebagai pemimpin utama pembahagian kerusi jawatan Menteri di dalam kabinet diatur berdasarkan kepada keputusan majoriti. c) Memastikan Perdana Menteri adalah dari UMNO sebagai parti utama di dalam BN dan ini dipersetujui sejak 1955 lagi. PAS pula tidak punya keinginan besar di dalam perjuangan dibuktikan: a) Lebih bertumpu di kawasan pengundi Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. b) Bertanding hanya sekitar kurang dari 1/3 keseluruhan kerusi parlimen seperti 66 kerusi daripada 222 kerusi semasa PRU ke 12. c) Tidak mampu menjadi pemimpin utama di dalam pembangkang kerana majority kecil di peringkat parlimen – maksudnya tidak mampu menjadi Perdana Menteri Islam. d) Mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh rakan kongsi terutama arahan daripada PKR. PKR pula punya keinginan terlalu besar di dalam perjuangan: a) Sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan sanggup menghancurkan Negara contoh BERSIH dan HKR. b) Merasakan mereka pemimpin utama sedangkan mereka merupakan parti paling muda. c) Untuk menang mereka tidak sedar mereka diperkudakan. d) Keliru dengan perjuangan, siapa yang memimpin parti Presiden ke atau Penasihat. e) Penasihat parti berangan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sedar akan diperkudakan oleh rakan kongsi terutamanya DAP. f) Akan menjadi puppet PM. PEMIMPIN HEBAT menerusi UMNO Pemimpin hebat menerusi: a) Melahirkan pemimpin hebat yang berjaya mengegarkan dunia menerusi OIC, NAM, ASEAN dll. b) Melahirkan pemimpin yang dihormati seantero dunia kerana Berjaya menjadikan Malaysia sebuah Negara membangun bergerak dengan laju untuk menjadi Negara maju. c) Role model kepada Negara Membangun lainnya. d) ‘Berlari’ dengan laju meninggalkan Negara yang merdeka sama dan awal dari Negara kita. e) Tidak mengamalkan nepotisme kerana punya pemimpin pelapis yang hebat. PAS pula tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Nasharudin Mat Isa, Hassan Ali, Zulkifli Nordin dan ramai lagi tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan PAS. b) Nik Aziz dan Nik Abduh bukti kepada amalan nepotisme kerana tiadanya pelapis pemimpin. c) Mengekalkan Nik Aziz menjadi MB selama lebih daripada 22 tahun sedangkan semasa Tun Dr M menjadi PM selama 22 tahun dikatakan sudah terlalu lama. PKR juga tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Pengamal nepotisme yang utama – Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah menguasai carta utama kepimpinan PKR. b) Menyokong pemimpin yang mengamalkan kebebasan beragama. c) Menyokong pemimpin yang mengamalkan pluralism dan LGBT. d) Berkawan dengan pemimpin Negara luar untuk memburukkan Negara. bersambung......