Total Pageviews
Tuesday, 23 April 2013
TANDUSNYA PEMBANGKANG – OKU, JENERAL LEMBAM DAN ARTIS BAKAL MEMIMPIN NEGARA
Parti pembangkang terbukti ketandusan pemimpin-pemimpin, sudahlah pengamalan nepotisme dan kronisme dilakukan secara total, kini timbul pula isu pembangkang menampilkan sekelompok pemimpin yang sudah OKU dan monopause fikirannya termasuk Jeneral askar yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Cuma kebanyakkan orang tidak tahu, kata kawan aku seorang askar ialah Jeneral ini sememangnya semasa dalam perkhidmatan tidak disenangi oleh anggota tentera. Jeneral askar ini kata kawan aku lagi hanya tahu mengarah dan memerintah jer tanpa mengamalkan konsep kempimpinan melalui teladan. Tandusnya pembangkang juga apabila meletakkan artis juga sebagai calon pilihan mereka.
Mari kita lihat satu persatu kumpulan-kumpulan ini.
KUMPULAN PERTAMA. KUMPULAN OKU DAN MONOPAUSE DALAM POLITIK
DAP - Karpal Singh kena tolak (berkerusi roda) ke sana ke mari dan Lim Kit Siang terbukti sudah tidak relevan lagi untuk dipilih sebagai pemimpin politik kerana usianya sudah terlalu tua. Dasar politik perkauman yang dibawa oleh Lim Kit Siang ternyata telah ditolak oleh rakyat yang menyifatkan politik rasis itu hanya memecahbelahkan perpaduan antara kaum di negara ini.
PAS - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diusung kerana dah tua dan tidak larat berjalan, tetapi masih gilakan kuasa, sepatutnya menghabiskan masa bersama keluarga, bukanya untuk terus menyebarkan fitnah dan pendustaan kepada rakyat. Nik Aziz masih tidak mengakui bahawa dirinya sudah terlalu uzur sehingga terpaksa dipapah.
Nik Aziz sepatutnya mengambil peluang PRU ke-13 sebagai masa terbaik untuk berundur daripada kancah politik sepenuh masa sepertimana dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri mengambil jalan berundur apabila merasakan perlu berbuat demikian, ini sikap terpuji dan tidak menggambarkan tamak haloba kepada kuasa,
Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Nik Aziz perlu mengikut jejak langkah Tun Dr M, iaitu tidak sepatutnya bertanding dan memberi laluan kepada calon yang lebih muda dan berwibawa.
KUMPULAN KEDUA. JENERAL ASKAR YANG SUDAH TIDAK BOLEH DIPAKAI LAGI
Meletakkan bekas Jeneral yang tidak diterima oleh anggota tentera dan bekas tentera sendiri sebagai calon pembangkang adalah satu kerugian kepada pembangkang kerana mereka ini bukanlah pemimpin berjiwa rakyat. Kehidupan mereka di dalam tentera dipenuhi dengan pembohongan, rasuah, sikap tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, menyalahgunakan kuasa dan pelbagai pakej yang sebenarnya tidak sesuai sama sekali untuk dipilih sebagai wakil rakyat.
PKR membariskan empat bekas Jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.
Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh. Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.
KUMPULAN KETIGA. BARISAN ARTIS YANG HANYA MEMENTINGKAN GLAMOUR
Langkah PAS meletakkan Aishah sebagai calon di kerusi Parlimen (P127) Jempol, mengesahkan jangkaan banyak pihak yang parti itu pasti meletakkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita dari kalangan artis, bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tanpa mengendahkan bantahan sebilangan pemimpin dan ahli akar umbi, PAS bagai memekakkan telinga dengan meneruskan hasrat kepemimpinan tertinggi parti itu. Ia sekali gus mengetepikan imej Islamnya yang sebelum ini begitu lantang mencemuh artis yang dikatakan punca maksiat berleluasa kini.
PAS juga sering mengutuk Kerajaan Barisan Nasional (BN) apabila menganjurkan acara membabitkan artis. Mereka menyifatkan kegiatan berunsur hiburan oleh artis, melalaikan umat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi kini mereka sendiri menjadikan artis sebagai calon pada pilihan raya. Peliknya, tiada pula artis lelaki dicalonkan PAS.
PKR juga meletakkan seorang lagi artis iaitu Dayangku Intan sebagai calon Parlimen Pengerang.
Herman Tino penyanyi 70 an juga bertanding atas tiket Bebas. Kumpulan penyanyi ini akan memeriahkan dan mewarnai scenario politik Negara ini. Ini berlaku kerana terdesaknya pembangkang untuk meraih populariti sehinggakan sanggup mengorbankan prinsip mereka.
BOTTOM LINE
Kehadiran kumpulan OKU, bekas Jeneral dan barisan artis yang menjadi calon pembangkang membuktikan pakatan pembangkang tidak bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan kepada negara. Perlu diingat untuk memimpin sebuah negara seperti Malaysia dan rakyatnya yang berbagai kaum, memerlukan pemimpin yang sihat dan bertenaga disamping memiliki kekuatan fizikal serta mental. Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan strategi murahan pembangkang. Meletakkan OKU, bekas Jeneral dan artis sebenarnya akan lebih menyemakkan parti pembangkang dengan barisan nepotisme dalam parti pembangkang. Sekadar ingatan nepotisme yang dicipta pembangkang - Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah (PKR), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Betty Chew, Karpal Singh dan Gobind Singh (DAP) dan Nik Aziz dan Nik Abduh (PAS).
PRU KE 13 INI MERUPAKAN PENERUS KESINAMBUNGAN KESTABILAN NEGARA MALAYSIA. MELETAKKAN BN DITEMPATNYA SEBAGAI PEMERINTAH NEGARA MALAYSIA AKAN MEMASTIKAN MATLAMAT WAWASAN 2020 AKAN MENJADI KENYATAAN. TIDAK ADA TRIAL AND ERROR KERANA KITA SUDAH BERADA DI LANDASAN YANG BETUL. APA YANG PERLU DILAKUKAN IALAH MEMILIH BN SELAMANYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete