Total Pageviews

Friday, 16 December 2011

GAJI ANGGOTA TENTERA

Biasanya saya akan menulis tentang senario politik negara tetapi kali ini saya terpanggil untuk mengetengahkan isu gaji anggota tentera dan saya rasa saya punya pengetahuan untuk menjelaskan kerana saya merupaka anak bekas anggota tentera. Sedih rasanya sebagai anak anggota tentera isu gaji untuk anggota tentera disifatkan oleh kebanyakkan orang tidak layak untuk diterima. Agaknya kalau abah masih hidup lagi ayah akan marah sangat seolah-olah jasa dan sumbangan anggota tentera tidak diiktiraf. Banyak isu yang boleh diketengahkan oleh anggota tentera tetapi kadang-kadang anggota tentera tidak mahu bersuara kerana mereka sudah bosan dengan isu ini. Betul la kata kawan abah, di negara ini untuk membolehkan orang terus menghormati anggota tentera ialah biarkan supaya PKM terus kekal di negara ini. Masa itu ketakutan kerana takut akan dibunuh menyebabkan barulah masyarakat akan menghormati anggota tentera. Bayangkan sebagai anggota tentera aku masih mencari-cari bilakah masa aku sentiasa bersama dengan arwah abah. Abah sentiasa keluar operasi meninggalkan emak dan kami adik beradik, ini semua orang tak tahu, bila PKM sudah tiada negara aman, maka semua orang lupa peranan dan sumbangan seorang anggota tentera. Susah kan untuk mengingatkan tugas seorang anggota tentera, di negara-negara lain anggota tentera dijaga kerana mereka adalah insuran kepada negara, jika kita ada insuran kenderaan maka selamatlah kita jika berlaku kemalangan, jika kita ada insuran kesihatan selamtlah kita jika ada rawatan di hospital. Adakah kita minta untuk kemalangan, adakah kita juga minta untuk tidak sihat. Pasti jawapannya tidak kan, jadi kenapa kita mesti beli insuran sebab kita tahu sediakan payung sebelum hujan. Dah nak hujan baru kelamkabut nak cari payung ke, negara sudah terancam keselamatannya maka baru ke kita nak minta tentera selamatkan kita dan dalam masa yang sama baru kita pastikan gaji anggota tentera naik. Masa itu sudah terlambat. Betulla kata YB Menteri Pertahanan dah nak perang baru nak naikkan gaji anggota tentera ke. Di negara lain, anggota tentera dipelihara sebab tugas mereka merbahaya dan mencabar tetapi di negara kita orang lain senang aje memperlekehkan tugas anggota tentera. Sedih dengan sikap setengah orang......

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete