Total Pageviews
Thursday, 11 April 2013
JANGAN BIARKAN MALAYSIA MENJADI GRANADA
MENGADAKAN KONSPIRASI DENGAN MUSUH.Pernah dengar tentang kerajaan Islam di Andalusia. Sejarah mengatakan tahun 1492 merupakan tahun di mana kerajaan Islam terakhir di Andalusia, Sepanyol ditumbangkan. Khalifah Abu 'Abdallah Muhammad tidak bersetuju bapanya menjadi Khalifah dan dia memohon bantuan kepada Raja Ferdinand Sepanyol untuk menurunkan bapanya dari takhta dan menaikkannya menjadi Khalifah.
KEINGINAN MEMBUAK UNTUK MENJADI PEMERINTAH. Kerana terdesak dan ingin sangat menjadi Khalifah Abu Abdallah sanggup berjanji untuk menunaikan apa sahaja permintaan Raja Ferdinand. Raja Ferdinand selepas 2 bulan, mendesak Abu Abdallah melepaskan jawatannya kepada dia. Walaupun pada peringkat awal Abu Abdallah tidak bersetuju tetapi kerana telah dikepung oleh kerajaan Aragon dan Castille dan tambahan pula 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman, Abu Abdallah akhirnya melepaskan takhta terakhir kerajaan Islam kepada Raja Ferdinand dan isterinya Puteri Isabella.
SUDAH TERLEWAT, NASI SUDAH MENJADI BUBUR. Abu Abdallah telah memeterai Perjanjian Granada pada tahun 1941, bertujuan untuk menjaga kepentingan orang Islam kerana menyedari kesilapan yang telah dilakukan iaitu bersekongkol dengan Raja Ferdinand Sepanyol untuk menjatuhkan ayahnya dan beranggapan perjanjian ini akan dapat menutup kesilapannya.
Perjanjian Granada. Di antara isi kandungan Perjanjian Granada ialah: # Keadilan dan kesamarataan. # Orang Islam dibenarkan melaungkan azan dan beribadat seperti biasa. # Orang Kristian tidak boleh menghina dan mengejek orang Islam. # Membenarkan pelaksanaan undang-undang Islam tanpa umat Islam perlu dihukum berdasarkan undang-undang Kristian Sepanyol. # Pelepasan semua cukai.
Tetapi perjanjian tinggal perjanjian di mana pada tahun 1499, Cardinal Francisco Jimenez de Cisneros mengkristiankan orang Islam di Granada, mereka diseksa dan dibunuh sewenang-wenangnya.
Menurut sejarah kejayaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di Andalusia kerana peranan Mudejar iaitu orang Islam yang bersekongkol dengan orang Kristian.
PENGAJARAN. Apa yang berlaku ini perlu dijadikan pengajaran iaitu : * Agar tidak menjatuhkan kerajaan yang ada semata-mata kerana kemaruk kepada kedudukann. * Bersekongkol dengan orang luar untuk memburukkan kerajaan ibarat membuka pekung di dada dan meludah ke langit terkena hidung sendiri. * Akhirnya negara tergadai dan maruah dipijak.
Oleh itu marilah kita berfikir agar anak cucu kita tidak akan mengalami nasib buruk dan sengsara seperti yang dialami oleh orang Islam Andalusia apabila negara mereka dijajah oleh orang luar.
PERLU DIINGAT KITA BARU 55 TAHUN MERDEKA SEDANGKAN KERAJAAN ISLAM ANDALUSIA JATUH SELEPAS HAMPIR 800 TAHUN KERAJAAN INI TERBENTUK ....DAN BAYANGKAN APA AKAN BERLAKU DI NEGARA KITA JIKA BERLAKU SAMA SEPERTI DI ANDALUSIA KERANA SIKAP TAMAK MANUSIA PEMBANGKANG YANG DIKETUAI OLEH ANWAR IBRAHIM...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete