Total Pageviews

Thursday, 31 May 2012

KAYANYA AZMIN ALI

Pembangkang selalu mengatakan jika mereka menang dalam PRU ke 13 mereka akan memastikan kebajikan rakyat diutamakan, mereka akan memastikan apa yang diamalkan oleh Wakil Rakyat BN tidak akan diamalkan oleh mereka. Mereka akan mejadi seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya. Walaupun adil dan bersih itu subjektif tetapi kini baru kita tahu apakah adil dan bersih yang dimaksudkan.Mari kita lihat kehidupan mewah seorang Wakil Rakyat - Azmin Ali.
Pada usia 23 tahun dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim dan kemudian pada tahun 1989 dilantik sebagai setiausaha khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan gajinya pada masa itu tidak lebih RM RM2200. Berapa pula elaunnya sebagai seorang Wakil Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Menurut Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, elaun Ahli Parlimen Malaysia hanyalah RM6,500 sebulan cukup rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan. Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111. Maknanya elaun sebagai Ahli Parlimen Gombak ialah RM 6,500 tunai..... Kita tengok pula elaun sebagai ADUN. Maklumat daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu (yang ke 12) telah meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. Jadi dicampurkan kedua-dua gaji RM 6,500 dan RM 6,000 tidak memungkinkan Azmin untuk memiliki kenderaan mewah Ferrari. Walau dia menabung semasa menjadi Pegawai Khas dan Setiausaha Khas sekalipun tidak memungkinkan dia mampu memiliki kenderaan tersebut, Persoalannya daripada mana datang kekayaan ini? Sebuah kereta Ferrari yang mungkin sama jenis yang saya cari di google berharga RM 648,000.00 sebuah, Ini yang paling murah ada lagi kenderaan ferrari yang lebih mahal harganya. Lihat gambar-gambar ini sebagai bukti ia merupakan kenderaan Azmin Ali.
Kedua-dua gambar ini menunjukkan Azmin Ali dan keluarga bergambar dihadapan kereta Ferrari. Berdasarkan kepada lampu dan muka hadapan kereta maka dapatlah dinyatakan bahawan inilah dia kereta Ferrari yang dimiliki oleh Azmin Ali
Kalau benar ini kereta yang dimiliki oleh Azmin Ali maka inilah harganya.
Jadi persoalan saya bagaimana AP mampu membeli kereta mewah telah membuka sedikit perbincangan kita. Tapi ia masih belum dijawab dari mana punca kewangan itu, adakah ia berpunca daripada apa yang diperkatakan oleh Umi Halfida berhubung dia mempunyai bukti kekayaan Azmin Ali.
Kalau benar Azmin Ali mempunyai kekayaan sebagaimana yang ditunjukkan
maka terjawablah sedikit 'jigsaw puzzle' kekayaan Azmin Ali yang memungkinkannya memiliki Ferrari dan pastinya kekayaan itu adalah secara haram. Dan bukankah ini yang selalu dimainkan oleh pembangkang dan menjaja di lorong-lorong ceramah mereka bahawa BN korup. Azmin di dalam konteks ini bukan hanya korup tetapi juga dayus. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete