Total Pageviews

Wednesday, 17 April 2013

ASAL NAMA TAMBUN DAN ASAL CITER ANWAR TAK BERTADNING DI TAMBUN


Kenapa Anwar tiba-tiba mengubah niatnya dari bertanding di Tambun dia beralih arah semula ke kawasan lamanya Permatang Pauh.
Adakah kerana dia tidak yakin akan menang di Tambun atau dia masih merasakan dia hanya boleh menang di Permatang Pauh sahaja. Kalau begitu tidak la hebat sangat si Anwar ni….
Atau mungkin kerana dia mendapat alamat bahawa Permatang Pauh sahaja sesuai dengan dirinya dan bukan Tambun.
Tapi yang pastinya maklumat ini pasti akan lebih mengelirukan.......
Alasan penolakan untuk tidak bertanding di Tambun ialah kerana ada seorang ‘LEBAI’ memberitahunya bahawa adalah tidak sesuai jika Perdana Menteri datang dari sebuah kawasan bernama ‘Tambun’. Nama ‘Permatang Pauh’ lebih sesuai, katanya.

Alasan Anwar adalah bodoh dan tidak dapat diterima akal, ia bukan hanya menyakitkan hati orang Tambun tetapi juga membuatkan sekutu PR marah kepada Anwar.
Lim Kit Siang ‘mengamuk’ dengan keputusan Anwar yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan bersama sebelum ini.


Soalan bagaimanakah seorang ‘bakal PM’ boleh menjadikan nama tempat sebagai alasan untuk memilih kawasan bertanding? Tidak adakah alasan yang lebih bernas atau ilmiah atau logik untuk dikemukakan?

Sebagai seorang ‘bakal PM’, Anwar wajib memujuk hati masyarakat Tambun yang kecewa dengan alasannya bahawa tidak bertanding di Tambun kerana alasan ‘nama .

Anwar seolah-olah menyatakan yang orang Tambun tidak layak menjadi Perdana Menteri, sekali gus membunuh keyakinan diri dan cita-cita anak-anak Tambun.


Anwar pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan penakut……. Tidak layak untuk menjadi pemimpin apatah lagi menjadi PM

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete