Total Pageviews

Monday, 5 December 2011

WINNABLE CANDIDATE

Perdana Menteri memohon supaya diketengahkan Winnable Candidate untuk menghadapi PRU ke 13. Jadi persoalan yang bermain sekarang ini ialah, siapa yang boleh mengatakan bahawa dia merupakan winnable candidate atau kumpulan mana boleh mengatakan bahawa pilihan mereka adalah winnable candidate. Kalau seorang individu mengatakan bahawa dia merupakan calon yang paling sesuai ini sudah seolah-olah masuk bakul angkat sendiri. Kalau kumpulan pula mengatakan calon mereka merupakan winnable candidate ia mungkin benar pada penerimaan ahli kumpulan tersebut tetapi tidak kepada masyarakat keseluruhannya. Jadi jelas penentu kepada winnable candidate adalah merupkan winnable candidate di mata pengundi-pengundi sendiri.

Inilah susahnya untuk mendapatkan calon yang sesuai, kerana kita terpaksa menyelami hati dan perasaan masyarakat sendiri, sebab itulah pandangan semua pihak harus diambil kira.  Winnable Candidate ini sama seperti kita kata seseorang itu cantik, cantik itu subjektif pada setengah orang cantik itu dilihat dari paras rupa, ada yang melihat dari budi bahasa, ada yang melihat dari agamanya. Kriteria ini tidak sama antara satu sama lain, penilaian  ke atas sesuatu individu itu dilihat pula kepada dirinya sendiri atau latar belakang kumpulan pemilih sendiri. Satu kumpulan masyarakat Melayu di luar bandar melihat dari sudut yang berbeza dengan satu masyarakat Melayu bandar. Terlalu sukar jadi bagaimana agaknya pemilihan calon akan dilakukan.

Mungkin antara ciri utama yang boleh diketengahkan ialah :

- Beragama
- Berpelajaran dan berilmu
- Berbudi bahasa
- Mesra rakyat
- Ciri-ciri pemimpin
- Hebat berpidato (karisma)
- Cakap serupa bikin
- dll

Pun begitu jika dilihat kepada ciri-ciri yang dinyatakan maka akan timbul lagi susunan, mana satu dahulu mana satu kemudian, berapa peratusan kepada setiap satu ciri, mana satu yang utama, agama atau ilmu atau yang lain, sekali lagi bergantung kepada kawasan dan masyarakat. Untuk membiarkan masyarakat mencadangkan nama secara total tanpa campurtangan Perdana Menteri agak sukar sama seperti bila kita mengajak anak-anak membeli barang maka kita akan masuk campur dengan melihat kepada harga, kualiti dan kesesuaian rekabentuk,  dan terpaksa pula menjelaskan bahawa pilihan barang (baju sebagai contoh) tidak sesuai untuk anak-anak kita kerana faktor-faktor tertentu. Perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya tetapi apabila anak-anak merasionalkan kenapa dia nak pakaian tersebut maka kita perlu akur kepada pilihannya tetapi dengan syarat pilihan itu tidak akan merosakkan dirinya sendiri. Sama juga nama-nama calon boleh menang boleh sahaja diatur, boleh sahaja dicadangkan tetapi bergantunglah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan, dan pastinya Perdana Menteri mempunyai cara tertentu untuk mengenalpasti calon-calon yang benar-benar boleh menang.

Marilah kita berdoa bersama-sama agar calon boleh menang akan memastkan negara MALAYSIA akan terus kekal selamanya dan berdoa agar Perdana Menteri diberikan ilham terbaiik untuk memilih calon-calon.

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete