Macam lagu rasanya ialah lagu daripada nyanyian DJ Dave, menjelang hari raya tapi yang ini lebih kepada menjelang PRU ke 13. Apa yang istimewanya perbincangan dimulakan dengan PRU ke 13. Banyak istimewanya atau banyak kepentingannya. Dalam sebuah negara membangun pemilihan kepada kerajaan yang disandarkan kepada Demokrasi Raja Berpelembagaan memainkan peranan yang penting. Demokrasi yang kita amalkan adalah berbeza dengan mana-mana negara lain dalam dunia ini. Raja sebagai Kepala Utama Negara dinyatakan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut ...hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan....Kemudian dalam Perkara 39 Kuasa Pemertintah Persekutuan disebut .....Kuasa Pemerintah terletak kepada Yang di Pertuan Agong. Dinyatakan juga YDP Agong pada melaksanakan tugasnya melantik seorang Perdana Menteri pada melaksanakan tugas-tugasnya. Wow, susah rasanya nak memahami bahasa Undang-undang kan tapi yang pastinya YDP Agong adalah pemerintah kepada negara ini dan melaksanakan tugasnya adalah Perdana Menteri yang dilantik.
Kenapa ni, kenapa tiba-tiba kita membincangkan tentang Pemerinah, tadi kata nak bincang tentang PRU ke 13 kenapa tiba-tiba kita membincangkan peranan Yang di Pertuan Agong. Sebabnya ini merupakan fakta yang tidak boleh kita ketepikan tambahan pula Sultan Mizan Zainal Abidin YDP Agung ke 13 akan digantikan pada 13 Dis 2011. Jadi perbincangan lebih kepada intro kepada diskusi kita.
Perbincangan seterusnya adalah tentang patriotik, perkataan yang mudah untuk diucapkan tetapi sukar untuk diimplimentasikan. Sayang dan bangganya kita sebagai rakyat Malaysia adalah luas, kita sayangkan negara kita, kita sayangkan segalanya yang menjadi simbol kepada keutuhan dan keunikan negara kita. Melihat kepada isu-isu yang dimainkan di dalam media baru atau media alternatif terhadap PRU ke 13 memperlihatkan sedikit cemas dan takut. Cemas dan takut kerana adakah negara kita akan terus kekal stabil sebelum atau selepas PRU. Takut kerana kehancuran inilah yang ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk menjahanamkan kestabilan negara kita.
Harap-harap tidak begitu, semoga Allah swt akan tetap memastikan kemakmuran dalam negara kita dan berharap segala musibah akan dapat dielakkan. Untuk menjatuhkan sesuatu adalah mudah tetapi untuk membangunkannya adalah sukar. Perhatikan Iran, Iraq, Libya, Egypt dan lain-lain negara yang menghadapi konflik. 1Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia adalah wajar untuk memastikan negara akan terus kekal stabil selamanya, perlu diingat kita lebih rapuh dibandingkan dengan negara-negara yang bergolak kerana mereka terdiri dari sebahagian besar satu bangsa satu agama satu budaya tetapi berbeza dengan kita. Salam.
No comments:
Post a Comment
Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete