Total Pageviews
Thursday, 28 March 2013
PERBEZAAN UMNO PAS DAN PKR
MEMPERJUANGKAN ISLAM. UMNO sebagai Parti Islam dibuktikan :
a) Menolak penubuhan Malayan Union 1946, kerana sedar jika Malayan Union diteruskan kuasa Sultan dan Islam akan turut berkubur.
b) Islam di dalam perlembagaan negara - perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan. bahawa islam merupakan agama persekutuan. sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
c) Memeperjuangkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam.
d) Menolak amalan kebebasan beragama dan LGBT.
e) Memimpin Organisation of Islamic Cooperation (OIC).
PAS membuktikan hanya nama Parti Islam SeMalaysia dengan kaedah:
a) Memainkan kerajaan BN tidak mahu melaksanakan hokum hudud.
b) Keliru diperingkat awal berhubung penggunaan kalimah Allah.
c) Mentafsir al quran mengikut kepentingan sendiri.
d) Mencetuskan fenomena amanat Hj Hadi yang memecah belahkan umat Islam hingga ke hari ini.
PKR bukan parti Islam sebab itu bersetuju dengan LGBT, bersetuju dengan kebebasan beragama dan tak bersetuju dengan nama Allah boleh diguna sesiapa aje.
MENJAGA KEAMANAN DAN KEDAULATAN NEGARA. UMNO Menjaga kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta. Mencipta perpaduan Negara dengan mewujudkan Gagasan 1Malaysia. PAS pula pernah menghuru harakan Negara melalui insiden Memali dengan mempengaruhi penduduk Memali untuk menyerang kerajaan. PKR pula mewujudkan suasana tidak aman kepada Negara dengan cara:
a) Menghuru harakan Negara dengan demonstrasi BERSIH dan HKR. b) Menjemput orang luar untuk campurtangan dalam politik dan keselamatan Negara dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam BERSIH. c) Menjemput senator dari Australia untuk campurtangan dalam sistem Pilihanraya Negara sedangkan SPR memang menjemput pemerhati dari Negara luar dan kita sudah 12 kali melaksanakan PRU. d) Mencemuh Negara menerusi media luar.
e) Memburuk-burukkan Negara di Negara luar. f) Si Kitul moden. g) Dituduh terlibat dalam insiden Lahad Datu. MATLAMAT PERJUANGAN YANG JELAS. UMNO bersikap adil terhadap seluruh rakyat Negara ini sebagai pemimpn utama dalam komponen parti BN. Dibuktikan:
a) Pembahagian kek yang sama ‘smart partner ship’ sejak 1955. Contoh kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon Cina dan India.
b) Sedar keamanan Negara adalah agenda utama, sebagai pemimpin utama pembahagian kerusi jawatan Menteri di dalam kabinet diatur berdasarkan kepada keputusan majoriti.
c) Memastikan Perdana Menteri adalah dari UMNO sebagai parti utama di dalam BN dan ini dipersetujui sejak 1955 lagi. PAS pula tidak punya keinginan besar di dalam perjuangan dibuktikan:
a) Lebih bertumpu di kawasan pengundi Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu.
b) Bertanding hanya sekitar kurang dari 1/3 keseluruhan kerusi parlimen seperti 66 kerusi daripada 222 kerusi semasa PRU ke 12.
c) Tidak mampu menjadi pemimpin utama di dalam pembangkang kerana majority kecil di peringkat parlimen – maksudnya tidak mampu menjadi Perdana Menteri Islam.
d) Mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh rakan kongsi terutama arahan daripada PKR. PKR pula punya keinginan terlalu besar di dalam perjuangan:
a) Sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan sanggup menghancurkan Negara contoh BERSIH dan HKR.
b) Merasakan mereka pemimpin utama sedangkan mereka merupakan parti paling muda.
c) Untuk menang mereka tidak sedar mereka diperkudakan.
d) Keliru dengan perjuangan, siapa yang memimpin parti Presiden ke atau Penasihat.
e) Penasihat parti berangan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sedar akan diperkudakan oleh rakan kongsi terutamanya DAP.
f) Akan menjadi puppet PM. PEMIMPIN HEBAT menerusi UMNO Pemimpin hebat menerusi:
a) Melahirkan pemimpin hebat yang berjaya mengegarkan dunia menerusi OIC, NAM, ASEAN dll.
b) Melahirkan pemimpin yang dihormati seantero dunia kerana Berjaya menjadikan Malaysia sebuah Negara membangun bergerak dengan laju untuk menjadi Negara maju.
c) Role model kepada Negara Membangun lainnya.
d) ‘Berlari’ dengan laju meninggalkan Negara yang merdeka sama dan awal dari Negara kita.
e) Tidak mengamalkan nepotisme kerana punya pemimpin pelapis yang hebat. PAS pula tidak pasti dengan kepimpinan mereka:
a) Nasharudin Mat Isa, Hassan Ali, Zulkifli Nordin dan ramai lagi tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan PAS.
b) Nik Aziz dan Nik Abduh bukti kepada amalan nepotisme kerana tiadanya pelapis pemimpin.
c) Mengekalkan Nik Aziz menjadi MB selama lebih daripada 22 tahun sedangkan semasa Tun Dr M menjadi PM selama 22 tahun dikatakan sudah terlalu lama. PKR juga tidak pasti dengan kepimpinan mereka:
a) Pengamal nepotisme yang utama – Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah menguasai carta utama kepimpinan PKR.
b) Menyokong pemimpin yang mengamalkan kebebasan beragama.
c) Menyokong pemimpin yang mengamalkan pluralism dan LGBT.
d) Berkawan dengan pemimpin Negara luar untuk memburukkan Negara.
bersambung......
Saturday, 16 March 2013
SEMPURNA KAH ANDA PAK JENERAL ???
Aku tak faham betul la...kenapa la isu ini boleh timbul...lepas sorang-sorang jeneral berpaling tadah dan menjadi pengkhianat kepada negara. Aku ingatkan pembangkang je yang sampai tergamak mengutuk, membongkar dan memperlekehkan sistem pertahanan negara. Ingatkan pembangkang sahaja yang tak prihatin kepada sistem keselamatan negara. Mengemukakan persoalan demi persoalan sehingga negara-negara luar boleh membuaat penilaian kepada kekuatan pertahanan kita.
Tapi tindakan pak Jeneral kita mendedahkan perkara-perkara yang tidak betul tentang urusan Kementerian Pertahanan dalam ceramah-ceramah mereka memperlihatkan betapa teruknya mereka sanggup memburukkan tempat cari makan mereka, tempat mereka membesarkan anak mereka hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan agenda gila pembangkang. Aku bukan askar tetapi sebagai anak askar dan aku sayangkan bapa aku dan profesionnya dan terlebih utama aku sayangkan negara Malaysia yang tercinta aku nak tanya beberapa persoalan kepada pak Jeneral.
Soalan pertama ? tidak kah pernah terfikir di dalam otak pak Jeneral bahawa anda diperkudakan oleh pembangkang terutama Si Anwar Ibrahim.
Soalan kedua ? tidak adakah perasaan sayangkan negara hingga sanggup mendedahkan aset-aset pertahanan negara kepada umum.
Soalan ketiga ? tahukah anda bahawa anda dahulu merupakan pentadbir di Kementerian Pertahanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa sahaja pembelian peralatan di MINDEF. Kalau betul MINDEF salah kenapa dahulu tidak ditegur. Tak pernah dengar pun anda mengatakan tidak setuju. Diam sahaja. Diam tu maksudnaya setuju.
Soalan keempat ? apa sebenarnya yang anda nak cari menjaja cerita tak benar ni di pentas pembangkang. Anda ada platform lain kan untuk menyuarakan apa sahaja kesilapan jika ada, persatun bekas tentera, Jabatan Veteran Tentera rasanya tempat sesuai untuk anda luahkan jika anda mengesan ketidak benaran....tapi sekali lagi kenapa masa berkhidmat, anda ada kuasa tak gunakan kuasa..
Soalan kelima ? anda nak cari populariti ke...untuk nak menunjukkan pada orang lain bahawa anda hebat oleh itu pilihlah anda untuk jadi calon PRU. Yang ini pertama sekali rasanya sukar untuk anda jadi calon kerana : -
a. Ramai lagi ahli parti yang sudah lama menjadi ahli memasang impian untuk menjadi calon PRU, kalau setakat Jeneral yang baru masuk politik cakap pun tak pandai....rasanya susahlah kan.
b. Ramai lagi pesara tentera yang lebih awal masuk pembangkang tidak akan mengizinkan anda untuk dipilih jadi calon. Kapten, Mejar ramai yang masuk pembangkang lebih awal pastinya tidak mengizinkan ini berlaku. Diluar (dalam parti) anda adalah sama seperti ahli parti lain.
c. Anuwar Ibrahim juga pastinya tidak akan memilih anda menjadi calon kerana dia pengamal kronisme dan nepotisme yang paling hebat. Siapa awak pak Jeneral, awak hanyalah seorang bekas Jeneral yang digunakan untuk menarik sokongan bekas tentera. Itu sahaja, sumbangan di dalam pembangkang sifar...tengok je la Anuwar hanya melantik Isteri, anak dan kawan-kawan sekutunya sesuai dengan pengamalan nepotisme dan kronisme.
Soalan keenam ? pernah tak anda cermin cermin kan diri anda. melihat bahawa anda tidak hebat, tidak pandai berpidato, tidak pandai bekerja. pernah tak....
Soalan ketujuh ? pernah anda bertanya diri anda kenapa aku menghina pasukan keselamatan - berperang dari tangga rumah orang dan pernah kah anda bertanya diri anda kenapa aku bersetuju dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakann kematian pasukan keselamatan adalah sandiwara. Pernahkah anda bertanya diri anda kenapa anda biarkan Nurul Izah mengutuk pasukan keselamatan, pernahkah anda terasa bahawa mengutuk pasukan keselamatan sama seperti mengutuk diri anda sendiri.
Soalan ke lapan ? tak takutkah anda, pernah disayangi dan dihormati oleh anak-anak buah anda kerana tindakan anda memburukkan MINDEF dan menghina mereka yang berkorban di Lahad Datu anda akan dihina dikutuk oleh anak-anak buah anda sendiri....dan akhir sekali soalan aku.
Soalan ke sembilan ? pernah anda bertanya diri anda, adakah aku bersyukur dengan apa yang aku telah perolehi di dalam karier tentera aku...tidak semua orang mampu menjadi jeneral...tetapi akau sampai ke tahap itu dan tidak sepatutnya aku melakukan perbuatan terkutuk ini......
Monday, 7 January 2013
HIMPUNAN JAHANAMKAN NEGARA DAN RAKYAT
ADA FAEDAH KE HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT?
Tidak Ada Langsung, Yang Ada Hanyalah: Merugikan Masa Rihat Kita Dan Keluarga, Bukankah Bagus Masa Ini Kita Beristirehat Bersama Keluarga Dari Menghabiskan Masa Berhimpun Yang Hanya Memenatkan Kita.
Membahayakan Keselamatan Kita Kerana Provokasi Anwar Akan Menyebabkan Polis Terpaksa Bertindak.
Tolong Menghancurkan Negara Kerana Pastinya Provokasi Yang Dicipta Oleh Anwar Ibrahim Dan Konco-Konco Nya Semasa Himpunan Akan Menyebabkan Negara Ini Hancur.
Negara Luar Akan Melihat Malaysia Sebuah Negara Yang Tidak Aman. Kebangkitan
Arab Spring Tidak Seharusnya Diikuti Oleh Rakyat Negara Ini Kerana Nasib Yang Dialami Oleh Orang Arab Tidak Sama. Rakyat Negara Ini Dijaga Sebaik Mungkin Sedangkan Rakyat Arab Dinafikan Dari Segala Sudut Ekonomi Dan Sosial.
Orang Islam Adalah Orang Ganas Dan Gasar, Walaupun Pembangkang Mengatakan Perjuangan Mereka Disokong Oleh Orang Barat.
Negara Luar Suka Kita Bergaduh Dan Berbalah (Agenda Negara Luar Dan Kuasa Besar) Supaya Bila Kita Hancur Kita Akan Meminta Bantuan Dari Negara Luar Dan Senang Lah Mereka Untuk Masuk ‘Menjajah’ Negara Ini.
TIDAK SAYANGKAH KITA KEPADA NEGARA MALAYSIA TERCINTA
WAJARKAH HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT?
Pembangkang Diketuai Oleh Anwar Ibrahim Memang Gila Dan Memang Tidak Sayangkan Negara Ini. Kenapa Dibabitkan Seluruh Rakyat Yang Tidak Berdosa Untuk Terlibat Sama Dengan Agenda Gilanya. Anwar Dan Kroni-Kroninya Pun Tak Sempurna (Perfect) Ada Hati Nak Betulkan Sistem Negara Ini Yang Sememangnya Diiktiraf Antara Terbaik Di Dunia.
Apa Lagi Yang Tertangguh Yang Pembangkang Nak Perjuangkan, Kalau Nak Perbetulkan Sisitem Pilihanraya Yang Mereka Sifatkan Tak Adil, Emm Mereka Lagi Tak Adil, Lihat Sahaja Dap Dalam Pemilihan Cec, Selepas 3 Minggu Pemilihan Baru Mereka Katakan Terdapat Kesilapan Undian Ke Atas Pemilihan. Betul Ke…Atau Sebenarnya Hanya Nak Kelabui Mata Orang Melayu Bahawa Mereka Adalah Parti Pelbagai Bangsa Jadi Perlu Dilantik Secara Tipu Orang Melayu Dalam Cec.
Apa Lagi Yang Tak Betulnya…..Nak Tunjukkan Bahawa Pembangkang Adalah Gading Yang Tidak Retak Atau Nak Tunjukkan Bahawa Pembangkang Bumi Yang Tidak Ditimpa Hujan. Ha Ha Ha Gelak Sama-Sama…Ideal Sangat Ke Pembangkang Ni Seolah-Olah Anwar Ibrahim Hebat… Pembangkang Lihat La Diri Anda Sendiri Sampai Sekarang Pun Tak Putus, Siapa Nak Jadi Pm Kalau Menang.
Anwar Ibrahim Ke Hadi Awang Ke Atau Mungkin Ada Calon Lain. Lihat Pula Nak Puaskan Hati Pilih Lah Tpm Dari Semua Kaum…Cina, India, Dan Segala Masyarakat Etnik Di Sabah Dan Sarawak. Pirah Pembangkang…Semua Tak Kena Semua Tak Betul…Paku Dulang Paku Serpih, Kata Orang Dia Yang Lebih.
Berbalik Kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat, Seluruh Rakyat Malaysia Jangan Lah Terpengaruh Dengan Janji-Janji Himpunan Kononnya Aman, Kononya Tak De Unsur-Unsur Provokasi, Kononya Untuk Membetulkan Keadaan. Kalau Ada Niat Untuk Turut Serta Cepat-Cepat Batalkan Niat Dan Lihat Apa Yang Terjadi Masa Bersh 3.0 Hari Itu. Apa Faedah Kepada Rakyat Hasil Daripada Bersih 3.0. Tidak Ada…Sama Seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat Yang Akan Diperolehi Ialah:
Negara Akan Hancur Kerana Provokasi Yang Pastinya Akan Dicipta Oleh Anwar Ibrahim Dan Konco-Konco Nya.
Negara Luar Akan Melihat Malaysia Sebuah Negara Yang Tidak Aman. Jangan Terpengaruh Dengan Arab Spring. Kebangkitan Arab Spring Kerana Rakyat Arab Dinafikan Dari Segala Sudut Ekonomi Dan Sosial Sedangkan Di Negara Ini Rakyat Dijaga….Janji Ditepati.
Betullah Bahawa Orang Islam Dan Negara Islam Rakyatnya Suka Melakukan Demonstrasi Ganas – Pada Pandangan Orang-Orang Barat.
Mereka Suka Kita Bergaduh Dan Berbalah (Agenda Negara Luar Dan Kuasa Besar) Supaya Bila Kita Hancur Kita Akan Meminta Bantuan Dari Negara Luar Dan Senang Lah Mereka Untuk Masuk ‘Menjajah’ Negara Ini.
Anwar Ibrahim Dan Konco-Konconya Bersifat Membuka Pekung Di Dada, Meludah Ke Langit Terkena Batang Hidungnya Sendiri. Apabila Dia Bertindak Meminta Bantuan Dari Negara Luar…Tapi Inilah Favouritenya….. Anwar Ingin Menjadikan Himpunan Ini Sebagai Platform Terakhir Untuk Memporak Perandakan Negara Sebelum Pru Ke 13 Akan Datang. Padanya Menang Jadi Arang Kalah Jadi Abu…Peduli Apa Aku Pada Malaysia Janji Aku Jadi PM Walaupun Degan Cara Kekerasan
KERANA ITU JANGAN TERLIBAT DENGAN HIMPUNAN SEJUTA RAKYAT….SAYANGI NEGARA….SAYANGI KELUARGA…..ADAKAH ANDA INGINKAN NEGARA INI HANCUR DENGAN MENYOKONG PERJUANGAN PEMBANGKANG.
Sunday, 18 November 2012
HADI AWAMG PM, ANWAR IBRAHIM TPM1, LIM KIT SIANG TPM 2 ?
Kecoh dalam muktamar PAS kata Presiden PAS akan jadi PM jika pembangkang menang dalam PRU akan datang. Siapa yang buat kecoh...pastinya pihak pembangkang sendiri yang mempertikaikan niat Presiden PAS tu. Ye la pastinya Anuwar Ibrahim tidak akan setuju kerana ini yang diperjuangkan sejak dahulu, hanya dia sahaja yang layak menjadi PM tidak orang lain. Kenapa Anuwar Ibrahim rasa dia sepatutnya jadi PM :
Mungkin Anuwar Ibrahim tidak percaya kemampuan Hadi Awang kerana dia tahu orang PAS hanya tahu baca khutbah dan bagi ceramah agama aje, mana mampu nak tadbir negara ini, tambahan pula kalau PAS memerintah nanti mereka akan terpaksa laksanakan hukum hudud PAS kerana ini janji mereka sebelum PRU. Jadi niat Anuwar ialah untuk tolong selesaikan janji Hudud yang mungkin PAS tak mampu laksanakan dengan cara biarlah dia berkorban menjadi PM. Lagipun baik PKR atau DAP rancangan mereka hanya untuk mengkudakan atau mengkeldaikan PAS sahaja. Jadi akhirnya ada harapan ke PAS untuk lantik Presidennya sebagai PM.
Saturday, 10 November 2012
OBAMA TOLONG NAJIB???
Betul ke ni, sama ke macam situasi Anwar Ibrahim ditolong oleh penyangak matawang Soros,atau kawan-kawan Anwar yang datang dari negara uncle Sam
....jangan salah faham dan salah sangka. Obama tidak pernah menolong Dato Sri Najib dan pastinya PM tidak mahu juga termakan budi kerana tahu akibatnya. Kerana budi tergadai body.Cuma kematangan rakyat Amerika dalam memilih Presiden mereka yang merupakan pertolongan secara tidak langsung Obama kepada Dato Sri Najib.
Kemenangan Obama adalah bukti rakyat Amerika tidak mahu melakukan "trial and error", mereka inginkan kemakmuran ekonomi dan kestabilan negara mereka akan terus kekal selamanya, dan inilah yang harus dilihat oleh rakyat Malaysia. Tidak perlu membuat percubaan dalam keadaan negara kita sudah cukup stabil ekonomi, politik, keselamatan dan sosialnya.
Mungkin Obama akan berkata kepada Dato Seri Najib " g Najib harap-harap kau dan BN akan menang dalam PRU ke 13 dan membentuk kerajaan yang kukuh supaya hubungan antara Malaysia dan Amerika akan terus memberi faedah kepada kedua-dua negara.
MENANG OBAMA MENANG DATO SRI NAJIB DAN BN!!!
DATO SERI NAJIB MENANG LAWAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM??
Ini lah keputusan yang dinantikan oleh ramai orang. Aku tahu banyak kajian dilakukan untuk menilai populariti dua pemimpin ini. Perdana Menteri vs Ketua Pembangkang, inilah yang dinantikan oleh ramai massa di luar sana. Mari kita tengok kekuatan dan kelemahan kedua-dua individu ini untuk melihat siapa sebenarnya yang mampu menerajui negara ini. Perbincangan akan melihat pada aspek berikut:
Keutamaan mempertahankan Kedudukan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Mempertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi negara ini, Mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Ini asas perbincangan.
Kita lihat kekuatan Dato Seri Najib dibanding dengan Anwar Ibrahim.
Jika dilihat kepada apa yang dipaparkan jelas memperlihatkan pertuduhan dan dakwaan ke atas Anwar Ibrahim mencerminkann dirinya, seorang individu semasa mudanya oportunis, masuk UMNO kerana melihat UMNO sahaja platformnya untuk berjaya sebagai PM. Sebab itu apabila beliau disingkirkan beliau tetap berhasrat dan melakukan apa sahaja untuk mencapai agendanya. Tak peduli samada dia menggadaikan negara atau tidak. Sanggup menolak Tun Ghafar Baba semata-mata memikirkan beliau lebih layak sebagai Timb Presiden UMNO dan TPM Malaysia sedangkan beliau sepatutnya menunggu.
Sanggup menggandai maruah perjuangan orang Melayu semata-mata meraih populariti. Jika dilihat kepada PM, beliau seorang yang sabar dalam perjuangan. Tidak bertindak kurang ajar dan tidak menongkah arus. Beliau menerima sahaja keputusan PM pada masa itu untuk melantik Tun Abdullah sebagai pengganti Anwar sedangkan beliau merupakan Naib Presiden yang mendapat kedudukan pertama ketika itu dan Tun Abdullah di tempat ketiga. Percaya itu keputusan terbaik untuk parti dan negara. Dato Seri Najib tetap berusaha untuk memastikan orang Melayu bersatu dan mendapat segalanya untuk kejayaan orang Melayu.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak kepada Perdana Menteri kedua negara akan memperolehi kejayaan gemilang di dalam PRU akan datang untuk membolehkan beliau memacu negara ini ke arah wawasan 2020 dan memastikan orang Melayu akan terus terbela di samping kaum-kaum lain akan hidup dengan aman di negara Malaysia tercinta.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)