Total Pageviews

Saturday, 16 March 2013

SEMPURNA KAH ANDA PAK JENERAL ???

Aku tak faham betul la...kenapa la isu ini boleh timbul...lepas sorang-sorang jeneral berpaling tadah dan menjadi pengkhianat kepada negara. Aku ingatkan pembangkang je yang sampai tergamak mengutuk, membongkar dan memperlekehkan sistem pertahanan negara. Ingatkan pembangkang sahaja yang tak prihatin kepada sistem keselamatan negara. Mengemukakan persoalan demi persoalan sehingga negara-negara luar boleh membuaat penilaian kepada kekuatan pertahanan kita. Tapi tindakan pak Jeneral kita mendedahkan perkara-perkara yang tidak betul tentang urusan Kementerian Pertahanan dalam ceramah-ceramah mereka memperlihatkan betapa teruknya mereka sanggup memburukkan tempat cari makan mereka, tempat mereka membesarkan anak mereka hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan agenda gila pembangkang. Aku bukan askar tetapi sebagai anak askar dan aku sayangkan bapa aku dan profesionnya dan terlebih utama aku sayangkan negara Malaysia yang tercinta aku nak tanya beberapa persoalan kepada pak Jeneral. Soalan pertama ? tidak kah pernah terfikir di dalam otak pak Jeneral bahawa anda diperkudakan oleh pembangkang terutama Si Anwar Ibrahim. Soalan kedua ? tidak adakah perasaan sayangkan negara hingga sanggup mendedahkan aset-aset pertahanan negara kepada umum. Soalan ketiga ? tahukah anda bahawa anda dahulu merupakan pentadbir di Kementerian Pertahanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa sahaja pembelian peralatan di MINDEF. Kalau betul MINDEF salah kenapa dahulu tidak ditegur. Tak pernah dengar pun anda mengatakan tidak setuju. Diam sahaja. Diam tu maksudnaya setuju. Soalan keempat ? apa sebenarnya yang anda nak cari menjaja cerita tak benar ni di pentas pembangkang. Anda ada platform lain kan untuk menyuarakan apa sahaja kesilapan jika ada, persatun bekas tentera, Jabatan Veteran Tentera rasanya tempat sesuai untuk anda luahkan jika anda mengesan ketidak benaran....tapi sekali lagi kenapa masa berkhidmat, anda ada kuasa tak gunakan kuasa.. Soalan kelima ? anda nak cari populariti ke...untuk nak menunjukkan pada orang lain bahawa anda hebat oleh itu pilihlah anda untuk jadi calon PRU. Yang ini pertama sekali rasanya sukar untuk anda jadi calon kerana : - a. Ramai lagi ahli parti yang sudah lama menjadi ahli memasang impian untuk menjadi calon PRU, kalau setakat Jeneral yang baru masuk politik cakap pun tak pandai....rasanya susahlah kan. b. Ramai lagi pesara tentera yang lebih awal masuk pembangkang tidak akan mengizinkan anda untuk dipilih jadi calon. Kapten, Mejar ramai yang masuk pembangkang lebih awal pastinya tidak mengizinkan ini berlaku. Diluar (dalam parti) anda adalah sama seperti ahli parti lain. c. Anuwar Ibrahim juga pastinya tidak akan memilih anda menjadi calon kerana dia pengamal kronisme dan nepotisme yang paling hebat. Siapa awak pak Jeneral, awak hanyalah seorang bekas Jeneral yang digunakan untuk menarik sokongan bekas tentera. Itu sahaja, sumbangan di dalam pembangkang sifar...tengok je la Anuwar hanya melantik Isteri, anak dan kawan-kawan sekutunya sesuai dengan pengamalan nepotisme dan kronisme. Soalan keenam ? pernah tak anda cermin cermin kan diri anda. melihat bahawa anda tidak hebat, tidak pandai berpidato, tidak pandai bekerja. pernah tak.... Soalan ketujuh ? pernah anda bertanya diri anda kenapa aku menghina pasukan keselamatan - berperang dari tangga rumah orang dan pernah kah anda bertanya diri anda kenapa aku bersetuju dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakann kematian pasukan keselamatan adalah sandiwara. Pernahkah anda bertanya diri anda kenapa anda biarkan Nurul Izah mengutuk pasukan keselamatan, pernahkah anda terasa bahawa mengutuk pasukan keselamatan sama seperti mengutuk diri anda sendiri. Soalan ke lapan ? tak takutkah anda, pernah disayangi dan dihormati oleh anak-anak buah anda kerana tindakan anda memburukkan MINDEF dan menghina mereka yang berkorban di Lahad Datu anda akan dihina dikutuk oleh anak-anak buah anda sendiri....dan akhir sekali soalan aku. Soalan ke sembilan ? pernah anda bertanya diri anda, adakah aku bersyukur dengan apa yang aku telah perolehi di dalam karier tentera aku...tidak semua orang mampu menjadi jeneral...tetapi akau sampai ke tahap itu dan tidak sepatutnya aku melakukan perbuatan terkutuk ini......

No comments:

Post a Comment

Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete