Total Pageviews

Thursday, 28 March 2013

PERBEZAAN UMNO PAS DAN PKR

MEMPERJUANGKAN ISLAM. UMNO sebagai Parti Islam dibuktikan : a) Menolak penubuhan Malayan Union 1946, kerana sedar jika Malayan Union diteruskan kuasa Sultan dan Islam akan turut berkubur. b) Islam di dalam perlembagaan negara - perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan. bahawa islam merupakan agama persekutuan. sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. c) Memeperjuangkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam. d) Menolak amalan kebebasan beragama dan LGBT. e) Memimpin Organisation of Islamic Cooperation (OIC). PAS membuktikan hanya nama Parti Islam SeMalaysia dengan kaedah: a) Memainkan kerajaan BN tidak mahu melaksanakan hokum hudud. b) Keliru diperingkat awal berhubung penggunaan kalimah Allah. c) Mentafsir al quran mengikut kepentingan sendiri. d) Mencetuskan fenomena amanat Hj Hadi yang memecah belahkan umat Islam hingga ke hari ini. PKR bukan parti Islam sebab itu bersetuju dengan LGBT, bersetuju dengan kebebasan beragama dan tak bersetuju dengan nama Allah boleh diguna sesiapa aje. MENJAGA KEAMANAN DAN KEDAULATAN NEGARA. UMNO Menjaga kedaulatan Negara Malaysia yang tercinta. Mencipta perpaduan Negara dengan mewujudkan Gagasan 1Malaysia. PAS pula pernah menghuru harakan Negara melalui insiden Memali dengan mempengaruhi penduduk Memali untuk menyerang kerajaan. PKR pula mewujudkan suasana tidak aman kepada Negara dengan cara: a) Menghuru harakan Negara dengan demonstrasi BERSIH dan HKR. b) Menjemput orang luar untuk campurtangan dalam politik dan keselamatan Negara dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam BERSIH. c) Menjemput senator dari Australia untuk campurtangan dalam sistem Pilihanraya Negara sedangkan SPR memang menjemput pemerhati dari Negara luar dan kita sudah 12 kali melaksanakan PRU. d) Mencemuh Negara menerusi media luar. e) Memburuk-burukkan Negara di Negara luar. f) Si Kitul moden. g) Dituduh terlibat dalam insiden Lahad Datu. MATLAMAT PERJUANGAN YANG JELAS. UMNO bersikap adil terhadap seluruh rakyat Negara ini sebagai pemimpn utama dalam komponen parti BN. Dibuktikan: a) Pembahagian kek yang sama ‘smart partner ship’ sejak 1955. Contoh kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon Cina dan India. b) Sedar keamanan Negara adalah agenda utama, sebagai pemimpin utama pembahagian kerusi jawatan Menteri di dalam kabinet diatur berdasarkan kepada keputusan majoriti. c) Memastikan Perdana Menteri adalah dari UMNO sebagai parti utama di dalam BN dan ini dipersetujui sejak 1955 lagi. PAS pula tidak punya keinginan besar di dalam perjuangan dibuktikan: a) Lebih bertumpu di kawasan pengundi Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu. b) Bertanding hanya sekitar kurang dari 1/3 keseluruhan kerusi parlimen seperti 66 kerusi daripada 222 kerusi semasa PRU ke 12. c) Tidak mampu menjadi pemimpin utama di dalam pembangkang kerana majority kecil di peringkat parlimen – maksudnya tidak mampu menjadi Perdana Menteri Islam. d) Mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh rakan kongsi terutama arahan daripada PKR. PKR pula punya keinginan terlalu besar di dalam perjuangan: a) Sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan sanggup menghancurkan Negara contoh BERSIH dan HKR. b) Merasakan mereka pemimpin utama sedangkan mereka merupakan parti paling muda. c) Untuk menang mereka tidak sedar mereka diperkudakan. d) Keliru dengan perjuangan, siapa yang memimpin parti Presiden ke atau Penasihat. e) Penasihat parti berangan untuk menjadi Perdana Menteri tetapi tidak sedar akan diperkudakan oleh rakan kongsi terutamanya DAP. f) Akan menjadi puppet PM. PEMIMPIN HEBAT menerusi UMNO Pemimpin hebat menerusi: a) Melahirkan pemimpin hebat yang berjaya mengegarkan dunia menerusi OIC, NAM, ASEAN dll. b) Melahirkan pemimpin yang dihormati seantero dunia kerana Berjaya menjadikan Malaysia sebuah Negara membangun bergerak dengan laju untuk menjadi Negara maju. c) Role model kepada Negara Membangun lainnya. d) ‘Berlari’ dengan laju meninggalkan Negara yang merdeka sama dan awal dari Negara kita. e) Tidak mengamalkan nepotisme kerana punya pemimpin pelapis yang hebat. PAS pula tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Nasharudin Mat Isa, Hassan Ali, Zulkifli Nordin dan ramai lagi tidak bersetuju dengan barisan kepimpinan PAS. b) Nik Aziz dan Nik Abduh bukti kepada amalan nepotisme kerana tiadanya pelapis pemimpin. c) Mengekalkan Nik Aziz menjadi MB selama lebih daripada 22 tahun sedangkan semasa Tun Dr M menjadi PM selama 22 tahun dikatakan sudah terlalu lama. PKR juga tidak pasti dengan kepimpinan mereka: a) Pengamal nepotisme yang utama – Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah menguasai carta utama kepimpinan PKR. b) Menyokong pemimpin yang mengamalkan kebebasan beragama. c) Menyokong pemimpin yang mengamalkan pluralism dan LGBT. d) Berkawan dengan pemimpin Negara luar untuk memburukkan Negara. bersambung......

Saturday, 16 March 2013

SEMPURNA KAH ANDA PAK JENERAL ???

Aku tak faham betul la...kenapa la isu ini boleh timbul...lepas sorang-sorang jeneral berpaling tadah dan menjadi pengkhianat kepada negara. Aku ingatkan pembangkang je yang sampai tergamak mengutuk, membongkar dan memperlekehkan sistem pertahanan negara. Ingatkan pembangkang sahaja yang tak prihatin kepada sistem keselamatan negara. Mengemukakan persoalan demi persoalan sehingga negara-negara luar boleh membuaat penilaian kepada kekuatan pertahanan kita. Tapi tindakan pak Jeneral kita mendedahkan perkara-perkara yang tidak betul tentang urusan Kementerian Pertahanan dalam ceramah-ceramah mereka memperlihatkan betapa teruknya mereka sanggup memburukkan tempat cari makan mereka, tempat mereka membesarkan anak mereka hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan agenda gila pembangkang. Aku bukan askar tetapi sebagai anak askar dan aku sayangkan bapa aku dan profesionnya dan terlebih utama aku sayangkan negara Malaysia yang tercinta aku nak tanya beberapa persoalan kepada pak Jeneral. Soalan pertama ? tidak kah pernah terfikir di dalam otak pak Jeneral bahawa anda diperkudakan oleh pembangkang terutama Si Anwar Ibrahim. Soalan kedua ? tidak adakah perasaan sayangkan negara hingga sanggup mendedahkan aset-aset pertahanan negara kepada umum. Soalan ketiga ? tahukah anda bahawa anda dahulu merupakan pentadbir di Kementerian Pertahanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa sahaja pembelian peralatan di MINDEF. Kalau betul MINDEF salah kenapa dahulu tidak ditegur. Tak pernah dengar pun anda mengatakan tidak setuju. Diam sahaja. Diam tu maksudnaya setuju. Soalan keempat ? apa sebenarnya yang anda nak cari menjaja cerita tak benar ni di pentas pembangkang. Anda ada platform lain kan untuk menyuarakan apa sahaja kesilapan jika ada, persatun bekas tentera, Jabatan Veteran Tentera rasanya tempat sesuai untuk anda luahkan jika anda mengesan ketidak benaran....tapi sekali lagi kenapa masa berkhidmat, anda ada kuasa tak gunakan kuasa.. Soalan kelima ? anda nak cari populariti ke...untuk nak menunjukkan pada orang lain bahawa anda hebat oleh itu pilihlah anda untuk jadi calon PRU. Yang ini pertama sekali rasanya sukar untuk anda jadi calon kerana : - a. Ramai lagi ahli parti yang sudah lama menjadi ahli memasang impian untuk menjadi calon PRU, kalau setakat Jeneral yang baru masuk politik cakap pun tak pandai....rasanya susahlah kan. b. Ramai lagi pesara tentera yang lebih awal masuk pembangkang tidak akan mengizinkan anda untuk dipilih jadi calon. Kapten, Mejar ramai yang masuk pembangkang lebih awal pastinya tidak mengizinkan ini berlaku. Diluar (dalam parti) anda adalah sama seperti ahli parti lain. c. Anuwar Ibrahim juga pastinya tidak akan memilih anda menjadi calon kerana dia pengamal kronisme dan nepotisme yang paling hebat. Siapa awak pak Jeneral, awak hanyalah seorang bekas Jeneral yang digunakan untuk menarik sokongan bekas tentera. Itu sahaja, sumbangan di dalam pembangkang sifar...tengok je la Anuwar hanya melantik Isteri, anak dan kawan-kawan sekutunya sesuai dengan pengamalan nepotisme dan kronisme. Soalan keenam ? pernah tak anda cermin cermin kan diri anda. melihat bahawa anda tidak hebat, tidak pandai berpidato, tidak pandai bekerja. pernah tak.... Soalan ketujuh ? pernah anda bertanya diri anda kenapa aku menghina pasukan keselamatan - berperang dari tangga rumah orang dan pernah kah anda bertanya diri anda kenapa aku bersetuju dengan kenyataan Tian Chua yang mengatakann kematian pasukan keselamatan adalah sandiwara. Pernahkah anda bertanya diri anda kenapa anda biarkan Nurul Izah mengutuk pasukan keselamatan, pernahkah anda terasa bahawa mengutuk pasukan keselamatan sama seperti mengutuk diri anda sendiri. Soalan ke lapan ? tak takutkah anda, pernah disayangi dan dihormati oleh anak-anak buah anda kerana tindakan anda memburukkan MINDEF dan menghina mereka yang berkorban di Lahad Datu anda akan dihina dikutuk oleh anak-anak buah anda sendiri....dan akhir sekali soalan aku. Soalan ke sembilan ? pernah anda bertanya diri anda, adakah aku bersyukur dengan apa yang aku telah perolehi di dalam karier tentera aku...tidak semua orang mampu menjadi jeneral...tetapi akau sampai ke tahap itu dan tidak sepatutnya aku melakukan perbuatan terkutuk ini......