Total Pageviews
Friday, 9 November 2012
AES MENGHUKUM PAKATAN RAKYAT ?
Betul ke AES (sistem penguatkuasaan automatik) itu menghukum PR? Persoalan yang menarik untuk dibincangkan. Kalau betul bagaimana ia boleh berlaku ? Apa kaitannya sistem penguatkuasaan yang mampu menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia dengan parti politik pembangkang. Jawapannya mudah, AES adalah bukti kerajaan yang terlalu menjaga nyawa rakyat Malaysia dan menjelaskan sikap keprihatinan kerajaan. (lihat statisik kemalangan jalanraya setiap tahun yang sentiasa mengorbankan banyak nyawa, inilah yang tidak diingikan oleh kerajaan)
Sebab tu la kenapa pembangkang beria-ia menuntut kerajaan, agar membatalkan AES sebab mereka tahu dengan pembuktian penurunan kadar kemalangan jalanraya dan pembuktian dari data kemalangan jalanraya yang berlaku di negara yang menggunakan AES maka rakyat akan sedar bahawa kerajaan adalah benar dan tidak berlakon apabila melaksanakan sesuatu perkara tidak seperti pembangkang yang tidak mempunyai modal tetapi asyik menghasut rakyat berfikir bahawa kerajaan bertindak keterlaluan.
Mana ada bapa yang tidak sayangkan anak, sama jugalah kerajaan sentiasa menyayangi rakyat negara ini dan akan memastikan yang terbaik untuk mereka. Sebab itu pelaksanaan sistem ini akan diletakkan papan tanda dan dimaklumkan di mana pemasangannya. Setakat ini 14 lokasi 'black spot' diletakkan untuk tujuan mendisiplinkan pemandu semua dan diharap pemasangan ini akan mendisiplinkan kita.
Mari kita lihat apa kata KP JPJ, dia kata sejak AES dilancarkan berlaku penurunan 22%. Kan besar peratusannya dan pastinya ia akan sentiasa menurun jika semua orang bersetuju menerimanya. Lagipun untuk berjaya perlu ada disiplin. Untuk memastikan adanya pengurangan kadar kemalangan jalanraya, maka perlu diterapkan nilai disiplin kepada pemandu di negara ini. Untuk menerapkan disiplin secara berhemah adalah sukar jadi, penerapan perlu dilakukan secara penguatkuasaan.
Jadi mari kita menyokong AES sama seperti kita menyokong kerajaan BN untuk terus kekal memberi kebaikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete