Total Pageviews
Tuesday, 22 May 2012
SIAPA SEBENAR YANG KITA CUBA PENGARUHI
Tengok tak debat antara KJ dan Rafizi Ramli. Kalau tengok maka pastinya kita akan ada persepsi sendiri siapa yang hebat atau mudahnya siapa yang akan menang..Persoalan utama yang akan dibincang ialah adakah perdebatan yang diadakan di antara dua pemimpin muda ini sebenarnya untuk mencari kebenaran, memberi peluang untuk mereka meluahkan pendapat mereka sendiri atau hanya sekadar melagakan dua individu daripada dua parti yang berbeza dan akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini lah yang kita akan lihat, benarkah pendapat yang bernas dengan fakta dan data yang cukup akan mampu mempengaruhi audien kumpulan sasar. Seperti biasa dalam senario politik negara kita, dapat kita bahagikan audien kepada 3 kumpulan, pro kerajaan, pro pembangkang dan kumpulan atas pagar. Yang mungkin menilai kebenaran pendapat dan hujah kedua-dua pendebat ini dengan cara rasional hanyalah kumpulan atas pagar yang ingin mencari kebenaran, sedangkan bagi penyokong parti kotak memori mereka menyimpan seterotype mind iaitu hanya pendebat daripda kumpulan aku sahaja yang benar sedangkan pendebat dari kumpulan satu lagi hanya memberi alasan. Jika ini memang benar berada di dalam kotak minda audien maka amat malanglah debat yang dilihat oleh kebanyakkan orang sebagai satu debat ilmiah yang boleh mencari solution kepada masalah PTPTN. Penyokong akan bersorak apabila hujah pendebat mereka menyakinkan mereka dan mengganggu hujah pendebat satu lagi. Ini lah bukti yang nyata dan jelas betapa debat PTPTN itu tidak lebih daripada sekadar menonjolkan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa mereka memang hebat berdebat.
Jadi permintaan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Anwar Ibrahim rasanya tidak akan mencapai matlamat, apa yang akan tercapai hanyalah di pihak BN akan bersetuju dengan kenyataan PM dan di peringkat pembangkang akan bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim. Cuba lihat debat terdahulu di antara Anwar Ibrahim dan Sabri Chik, jawapan yang sama selepas berakhirnya perdebatan, Anwar dikatakan menang oleh penyokong PKR sementara Sabri Chik juga dikatakan menang oleh penyokong BN, jadi kedua-duanya menang pada persepi kedua-dua penyokong.
Jadi perlu apa diadakan debat jika pendebat akan lebih bermain dengan emosi, bahasa badan dan facial expression. Jika ini digunakan sepanjang perdebatan pastinya pembangkang akan mudah memperlekehkan kerajaan kerana mereka adalah pembangkang kerja mereka adalah membangkang dan budaya membangkang tanpa membina memang sentiasa ada kepada pembangkang di Malaysia. Dan apabila ini terjadi kerajaan yang berusaha untuk memajukan negara akan dilihat seolah-olah benar tidak melaksanakan kerja mereka sedangkan ia bukan begitu. Cuba perhatikan perbezaan ceramah pembangkang yang menghentam kerajaan digemari oleh semua audiennya, dan cuba pula perhatikan ucapan pemimpin kerajaan berhubung projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, kurang sengatnya dan seolah-olah tidak minat untuk diikuti kerana tidak ada unsur-unsur mengkritik, menghina dan memperlekehkan. Jadi akhirnya debat yang diadakan bukanlah bukti kehebatan atau kebenaran kepada parti politik tetapi lebih kepada kebolehan berhujah pendebat-pendebat dari persepsi penyokong masing-masing.
Jadi siapa menang debat PTPTN begantung dari kumpulan mana mereka datang. Jadi lupakanlah tentang debat kerana masyarakat kita belum bersedia 100% untuk menjadi audien seperti di negara-negara maju. Kita perlu ukur baju di badan sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Semua orang boleh komen tapi kalau yang serius dan boleh melukakan hati orang lain admin akan delete