Total Pageviews
Thursday, 31 May 2012
KAYANYA AZMIN ALI
Pembangkang selalu mengatakan jika mereka menang dalam PRU ke 13 mereka akan memastikan kebajikan rakyat diutamakan, mereka akan memastikan apa yang diamalkan oleh Wakil Rakyat BN tidak akan diamalkan oleh mereka. Mereka akan mejadi seadil-adilnya dan sebersih-bersihnya. Walaupun adil dan bersih itu subjektif tetapi kini baru kita tahu apakah adil dan bersih yang dimaksudkan.Mari kita lihat kehidupan mewah seorang Wakil Rakyat - Azmin Ali.
Pada usia 23 tahun dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim dan kemudian pada tahun 1989 dilantik sebagai setiausaha khas kepada Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dengan gajinya pada masa itu tidak lebih RM RM2200.
Berapa pula elaunnya sebagai seorang Wakil Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. Menurut Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, elaun Ahli Parlimen Malaysia hanyalah RM6,500 sebulan cukup rendah,malah kalah kalau nak dibanding dengan apa yang Ahli Parlimen Singapura dapat yakni RM33,000 sebulan. Thailand pula RM12,000 manakala Indonesia RM18,111. Maknanya elaun sebagai Ahli Parlimen Gombak ialah RM 6,500 tunai.....
Kita tengok pula elaun sebagai ADUN. Maklumat daripada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Mac lalu (yang ke 12) telah meluluskan kenaikan elaun semua wakil rakyat di negeri itu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. Jadi dicampurkan kedua-dua gaji RM 6,500 dan RM 6,000 tidak memungkinkan Azmin untuk memiliki kenderaan mewah Ferrari. Walau dia menabung semasa menjadi Pegawai Khas dan Setiausaha Khas sekalipun tidak memungkinkan dia mampu memiliki kenderaan tersebut,
Persoalannya daripada mana datang kekayaan ini? Sebuah kereta Ferrari yang mungkin sama jenis yang saya cari di google berharga RM 648,000.00 sebuah, Ini yang paling murah ada lagi kenderaan ferrari yang lebih mahal harganya. Lihat gambar-gambar ini sebagai bukti ia merupakan kenderaan Azmin Ali.
Kedua-dua gambar ini menunjukkan Azmin Ali dan keluarga bergambar dihadapan kereta Ferrari. Berdasarkan kepada lampu dan muka hadapan kereta maka dapatlah dinyatakan bahawan inilah dia kereta Ferrari yang dimiliki oleh Azmin Ali
Kalau benar ini kereta yang dimiliki oleh Azmin Ali maka inilah harganya. Jadi persoalan saya bagaimana AP mampu membeli kereta mewah telah membuka sedikit perbincangan kita. Tapi ia masih belum dijawab dari mana punca kewangan itu, adakah ia berpunca daripada apa yang diperkatakan oleh Umi Halfida berhubung dia mempunyai bukti kekayaan Azmin Ali.
Kalau benar Azmin Ali mempunyai kekayaan sebagaimana yang ditunjukkan
maka terjawablah sedikit 'jigsaw puzzle' kekayaan Azmin Ali yang memungkinkannya memiliki Ferrari dan pastinya kekayaan itu adalah secara haram. Dan bukankah ini yang selalu dimainkan oleh pembangkang dan menjaja di lorong-lorong ceramah mereka bahawa BN korup. Azmin di dalam konteks ini bukan hanya korup tetapi juga dayus. Fikir-fikirkanlah.
Tuesday, 22 May 2012
SIAPA SEBENAR YANG KITA CUBA PENGARUHI
Tengok tak debat antara KJ dan Rafizi Ramli. Kalau tengok maka pastinya kita akan ada persepsi sendiri siapa yang hebat atau mudahnya siapa yang akan menang..Persoalan utama yang akan dibincang ialah adakah perdebatan yang diadakan di antara dua pemimpin muda ini sebenarnya untuk mencari kebenaran, memberi peluang untuk mereka meluahkan pendapat mereka sendiri atau hanya sekadar melagakan dua individu daripada dua parti yang berbeza dan akhirnya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Ini lah yang kita akan lihat, benarkah pendapat yang bernas dengan fakta dan data yang cukup akan mampu mempengaruhi audien kumpulan sasar. Seperti biasa dalam senario politik negara kita, dapat kita bahagikan audien kepada 3 kumpulan, pro kerajaan, pro pembangkang dan kumpulan atas pagar. Yang mungkin menilai kebenaran pendapat dan hujah kedua-dua pendebat ini dengan cara rasional hanyalah kumpulan atas pagar yang ingin mencari kebenaran, sedangkan bagi penyokong parti kotak memori mereka menyimpan seterotype mind iaitu hanya pendebat daripda kumpulan aku sahaja yang benar sedangkan pendebat dari kumpulan satu lagi hanya memberi alasan. Jika ini memang benar berada di dalam kotak minda audien maka amat malanglah debat yang dilihat oleh kebanyakkan orang sebagai satu debat ilmiah yang boleh mencari solution kepada masalah PTPTN. Penyokong akan bersorak apabila hujah pendebat mereka menyakinkan mereka dan mengganggu hujah pendebat satu lagi. Ini lah bukti yang nyata dan jelas betapa debat PTPTN itu tidak lebih daripada sekadar menonjolkan kepada penyokong-penyokong mereka bahawa mereka memang hebat berdebat.
Jadi permintaan pembangkang untuk mencabar Perdana Menteri berdebat dengan Anwar Ibrahim rasanya tidak akan mencapai matlamat, apa yang akan tercapai hanyalah di pihak BN akan bersetuju dengan kenyataan PM dan di peringkat pembangkang akan bersetuju dengan kenyataan Anwar Ibrahim. Cuba lihat debat terdahulu di antara Anwar Ibrahim dan Sabri Chik, jawapan yang sama selepas berakhirnya perdebatan, Anwar dikatakan menang oleh penyokong PKR sementara Sabri Chik juga dikatakan menang oleh penyokong BN, jadi kedua-duanya menang pada persepi kedua-dua penyokong.
Jadi perlu apa diadakan debat jika pendebat akan lebih bermain dengan emosi, bahasa badan dan facial expression. Jika ini digunakan sepanjang perdebatan pastinya pembangkang akan mudah memperlekehkan kerajaan kerana mereka adalah pembangkang kerja mereka adalah membangkang dan budaya membangkang tanpa membina memang sentiasa ada kepada pembangkang di Malaysia. Dan apabila ini terjadi kerajaan yang berusaha untuk memajukan negara akan dilihat seolah-olah benar tidak melaksanakan kerja mereka sedangkan ia bukan begitu. Cuba perhatikan perbezaan ceramah pembangkang yang menghentam kerajaan digemari oleh semua audiennya, dan cuba pula perhatikan ucapan pemimpin kerajaan berhubung projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan, kurang sengatnya dan seolah-olah tidak minat untuk diikuti kerana tidak ada unsur-unsur mengkritik, menghina dan memperlekehkan. Jadi akhirnya debat yang diadakan bukanlah bukti kehebatan atau kebenaran kepada parti politik tetapi lebih kepada kebolehan berhujah pendebat-pendebat dari persepsi penyokong masing-masing.
Jadi siapa menang debat PTPTN begantung dari kumpulan mana mereka datang. Jadi lupakanlah tentang debat kerana masyarakat kita belum bersedia 100% untuk menjadi audien seperti di negara-negara maju. Kita perlu ukur baju di badan sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)