Total Pageviews
Monday, 13 February 2012
MARI JADI RAKYAT YANG PRIHATIN
Sesuai dengan blog saya rakyat prihatin, maka kali ini saya nak menarik perhatian semua untuk menjadi rakyat yang prihatin. Menjadi rakyat prihatin di bumi yang bertuah seperti Malaysia ini banyak sumbangan yang boleh kita lakukan. Bermula dengan perasaan sayangkan negara, sayangkan negara juga banyak aspeknya dan berbeza dari setiap individu bergantung kepada latarbelakang individu itu sendiri. Seorang ahli sukan seperti pemain badminton negara yang sekarang sedang mengibar jalur gemilang dalam misi piala thomas dan piala uber perlu mempunyai semangat sayangkan negara, bahasa yang digunakan ialah punya semangat patriotik. Kenyataan di luar yang mengatakan bahawa kempen kali ini memperlihatkan team Malaysia yang lemah perlu diabaikan dan dibuang jauh-jauh kerana semangat juang, semangat patriotik yang tinggi mampu mengubah segalanya kerana perlu diingat team piala thomas sebenarnya team yang hebat diketuai oleh Dato LCW, no 1 dunia, Hafiz Hashim pernah menjadi juaara All England, kedua-dua bergu kita juga hebat di peringkat dunia, cuma mungkin yang perlu mereka pertingkatkan ialah semangat sayangkan negara, jadilah kita rakyat prihatin bersama-sama mendoakan kejayaan mereka. Mengelakkan amalan rasuah dalam budaya kita juga gambaran rakyat prihatin, prihatin kerana amalan rasuah akan menghancurkan negara malaysia yang tercinta, oleh itu pemberi dan penerima rasuah haruslah menjadi rakyat prihatin kerana sikap ini akan memburukkan persepsi rakyat negara ini dan masyarkat luar kerana kita berhasrat untuk menjadi negara maju 2020 dan kita harus prihatin bahawa untuk menjadi negara maju maka, rakyatharus berusaha untuk menghapuskan rasuah. Menjadi rakyat prihatin yang paling penting dalam perbincangan ktia ialah mendaftarlah sebagai pengundi terutama kepada orang Melayu kerana media massa melapurkan 400,000 orang yang layak untuk mengundi tidak mendaftar sebagai pemilih. Jadilah rakyat prihatin bila PRU maka keluarlah mengundi, satu undi memberi kesan untuk membentuk sebuah negara yang boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Sebagairakyat prihatin, kita jgua dipinta agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan media yang digunakan oleh pembangkang yang kebanyakkannya diterbitkan untuk mempengaruhi persepsi masyarakat sedangkan sebenarnya perkara yang dipaparkan itu tidak benar. Jadilah rakyat prihatin untuk menjadi pengkaji dan ahli sains (gunakan prinsip 5W 1H untuk jadi pengkaji atau ahli sains), maksudnya apa sahaja yang dikatakan oleh siapa sahaja tidak boleh diterima bulat-bulat tetapi harus dikaji dan diselidiki kebenarannya. Jadilah rakyat prihatin untuk memastikan negara Malaysia akan ditadbir oleh mereka yang sebenarnya layak mentadbir dari memilih mereka yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan. Jadilah rakyat prihatin bahawa jatuhnya Melaka 1511 kerana kita tidak prihatin dengan sikap kelompok manusia yang kecewa dan kemudian bersekongkol dengan Portugis pada masa itu untuk menjatuhkan Melaka. Perhatikan Andalusia 700 tahun diperintah oleh kerajaan Islam jatuh ke tangan penjajah dan hari ini keagungan Islam di bumi Andalusia hanya tinggal kenangan. Jadilah rakyat prihatin dengan melihat sejarah ini agar tidak berulang di negara Malaysia yang kita cintai.
Monday, 6 February 2012
MARI KITA MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN
Hidup ni senang dan mudahkan untuk mencari kesalahan orang lain terlalu mudah, semudah menyebut ABC.Pemimpin cukup mudah untuk dikritik dan cukup mudah untuk dicari kesalahannya, apa sahaja yang dilakukan dengan begitu mudah pengkritik akan menilai, tetapi yang tidak berapa menariknya kritikan manusia ini kebanyakkannya tidak membina tetapi lebih kepada kritikan untuk menjahanamkan dan kritik untuk memusnahkan, sebaiknya apabila kita mengkritik perlulah ikhlas untuk tujuan kebaikan dan untuk tujuan menjadikan apa yang dikritik itu akan menjadi lebih baik. Jangan mengkritik hanya semata-mata kerana ingin mengkritik, kerana perasaan dendam atau kerana ingin menunjuk seolah-olah kita lebih hebat daripada orang yang kritik.
Susahkan kalau kita menjadi ketua keluarga (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi abang tua (pemimpin), susahkan kalau kita menjadi ketua pejabat (pemimpin), maksudnya begitulah sukar Perdana Menteri untuk menjadi pemimpin. Untuk membangunkan negara, untuk memastikan negara mencapai kejayaan, untuk memastikan rakyat akan hidup sejahtera, untuk memastikan kemakmuran, ekonomi dan sosial dalam negara ini akan terus kekal maju dan berdaya saing. Sebab itu sebagai rakyat yang baik kita tidak sepatutnya mengkritik seolah-olah apa yang dilakukan oleh PM dan barisan pimimpinannya tidak berfungsi. Menjadi rakyat yang baik ialah kita harus menilai jika kritikan itu ditujukan kepada Perdana Menteri kita. Siapa yang mengkritik adakah dia lebih baik atau lebih teruk. Adakah dia mengkritik membina atau mengkritik untuk menghancurkan. Adakah pengkritik pernah mengharumkan nama negara, adakah 'track rekod' nya menunjukkan jika dia berada di tempat yang dikritik itu dirinya akan bekerja dengan cemerlang, ikhlas untuk kebaikan rakyat atau dia hanya bercakap tanpa sebarang makna.
Jadi mari kita menilai siapa pengkritik itu...baik ke dia, berfaedah ke dia untuk negara, berguna ke dia untuk membangunkan negara, adakah dia akan membangunkan negara atau kita tidak pasti...jangan cuba-cuba mengubah segalanya tanpa sebarang perancangan.
Thursday, 26 January 2012
ADAKAH KITA LAYAK MENJADI PEMIMPIN
Pemimpin, adalah mereka yang mempunyai orang dibawahnya yang dipimpin. Pemimpin akan membawa orang yang dipimpin ke arah matlamat kumpulan atau organisasi. Jadi jika persoalannya bolehkah kita menjadi pemimpin, ye pastinya boleh cuma taraf kepemimpinan kita yang berbeza samada kita memimpin hanya diri kita, keluarga kita, kenalan kita, kampung kita, masyarakat kita, atau lebih besar, DUN, Parlimen, negeri atau negara kita. Pilih yang mana satu kemampuan kita, ukur baju badan sendiri. Kalau kita punya kebolehan dari persepsi masyarakat, kita dihormati oleh masyarakat, kita diinginkan oleh masyarakat, maka MUNGKIN agaknya kita boleh menjadi pemimpin kepada negara kita. Kalau kita lihat kepada pemimpin zaman Rasulullah dahulu mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai pemimpin tetapi mereka dipilih secara langsung atau tidak langsung oleh Rasulullah dan diterima oleh seluruh orang Islam pada zaman itu.
Sukar ke menjadi pemimpin, sukar atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita menjadi ketua kepada sebuah keluarga dan kita merasakan susah kerana kita tidak pandai mentadbir maka susah lah jadinya, tetapi jika kita berjaya mentadbir dengan baik dan memastikan keluarga kita sukses maka berjaya lah keluarga kita, samalah juga seorang pemimpin negara maka berjaya negara itu dari segala sudut makan berjayalah dia sebagai pemimpin. Pemimpin yang saya ingin contohi dan menjadikan role model ialah Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang hebat, walaupun banyak kritikan orang terhadapnya tetapi pada saya dia sebenarnya hebat, orang yang mengkritiknya kerana mereka sedar, mereka tidak mampu menjadi seperti Tun Dr M. Sebut sahaja pembangunan negara ini beliau lah arkitek, engineer disebalik kejayaan. Beliau merupakan pencetus kepada segala inovasi semasa pemerintahannya.
Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan kehebatan Tun Dr M, kerana namanya dikenali di seluruh pelusuk dunia. Di mana sahaja orang menyebut namanya. Hebatnya pemimpin kita. Wah dah jauh bincang namanya, apa yang sebenarnya ingin saya utarakan disini ialah kita semua sebenarnya pemimpin dan kita sebenarnya layak untuk memimpin cuma, mungkin kita hanya mampu memimpin diri kita, atau keluarga kita sahaja. Mereka yang dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin harus memainkan peranan dengan berkesan agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah swt.
Wednesday, 4 January 2012
ADAKAH ANDA BERFIKIRAN TERBUKA
BACA MINGGUAN MALAYSIA BERTARIKH 1 JANUARI 2012 TAK. JIKA BACA MARI KITA BERSAMA RENUNGKAN RUANGAN WAWANCARA ANTARA WARTAWAN MINGGUAN MALAYSIA LUQMAN HAZIQ ABDULLAH DAN RAJA PETRA KAMARUDIN. RP MENERANGKAN BAHAWA DALAM PRU KE 12 DIA MENGAJAK PENGUNDI UNTUK BERUBAH DAN MENGGUNAKAN SLOGAN ASAL BUKAN UMNO (ABU). PENGUNDI DIKEHENDAKI MEMILIH MONYET KE KELDAI KE ASALKAN BUKAN UMNO.DAHSYATKAN PROPAGANDA YANG DIMAINKAN OLEH RP BERSAMA PENGGERAK GAGASAN KEBEBASAN AWAM (MCLM)HINGGAKAN BN KALAH DI BEBERAPA BUAH NEGERI DAN MENANG DI PERINGKAT PARLIMEN DENGAN SIMPLE MAJORITI.
PENGAJARAN - UMNO/BN SEBENARNYA TIDAK DISENANGI BUKAN KERANA PARTI TETAPI KERANA INDIVIDU DI DALAM PARTI, HINGGA PENGUNDI DIMINTA UNTUK MENGUNDI PARTI LAIN. JADI BETULLAH TINDAKAN PM UNTUK MENDAPATKAN WINNABLE CANDIDATE. JADI TOLONG LAH KEPADA UMNO UNTUK MEMASTIKAN JANGAN LAH BEREBUT-REBUT UNTUK MENJADI BAKAL CALON, BIARLAH PM DENGAN MAKLUMATNYA UNTUK MEMILIH SIAPA CALON YANG BENAR-BENAR DIINGINKAN OLEH RAKYAT.
TULIS RP LAGI - PENGUNDI TIDAK AKAN LAGI MENGUNDI PEMBANGKANG KERANA MEREKA TIDAK PUAS HATI, KECEWA DAN TIDAK YAKIN DENGAN PEMBANGKANG. PERSOALAN KENAPA RP BERKATA BEGINI ADAKAH KERANA DIA CUMA MEMBODEK KERAJAAN KERANA DIA DALAM BUANGAN SEKARANG ATAU DIA BENAR-BENAR MELIHAT BAHAWA PEMBANGKANG TIDAK DISENANGI. CUBA LIHAT APA YANG BERLAKU DI SELANGOR,PENANG DAN NEGERI-NEGERI PEMBANGKANG ADAKAH MEREKA MELAKSANAKAN JANJI-JANJI PRU MEREKA ATAU ITU HANYA JANJI POLITIK AGAR MEREKA MENANG DALAM PRU. KATA DSAI - DALAM BERITA HARIAN 4 JANUARI, DIA TIDAK MAHU MELAYAN DAKWAAN RAJA PETRA KAMARUDIN, DAN MENDAKWA RP KINI MENYOKONG BN. KENAPA PULAK TAK NAK LAYAN KALU TAK SALAH BUKTIKAN LAH, DULU BUKANKAH RP MEMBANTU PENYEBARAN PROPAGANDA DSAI, KENAPA SEKARANG MEMPERTIKAIKANNYA, SENANG SUNGGUH DSAI SEGALA ISU BERDIAM TAK NAK LAYAN UNTUK MEMBUKTIKAN KONON-KONON BELIAU BENAR DAN BERDIAM ADALAH BUKTI KEIKHLASAN BELIAU. TAPI BETUL KE RP BODEK KERAJAAN, DAPATKAH DIA DITERIMA KEMBALI JIKA MEMBODEK KERAJAAN. BAIK SUNGGUH KERAJAAN MALAYSIA KAN SENANG-SENANG MAAFKAN ORANG.
PENGAJARAN - BN TIDAK DISENANGI KERANA RAKYAT TIDAK BERPUASHATI KEPADA WAKIL RAKYAT MUNGKIN JUGA KEPADA ORANG PARTI DAN PERASAAN YANG SAMA DIRASAI SEKARANG KEPADA PEMBANGKANG SEDANGKAN MEREKA BARU 1 PENGGAL MEMERINTAH DAN BARU BEBERAPA NEGERI MEMERINTAH. BAYANGKAN APA AKAN TERJADI JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH MALAYSIA PULA PASTINYA SEMUA AKAN MENGATAKAN NASI SUDAH MENJADI BUBUR, DAN KENA TUNGGU 5 TAHUN LAGI. JADI PENGUNDI FIKIR-FIKIRKANLAH.
TULIS RP LAGI APA YANG BERLAKU DI MESIR ATAU NEGARA ARAB LAIN (ARAB SPRING) TIDAK BOLEH BERLAKU DI NEGARA KITA DAN TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU KERANA MEREKA SATU BANGSA. DI NEGARA KITA PELBAGAI BANGSA, PELBAGAI AGAMA PELBAGAI BUDAYA DAN SEBARANG REVOLUSI DIJALANAN TIDAK DAPAT DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA. LAGIPUN KATA RP LAGI REVOLUSI TIDAK DIMULAKAN OLEH ORANG POLITIK TETAPI DIMULAKAN OLEH RAKYAT SENDIRI.JADI DSAI TIDAK BOLEH MENCIPTA REVOLUSI HANYA DENGAN BEBERAPA KERAT AHLI PARTINYA DAN TIDAK DITERIMA OLEH SEBAHAGAIAN BESAR RAKYAT. RAKYAT MARAH SETIAP KALI BERLAKU DEMNONSTRASI JALANAN - KERANA IA MENYUSAHKAN SEMUA ORANG.
PENGAJARAN - REVOLUSI TIDAK DITERIMA OLEH RAKYAT MALAYSIA, DAN IA TIDAK DISENANGI OLEH RAMAI RAKYAT NEGARA INI KERANA IA MENYUSAHKAN. LAGIPUN PERJUANGAN INI TIDAK KE MANA KERANA TIDAK SEMUA ORANG YANG TURUT SERTA, TAMBAHAN PULA DEMONSTARSI DIGERAKKAN KERANA ALASAN YANG TIDAK PASTI DAN JELAS.
TULIS RP LAGI - KITA TIDAK PERLU BERCAKAP TENTANG ANWAR ATAU NAJIB TETAPI KITA PERLU BERCAKAP UNTUK BERGERAK KE HADAPAN SELARAS DENGAN WAWASAN TUN DR M 2020. MELIHAT JAUH KE HADAPAN UNTUK MEMASTIKAN MALAYSIA MAJU CEMERLANG ADALAH LEBIH PENTING. PENGAJARAN - ANWAR SETAKAT INI HANYA BERCAKAP DAN DIA, MEMANG PANDAI BERCAKAP TETAPI TIDAK MEMBUKTIKAN APA-APA LAGI DARI SEGI KEPIMPINANNYA UNTUK MEMIMPIN NEGARA INI, KEBOLEHANNYA HANYA DI LUAR NEGARA KERANA BANYAKNYA MASA UNTUK DIA MENYAKINKAN ORANG-ORANG LUAR TENTANG NEGARA MALAYSIA YANG TERUK, HODOH, BODOH DSB.........
Wednesday, 21 December 2011
Friday, 16 December 2011
GAJI ANGGOTA TENTERA
Biasanya saya akan menulis tentang senario politik negara tetapi kali ini saya terpanggil untuk mengetengahkan isu gaji anggota tentera dan saya rasa saya punya pengetahuan untuk menjelaskan kerana saya merupaka anak bekas anggota tentera.
Sedih rasanya sebagai anak anggota tentera isu gaji untuk anggota tentera disifatkan oleh kebanyakkan orang tidak layak untuk diterima. Agaknya kalau abah masih hidup lagi ayah akan marah sangat seolah-olah jasa dan sumbangan anggota tentera tidak diiktiraf. Banyak isu yang boleh diketengahkan oleh anggota tentera tetapi kadang-kadang anggota tentera tidak mahu bersuara kerana mereka sudah bosan dengan isu ini. Betul la kata kawan abah, di negara ini untuk membolehkan orang terus menghormati anggota tentera ialah biarkan supaya PKM terus kekal di negara ini. Masa itu ketakutan kerana takut akan dibunuh menyebabkan barulah masyarakat akan menghormati anggota tentera. Bayangkan sebagai anggota tentera aku masih mencari-cari bilakah masa aku sentiasa bersama dengan arwah abah. Abah sentiasa keluar operasi meninggalkan emak dan kami adik beradik, ini semua orang tak tahu, bila PKM sudah tiada negara aman, maka semua orang lupa peranan dan sumbangan seorang anggota tentera.
Susah kan untuk mengingatkan tugas seorang anggota tentera, di negara-negara lain anggota tentera dijaga kerana mereka adalah insuran kepada negara, jika kita ada insuran kenderaan maka selamatlah kita jika berlaku kemalangan, jika kita ada insuran kesihatan selamtlah kita jika ada rawatan di hospital. Adakah kita minta untuk kemalangan, adakah kita juga minta untuk tidak sihat. Pasti jawapannya tidak kan, jadi kenapa kita mesti beli insuran sebab kita tahu sediakan payung sebelum hujan. Dah nak hujan baru kelamkabut nak cari payung ke, negara sudah terancam keselamatannya maka baru ke kita nak minta tentera selamatkan kita dan dalam masa yang sama baru kita pastikan gaji anggota tentera naik. Masa itu sudah terlambat. Betulla kata YB Menteri Pertahanan dah nak perang baru nak naikkan gaji anggota tentera ke.
Di negara lain, anggota tentera dipelihara sebab tugas mereka merbahaya dan mencabar tetapi di negara kita orang lain senang aje memperlekehkan tugas anggota tentera. Sedih dengan sikap setengah orang......
Subscribe to:
Posts (Atom)