Total Pageviews
Tuesday, 11 September 2012
JADILAH RAKYAT YANG HEBAT BUKAN MUSIBAT
Aku bukan nak bincang tentang masa depan Amar pelajar yang menunjukkan bontot pada gambar pemimpin negara pada malam di ambang kemerdekaan tempohari, tetapi aku lebih melihat kepada kenapa pelajar-pelajar kita menjadi terlalu kurang ajar sekarang ini. Pelik kan bila memikirkan mereka ini golongan intelek cerdik pandai dan bakal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa akan datang. Lihat bagaimana Adam Adli, pelajar yang menurunkan bendera Dato Seri Najib di PWTC tahun lalu.
pelik kan masa mereka ini sepatutnya diperuntukkan untuk belajar dan bukannya melaksanakan suatu kerja bodoh. Tetapi yang lebih sedih perbuatan ini hanya dilakukan oleh pelajar Melayu sahaja dan beragama Islam. Adakah perbuatan ini diajar di dalam agama Islam. Sebagai seorang Melayu yang penuh dengan sopan santun dan terikat kepada ajaran agama perkara ini tidak seharusnya dilakukan.
Yang gilanya ialah apa pula tindakan yang dilakukan oleh pembangakang terutama Anwar Ibrahim ke atas mereka, tentunya PKR seronok kerana ada pemuda yang berani melakukan perbuatan bodoh ini untuk mengaibkan pemimpin negara. Bagi Adam Adli atau Amar atau mereka yang lepas ini ada rancangan untuk buat benda-benda bodoh ini, jangan ingat pembangkang terutama pembangkang Melayu akan tolong. Kalau Anwar mungkin tolong dengan syarat 'jambu'.
Yang Seriusnya. kalau inilah rupanya pemuda yang disandarkan untuk menjadi pemimpin masa akan datang, maka hancur lah negara ini. Dan pastinya anda bukanlah calon pembangkang untuk menjadi pemimpin bagi mereka. Penunjuk bontot hanya layak menjadi balaci sahaja kepada orang-orang seperti Anwar Ibrahim dan kumpulannya. Pelajar-pelajar ini perlu ada matlamat dan tahu tugas mereka sebagai pelajar iaitu belajar, belajar, belajar sampai berjaya. Letakkan seseorang individu sebagai role model mereka - Tun Dr Mahathir role model negarawan negara yang hebat.
Prof Diraja Ungku Aziz - seorang ahli akademik dan pemikir yang hebat atau Tan Sri Tony Fernandes - mengubah indusrti penerbangan sebagai industri yang menguntungkan atau
Dato Siti Nurhaliza artis yang berjaya dan mengekalkan sopan santun gadis Melayu. Jadi senangkan menjadi pelajar atau rakyat Malaysia yang sayangkan negara nya. Apabila kita belajar menghormati orang lain pasti orang lain juga akan menghormati kita. Jadilah rakyat yang boleh membanggakan negara.
Monday, 10 September 2012
DAP 90 Kerusi, PKR dan PAS 66 Kerusi
Kalau betul lah, pembahagian kerusi seperti mana yang dinyatakan. Maka pastinya jika PR menang maka PAS atau PKR tidak akan berpeluang menjadi PM. Dan pastinya hukum hudud
yang dirancang akan dilaksankan oleh PAS tidak akan menjadi kenyataan. Dan pastinya niat Anwar Ibrahim untuk menjadi PM akan tidak kesampaian dan khuatir beliau akan menentang pulak DAP kerana DAP tidak melantiknya menjadi PM. Sebab perlu diingat inilah janji DAP dalam PR dimana kalau PR menang tetap Anwar Ibrahim akan dilantik jadi PM, tapi betul ke, ...kalau kerusi dimenangi hampir sama mungkin DAP akan setuju melantik Anwar itupun ada 'perjanjian setan' iaitu TPM mesti dari DAP. So di mana PAS, PAS sebenarnya boleh lupakan la tentang kepentingan mereka dalam PR. PAS ibarat melukut tepi gantang, PAS ibarat diperkudakan sahaja oleh genius parti dalam PKR dan DAP. Perlu diingat PAS memang tidak bersungguh sejak dahulu lagi untuk memerintah negara ini. Cita-cita mereka kecil sahaja iaitu hanya ingin memerintah negeri yang majoritinya Melayu Islam sahaja, seperti Kelantan dan Kedah, dan tak berani untuk bertanding di negeri yang jumlah pengundinya seimbang atau bukan majoriti Islam dan Melayu. Jadi lepas PRU ke 13 kalau PR menang (itupun kalau menang) maka nantikan lah sejarah akan tercipta iaitu PM pertama bukan Melayu dan Islam dan pastinya hukum hudud PAS aakn tidak angan-angan sahaja dan siapa yang PAS nak salahkan pulak selepas ni. Dan kalau PM
akan dilantik dari BUKAN MELAYU dan BUKAN ISLAM maka nantikan lah pulak macam-macam perubahan akan dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)