Total Pageviews

Tuesday 28 August 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Sudah 55 tahun Malaysia negara tercinta merdeka. Sudah banyak pembangunan yang klita lihat di negara Malaysia tercinta. Jika dibandingkan dengan negara yang merdeka lebih awal daripada kita atau sama seangkatan merdeka dengan negara kita, maka kita akan dapati bahawa kita sudah mengatasi mereka dari segala sudut. Lihat senarai di bawah negara-negara yang merdeka mengikut tempoh masa 1945 hingga kemerdekaan negara kita. August 17, 1945 – Indonesia, Sept. 2, 1945 – Vietnam, April 17, 1946 – Syria, May 25, 1946 – Jordan, August 14, 1947 – Pakistan, August 15, 1947 – India, January 4, 1948 – Burma, February 4, 1948 – Sri Lanka, May 14, 1948 – Israel, July 19, 1949 – Laos, August 8, 1949 – Bhutan, December 24, 1951 – Libya, November 9, 1953 – Cambodia, January 1, 1956 – Sudan, March 2, 1956 – Morocco, March 20, 1956 – Tunisia, March 6, 1957 – Ghana dan August 31, 1957 – Malaysia Siapa-siapa yang pernah berkunjung di negara-negara di Asia Tenggara akan mendapati bahawa kehidupan rakyat mereka adalah amat miskin dan daif. Lihat sahaja bagaimana penduduk Indonesia, Vietnam, Burma yang bekerja di negara kita. Mereka sanggup bekerja apa sahaja kerana mereka tahu Malaysia adalah sumber kemewahan mereka dan mereka boleh membawa kekayaan negara ini ke negara mereka.
PATI Indonesia sanggup mengharungi Selat Melaka untuk survival kehidupan.
Pendatang Vietnam membawa budaya kemiskinan mereka ke negara kita. Kehidupan ini tidak kita lihat di negara kita, rakyat miskin dan daif tidak seperti di negara kita di mana kita terpaksa merempat mencari rezeki di negara orang dan terpaksa menjadi pendatang di negara orang kerana kita tahu kita punya segala-galanya di negara ini. Bangganya jadi rakyat Malaysia yang tercinta. Lihat pula di KLIA bagaimana pendatang dari Bangladesh, Nepal akan pulang ke negara mereka membawa set TV baru dan pelbagai peralatan elektrik ke negara mereka. Kenapa begini sebab mereka merasa kemewahan di negara ini dan ingin berkongsi sama kekayaan ini di negara mereka, tambahan pula harganya murah dibandingkan dengan mereka. Bangganya jadi rakyat Malaysia bila melihat mereka berbondong-bondong menolak troli dipenuhi barang-barang yang dibeli di negara ini. Sudan, Morocco, Tunisia merdeka awal dari Malaysia...sepatutnya kehidupan mereka lebih sejahtera tetapi apa yang berlaku adalah menyedihkan, mereka terperangkap dengan demonstrasi demi demonstrasi. Kebanggaan kepada 'Arab Spring' tidak membawa mereka ke mana-mana tetapi hanya menjerumuskan negara mereka kepada ketidak stabilan. Bangganya menjadi rakyat Malaysia kerana walaupun ada rancangan dilakukan oleh puak-puak tertentu untuk merosakkan negara ini menerusi demonstrasi BERSIH dan pelbagai demonstrasi lain rakyat masih sedar dan yakin bahawa perjuangan puak-puak ini adalah salah dan tidak boleh dituruti.
Akhir-akhir ini puak-puak ini merancang untuk mengadakan demonstrasi sehari sebelum perayaan 31 Ogos semata-mata untuk sekali lagi merosakkan nama baik negara ini. Bayangkan sambutan kemerdekaan negara ini diikuti dengan penuh minat oleh ramai pelancong-pelancong luar dan tiba-tiba mereka dikelirukan dengan tindakan oleh pembangkang yang cuba merosakkan sambutan kemerdekaan negara ini. Pembangkang ini bila lah nak sedar bahawa apa yang mereka buat hanya merosakkan nama baik negara, menjadikan pelancong takut untuk melawat negara ini, menjadikan pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ini. Tolonglah pembangkang jangan jadi bodoh merosakkan nama baik negara ini. Jadilah rakyat yang sentiasa berbangga dengan Malaysia Tanah Airku. Merdeka Merdeka Merdeka